3 Kesalahan Seks Suami Yang Sering Dilakukan Tanpa Disedari

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Anda nak tahu tiga kesalahan seks suami yang sering dilakukan oleh para suami ketika aktiviti seks? Para suami, jika anda mengetahui kesalahan-kesalahan seks ini, anda akan dapat mengelakkan diri daripada melakukan kesalahan-kesalahan ini, dan dengan mudah anda akan meningkatkan kualiti hubungan seks suami isteri dan memberi lebih nikmat kepada isteri anda dalam aktiviti seks.

Kesalahan seks suami
Ramai suami yang tak sedar mereka melakukan kesalahan-kesalahan seks ini ketika bersetubuh! Click To Tweet

Kesalahan Seks Suami Yang Sering Dilakukan

Berikut ialah kesalahan-kesalahan seks yang sering para suami lakukan ketika bersetubuh. Baca sampai habis dan cuba elakkan pada masa hadapan

Mengambil mudah ciuman dan foreplay

Kesalahan seks pertama yang sering dilakukan oleh para suami ialah mengambil mudah tentang ciuman dan foreplay. Jika adapun hanya sekadar bercium dan foreplay(pemanasan) untuk mencukupkan syarat. Elakkan!

Di sini saya ingin memberitahu anda satu rahsia. Isteri anda akan lebih puas dan mudah untuk klimaks sekiranya beliau benar-benar bersedia sebelum anda memulakan persetubuhan. Oleh itu please jangan abaikan kepentingan ciuman dan foreplay untuk memberi kepuasan kepada isteri anda dalam hubungan seks suami isteri.

Jangan risau sekiranya ciuman dan foreplay mengambil masa yang agak lama, ambil masa anda dan jangan terburu-buru.

Terlalu kasar ketika menggomol isteri

Bagi mereka yang terlalu terpengaruh dengan filem lucah dan filem porno, sudah pasti aksi seks yang dipaparkan dalam filem-filem tersebut agak kasar, namun kelihatan pelakon wanita dalam filem tersebut begitu enjoy dengan aksi kasar tersebut. Hakikat sebenar ialah, itu hanya lakonan, dan isteri anda bukan pelakon filem porno.

Tidak ada wanita yang suka dilayan dengan kasar. Jika anda, hanya kes terpencil. Oleh itu pastikan anda melayan isteri anda seperti permaisuri, walaupun di ranjang. Belai isteri anda dengan sopan dan lemah lembut.

Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh rakus ketika aktiviti seks. Anda harus faham perbezaan antara rakus dan kasar. Anda boleh rakus ketika seks, dan isteri anda gemar sekiranya anda rakus ketika menggomol beliau, terutama apabila beliau hendak orgasma. Tetapi jangan sesekali kasar dengan isteri anda ketika seks. Ini adalah kesalahan seks suami yang sering dilakukan.

Melupakan bahagian tubuh isteri yang lain

Saya tahu payudara dan alat sulit isteri anda amat seksi sekali dan menggiurkan. Tetapi jangan lupa terdapat bahagian lain pada tubuh isteri anda yang jika dirangsang boleh buat isteri anda menggeliat kesedapan, dan boleh memboleh beliau untuk lebih mudah puas dan orgasma.

Seringkali para suami hanya menumpukan kepada zon erotik utama pada tubuh isteri seperti payudara dan kemaluan isteri dan lupa untuk memberi perhatian kepada bahagian lain. Tubuh wanita boleh dikatakan dipenuhi dengan bahagian sensitif yang jika diberi belaian dan rangsangan yang betul akan memberikan nikmat berganda kepada isteri anda.

Oleh itu jangan lupakan bahagian lain pada tubuh isteri anda seperti leher, perut, kaki, belakang lutut, pelipat tangan dan sebagainya. Anda perlu melakukan eksplorasi ke seluruh tubuh isteri anda untuk  mengetahui di manakah zon erotik tubuh isteri anda.

Saya berharap petua seks yang saya berikan kali ini dapat membantu anda untuk meningkatkan kualiti hubungan seks suami isteri anda berdua.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi kesalahan seks yang sering dilakukan oleh para suami, mahupun isteri tanpa mereka sedari ketika di ranjang. Saya telah membukukan kesalahan-kesalahan ini dalam bentuk panduan E-Buku yang saya namakan E-Buku 90 Kesalahan Seks. E-Buku ini saya berikan percuma sebagai bonus bagi Panduan Ilmu Asmara Mutlak.

Elakkan diri anda dan pasangan untuk melakukan kesalahan-kesalahan yang diberikan dalam E-Buku Panduan 90 Kesalahan Seks untuk menikmati hubungan seks yang sempurna.

share-nodes
Kongsi: