Pesakit Cabul Paramedik Dalam Ambulans

Dikirim pada 15 Nov 2019

Sebelum ni kita hanya dengar kakitangan hospital seperti pembantu perubatan atau jururawat cabul pesakit, tetapi kali ni kes dah terbalik. Pesakit pula yang cabul kakitangan perubatan.

Pesakit cabul paramedik

Kejadian pesakit cabul paramedik ini berlaku di London, England di dalam sebuah Ambulan apabila seorang paramedik melaporkan beliau dicabul oleh pesakit yang sedang berada di dalam Ambulans untuk perjalanan ke hospital. Paramedik tersebut, Lizzie Smith yang berumur 25 tahun melaporkan pesakit tersebut memegang punggung beliau ketika beliau tunduk untuk membuang sampah.

Beliau yang memberanikan diri dengan tidak menggunakan nama samaran dipuji kerana berani melaporkan kejadian ini kepada pihak polis dan juga pihak media.

Pesalah yang melakukan kesalahan tersebut telah didenda oleh pihak polis dan dimasukkan di dalam senarai pesalah laku seks di dalam pengkalan data. Beliau mungkin menjadi kes pertama pesakit cabul paramedik di England.

share-nodes
Kongsi:

Berita Berkaitan