Soalan Lazim

Berikut adalah soalan-soalan yang selalu ditanyakan berhubung produk dan perkhidmatan yang pihak kami sediakan.

E-Buku (E-Book)

  • Apa itu Ebuku/Ebook?

    chevron-downchevron-right

    Ebuku atau Ebook adalah buku dalam bentuk digital, iaitu softcopy fail komputer dan bukan buku bercetak seperti yang dijual di kedai-kedai buku.

    Isi kandungan sebegini tidak dibenarkan dicetak oleh undang-undang penerbitan di negara kita, oleh itu tiada buku berbentuk sebegini yang dijual sebagai buku bercetak di pasaran. 

    Ebuku perlu dibaca menggunakan komputer, tablet(ipad,samsung galaxy tab dsb), smart
    phone(iphone,blackberry,nokia symbian dsb) dan sebagainya.

    Kebanyakkan perkakasan pada masa sekarang mempunyai sokongan untuk membuka dan membaca fail Ebook.

    Pendek kata jika anda tahu membuka fail dokumen komputer seperti fail Microsoft Word, atau anda selesa menggunakan Smartphone, Tablet untuk melayari Facebook, melayari laman web, maka tiada masalah untuk anda membuka dan membaca Ebuku.

  • Kenapa E-Buku dan bukan buku bercetak?

    chevron-downchevron-right

    Seperti yang anda tahu, isi kandungan begini dianggap amat sensitif di negara kita dan dilarang untuk dicetak dan dijual secara terbuka. Oleh itu informasi begini hanya boleh didapati melalui informasi “online” daripada laman-laman web, ataupun kini lebih mudah apabila dikumpulkan menjadi dalam bentuk Ebuku/Ebook.

    Ebuku/Ebook mempunyai pelbagai kelebihan berbanding buku bercetak.

    • Mudah dibawa ke mana-mana
      Bayangkan jika anda perlu membawa 10 buku fizikal dalam perjalanan anda, mesti penuh beg kan? Masalah ini tidak timbul dengan Ebuku/Ebook. Anda boleh membawa beribu-ribu buku melalui device anda tanpa perlu risau.
    • Privasi
      Anda tidak perlu risau mata-mata liar yang memerhatikan buku apa yang sedang anda baca. Dengan Ebuku/Ebook anda boleh membaca dengan privasi melalui smartphone atau tablet anda di mana-mana sahaja.
    • Fleksibel
      Dengan buku bercetak fizikal, anda tidak diberi pilihan untuk mengubah saiz teks untuk memudahkan bacaan. Masalah ini telah diatasi oleh Ebuku/Ebook. Anda bebas untuk membesarkan atau mengecilkan saiz teks untuk memudahkan bacaan. Anda juga boleh Zoom gambar-gambar di dalam Ebuku/Ebook supaya lebih jelas. Dan anda juga diberi pilihan untuk mencerah atau menggelapkan skrin paparan sesuai dengan pencahayaan untuk mengelakkan mata anda menjadi letih sekaligus membantu dari aspek kesihatan mata.
    • Penjimatan
      Walaupun isi kandungannya sama, harga Ebuku/Ebook adalah jauh lebih murah berbanding buku bercetak.
    • Penghantaran segera
      Jika anda membeli buku bercetak, anda perlu menunggu paling tidak pun 24 jam sebelum buku tersebut menjadi milik anda. Berbeza dengan Ebuku/Ebook yang boleh dihantar dengan segera melalui talian Internet, mudah dan pantas.
    • Mudah dibaca
      Bagi yang tidak pernah membaca Ebuku/Ebook, bacaan pertama anda akan membuatkan anda berterima kasih dengan teknologi Ebuku/Ebook. Tidak perlu lagi membasahkan jari untuk menyelak laman buku, hanya perlu ‘swipe’ atau touch untuk menyelak laman. Anda juga boleh menanda(bookmark) laman pilihan anda tanpa had dan kembali ke laman tersebut untuk meneruskan bacaan, tidak perlu lagi penanda buku.

    Kesimpulannya, teknologi Ebuku/Ebook telah membawa perubahan kepada bahan bacaan, dan penggunaan Ebuku/Ebook semakin meluas pada masa sekarang. Anda perlu mengikuti perkembangan teknologi ini yang lebih memudahkan dalam masa yang sama memberikan ilmu pengetahuan tanpa had.

  • Saya tak pernah guna E-Buku

    chevron-downchevron-right

    Fail Ebuku/Ebook adalah sama seperti fail-fail digital yang lain, seperti fail Microsoft Word,Excel,Text dan sebagainya. Dalam konteks ini, fail Ebuku yang diberikan adalah fail PDF, oleh itu anda hanya perlukan PDF Reader seperti Adobe Reader untuk membuka fail Ebuku.

    Fail PDF adalah fail ‘Universal’ dan compatible dengan hampir semua device seperti Komputer, Laptop, Tablet, Smartphone dan sebagainya. Ini termasuk device yang popular seperti Tablet dan Smartphone yang menggunakan Android seperti Samsung, HTC, Lenovo dan sebagainya. Dan juga produk Apple seperti Ipad dan Iphone.

    Kebanyakkan komputer/laptop/tablet/smartphone pada masa sekarang mempunyai PDF Reader yang terbina dalam.

    Jika device anda tidak mempunyai PDF Reader, anda hanya perlu download aplikasi PDF Reader percuma seperti Adobe Reader dari laman web Adobe, atau dari Google Play/App Store jika anda menggunakan Tablet/Smartphone.

    Selepas anda install aplikasi PDF Reader pada device anda, anda hanya perlu buka fail Ebuku/Ebook tersebut dengan satu klik/touch.

  • Cara E-Buku dihantar?

    chevron-downchevron-right

    Oleh kerana Ebook adalah fail digital, ia akan dihantar melalui muatturun(download) email, dan tidak akan dihantar melalui sebarang penghantaran fizikal seperti pos, courier dan sebagainya.

    Anda akan diberikan laman web sistem Download beserta username dan password unik kepada anda. Anda perlu login ke sistem download dan ikuti arahan yang diberikan untuk memuatturun produk Ebuku ke ‘device’ yang diingini.

    Anda boleh login dan download Ebuku anda pada bila-bila masa yang anda inginkan, dan download seberapa kali yang anda perlu tanpa sebarang tempoh had masa.

    Anda juga boleh download update terbaru seperti versi terbaru Ebuku atau tambahan Ebuku baru dalam Pakej pada masa hadapan, secara percuma melalui laman muatturun anda.

Pembelian E-Buku

  • Bagaimana nak beli produk?

    chevron-downchevron-right

    Anda boleh buat pembelian melalui laman produk yang disediakan di laman web ini.

    Langkah untuk buat pembelian:

    1. Pilih produk yang anda ingini dan klik butang “Add to Cart”.
      Produk pilihan anda akan dimasukkan ke dalam troli beli-belah (shopping cart anda).
    2. Klik butang “Proceed to Checkout” untuk ke laman pembayaran.
    3. Masukkan maklumat anda.
    4. Pilih jenis transaksi pembayaran (Transaksi bank atau Kad Kredit/Debit/Paypal).
    5. Klik butang “Place Order” dan ikuti arahan yang diberikan untuk melengkapkan tempahan.
  • Bagaimana nak bayar?

    chevron-downchevron-right

    ihak kami menyediakan dua kaedah pembayaran untuk memudahkan anda, iaitu:

    1. Transaksi Bank.
    2. Kad Kredit/Debit atau Paypal.

    Transaksi Bank

    Pembayaran dilakukan secara online banking atau melalui mesin ATM atau mesin Cash Deposit ke akaun Maybank syarikat kami. Pihak kami tidak menggunakan pihak ketiga seperti MolPay, JomPay, SenangPay dan sebagainya. Anda buat bayaran terus ke akaun Maybank syarikat kami.

    Kad Kredit/Debit/Paypal

    Untuk pembayaran menggunakan Kad Kredit, Kad Debit pihak kami menggunakan perkhidmatan PayPal untuk memudahkan urusan transaksi. Paypal adalah payment gateway yang digunakan di seluruh dunia (bukan hanya di Malaysia) untuk transaksi E-Commerce. Penggunaan PayPal memudahkan mereka yang berada di luar Malaysia untuk buat pembelian.

    *Kaedah pembayaran Paypal/Kad Kredit/Debit dihentikan buat sementara waktu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan. Pihak kami memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.

  • Berapa lama tempoh penghantaran E-Buku?

    chevron-downchevron-right

    Seperti yang dimaklumkan pada bahagian soalan lazim E-Buku, E-Buku adalah produk digital, oleh itu E-Buku tidak akan dihantar melalui sebarang penghantaran fizikal dan akan dihantar sebagai pautan muatturun (download).

    Tempoh penhantaran adalah bergantung kepada transaksi pembayaran yang anda guna untuk buat bayaran.

    Untuk Transaksi Bank:

    1. Transaksi online banking dari Maybank2u akan mengambil masa kurang dari 6 jam untuk disahkan.
    2. Transaksi online banking dari Bank selain Maybank (Interbank GIRO) akan mengambil masa sehingga 24 jam hari bekerja (Isnin-Jumaat) untuk disahkan.
    3. Transaksi mesin ATM/CDM Maybank akan mengambil masa kurang dari 6 jam untuk disahkan.
    4. Transaksi mesin ATM/CDM dari Bank selain Maybank (MEPS) akan mengambil masa sehingga 24 jam hari bekerja (Isnin-Jumaat) untuk disahkan.

    Untuk Kad Kredit/Debit/Paypal

    Pengesahan adalah serta-merta (kurang dari 5 minit) dan anda boleh terus muatturun E-Buku anda selepas pembayaran disahkan oleh pihak PayPal.

  • Saya nak bayar Cash/COD?

    chevron-downchevron-right

    Harap maaf pembelian hanya boleh dilakukan secara transaksi online melalui laman web ini. E-Buku adalah produk digital dalam bentuk fail dokumen. Oleh itu adalah tidak praktikal untuk melakukan urusan jualan secara COD (Cash on Delivery).

    Sekiranya anda tidak mempunyai online banking atau kad kredit/debit, anda boleh menggunakan mesin CDM (Cash Deposit Machine) yang disediakan di semua cawangan Maybank di Malaysia.

Ada soalan yang masih belum dijawab di laman ini? Jangan teragak-agak untuk menghubungi pihak kami menerusi Borang Hubungi Kami.