Teknik Foreplay Untuk Merangsang Suami – Semua Isteri Harus Belajar

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Kali ini saya ingin memberikan teknik foreplay untuk merangsang suami buat para isteri. Ramai para isteri yang beranggapan bahawa suami mereka tidak suka foreplay ketika berasmara. Ini adalah tanggapan yang salah. Seperti wanita, kaum lelaki juga perlukan foreplay ketika berasmara untuk meningkatkan ghairah seksual mereka.

Teknik foreplay untuk merangsang suami
Jangan ingat isteri sahaja perlukan foreplay, suami juga perlu. Para isteri, belajar teknik foreplay untuk menggoda suami di ranjang! Click To Tweet

Beza foreplay untuk suami

Walaupun pemikiran dan kelakuan kaum lelaki adalah berbeza dengan wanita, terutama ketika berasmara, namun teknik foreplay untuk menggoda suami boleh dikatakan hampir sama dan tidak banyak berbeza dengan teknik foreplay untuk menggoda isteri.

Walaubagaimanapun, terdapat beberapa teknik foreplay khusus yang boleh buat suami anda tidak tahan dan bertambah sayang kepada anda ketika di ranjang.

Berbanding teknik foreplay untuk isteri, teknik-teknik foreplay untuk suami lebih menjurus kepada rangsangan fizikal berbanding rangsangan emosi. Ini kerana jika anda masih belum tahu, kaum lelaki adalah makhluk yang lebih mudah diusik dengan ciri-ciri fizikal, seperti penampilan isteri, dan sentuhan dan belaian pada tubuh mereka.

Namun begitu ini tidak bermakna suami anda tidak perlu dirangsang dari segi emosi, dan hanya perlukan rangsangan fizikal semata.

Teknik foreplay untuk merangsang suami

Di sini saya berikan teknik-teknik foreplay khusus kepada isteri yang boleh anda gunakan untuk menggoda suami anda sebelum bersetubuh.

Menggoda emosi suami

Para isteri jarang cuba untuk menggoda emosi suami mereka dan seringkali hanya lebih menumpukan kepada godaan fizikal, seperti berpakaian seksi. Rugi sekali kerana suami anda juga perlu dirangsang dari aspek emosi selain fizikal.

Bagaimana jika anda menghantar SMS nakal kepada suami anda berbunyi “malam ni ada surprise untuk you”, atau “rindulah kat abang”. Ini akan membuka suis suami anda, dan akan buat beliau secara automatik akan berfantasi dan menginginkan anda.

Meraba suami

Ingat tak berapa kali sebelum ini ketika berasmara anda yang mula dulu meraba suami anda? Saya jamin ramai isteri yang mengharapkan suami mereka yang memulakan dahulu untuk meraba dan membelai mereka.

Kali ini cuba anda yang memulakan dulu meraba dan membelai suami anda. Tidak perlu tunggu sehingga suami membuka pakaian beliau. Mulakan sahaja ketika sedang menonton tv berdua, atau ketika sedang berbual-bual.

Jika anda lebih daring, anda boleh mulakan ketika suami sedang memandu untuk pulang ke rumah selepas makan malam. Tetapi yang ringan-ringan sahaja untuk mengelakkan suami hilang tumpuan di jalan raya.

Bukan hanya bibir

Bila kali terakhir anda mencium bahagian lain pada tubuh suami anda selain dari bibirnya? Seperti tubuh anda, tubuh suami anda juga mempunyai bahagian sensitif yang boleh anda eksploitasi untuk membangkitkan ghairah beliau.

Pernah tak anda menjilat atau menggigit puting suami anda? Bunyinya agak pelik kan jika isteri yang melakukannya? Selalunya hanya suami yang menjilat puting payudara isteri. Bagaimana pula mencium perut dan pangkal paha suami? Anda pernah cuba?

Jika belum, cubalah selepas ini. Tidak mustahil anda akan menjumpai bahagian yang paling sensitif pada tubuh suami anda selain zakar beliau, dan anda boleh manipulasikan bahagian tersebut untuk buat suami anda lebih terangsang untuk bersama.

Blowjob?

Blowjob dan seks oral adalah isu yang sensitif pada masyarakat kita. Ramai para isteri yang ragu-ragu untuk melakukan blowjob kepada suami mereka walaupun telah berkahwin dan berasmara bertahun-tahun lamanya. Di sini saya ingin berikan satu fakta yang boleh membantu anda.

Zakar suami anda akan lebih keras dan kekar sekiranya anda melakukan blowjob kepada beliau.

Kenapa? Kerana sensasi yang diberikan oleh bibir dan lidah anda adalah berbeza dengan hanya merangsang zakar suami dengan tangan.

Anda tidak perlu meniru aksi pelakon filem lucah yang memasukkan zakar sepenuhnya di dalam mulut. Cukup sekadar menjilat atau menghisap dengan ringan zakar suami anda. Ini sudah cukup untuk membuatkan zakar suami anda menjadi semakin keras dan buat beliau mengerang kesedapan.

Foreplay amat penting

Ya teknik foreplay adalah amat penting, untuk isteri mahupun suami. Saya berharap para isteri tidak akan mengabaikan teknik foreplay untuk menggoda suami mereka. Gunakan tips foreplay yang saya berikan ini untuk meningkatkan ghairah suami anda dan membuatkan beliau lebih terangsang untuk menggomol anda.

Saya telah membukukan teknik-teknik foreplay yang lebih advance untuk suami dan isteri dalam panduan Ebuku Panduan 50 Teknik Foreplay.

Teknik-teknik foreplay yang terdapat dalam E-Buku panduan ini adalah teknik-teknik foreplay yang advance dan telah dibuktikan akan membuatkan pasangan anda hilang kawalan diri ketika berasmara untuk seks yang lebih nikmat dan hebat.

share-nodes
Kongsi: