Bagaimana Berhenti Onani? Apakah Cara Terbaik?

Bagaimana berhenti onani
Sekadar gambar hiasan

Bagaimana berhenti onani? Apakah cara terbaik untuk berhenti dari ketagih melancap? Ini adalah soalan yang ditanyakan oleh seorang remaja lelaki berumur 20 tahun. Menurut beliau, beliau mula melancap pada umur 16 tahun dan tidak dapat berhenti sehingga sekarang. Apakah penyelesaian untuk salah satu penyakit seks ini?

Share on facebook
Share
Share on twitter
Tweet
Share on whatsapp
WhatsApp
Share on email
Email

Soalan

Saya melakukan onani sejak berusia 16 tahun dan tidak dapat menghentikan tabiat itu walaupun usia kini mencecah 20 tahun. Saya bimbang akan mengalami mati pucuk jika masih meneruskan tabiat ini.

Bagaimana berhenti onani? Bagaimana caranya untuk menghentikan tabiat ini? Mampukah saya menghasilkan sperma yang subur dan adakah saya akan menghadapi masalah cepat klimaks?

Jawapan

Kajian mendapati individu yang melakukan onani adalah mereka yang kurang bergaul serta kurang keyakinan diri. Bagi mereka, cara melepaskan tekanan ialah dengan melakukan onani.

Kajian juga mendapati mereka yang kerap melakukan onani mudah terjebak dengan kegiatan tidak sihat lain seperti merokok, mengambil minuman keras, dadah dan seks songsang. Jadi anda boleh melihat betapa tidak baiknya perbuatan itu.

Mereka yang ketagih onani lebih mudah terjebak dengan gejala seks songsang Click To Tweet

Terjebak dengan amalan onani pasti mengganggu kehidupan harian anda, malah boleh mendatangkan tekanan pula jika anda tidak dapat melakukannya.

Mahu tidak mahu, anda perlu mencari jalan penyelesaian sendiri atau mengurangkannya supaya aktiviti harian anda tidak terganggu.

Perbuatan ini juga boleh mencetus masalah jika anda berumah tangga nanti.

Segelintir lelaki dan wanita yang terikat dengan amalan onani akan mendapati mereka sukar meninggalkan perbuatan itu walaupun berkahwin.

Ini kerana mereka rasa lebih puas dengan melakukan onani berbanding mengadakan hubungan seks dengan pasangan.

Ini menyebabkan mereka terus bergantung dengan onani dan ia pasti boleh menjejaskan keharmonian dalam rumah tangga.

Jika anda sukar untuk melepaskan amalan ini, anda perlu jumpa pakar psikatri untuk membantu anda dengan menjalani sesi kaunseling dan mungkin dengan ubat yang diberi boleh meningkatkan motivasi bagi mengurangkan perbuatan itu.

Panduan Untuk Suami Isteri