Saiz Zakar Besar Memberi Lebih Nikmat, Fakta Atau Auta?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Saiz zakar besar adalah topik yang sering diberikan oleh kaum lelaki. Boleh dikatakan semua lelaki mengimpikan dan menginginkan saiz zakar besar, panjang dan kekar. Malah jika anda lihat pada ‘undian’ yang saya jalankan pada laman web ini, undi yang tertinggi ialah info untuk membesar dan memanjangkan zakar.

Kenapa semua lelaki ingin saiz zakar besar dan panjang? Dan benarkah saiz zakar yang besar dan panjang akan memberikan lebih nikmat kepada pasangan ketika bersetubuh?

Saiz zakar besar

Kajian yang dilakukan terhadap saiz zakar besar

Sebelum saya menjawab soalan di atas, saya ingin memberikan beberapa fakta daripada kajian-kajian yang telah dilakukan terhadap faktor saiz zakar dan bagaimana saiz zakar mempengaruhi hubungan seks.

Kajian yang pertama dilakukan oleh sebuah firma British (British Journal of Urology International) terhadap wanita-wanita yang aktif dalam hubungan seks. Kajian ini mendapati hampir 90% wanita yang aktif dalam seks tidak meletakkan saiz zakar pasangan mereka sebagai kriteria utama untuk mencapai kepuasan dalam hubungan seks.

Mereka lebih mementingkan teknik bersetubuh dan keintiman ketika aktiviti seks daripada saiz zakar besar. Dalam erti kata lain kebanyakkan wanita daripada kajian ini lebih gemarkan foreplay, dan bagaimana pasangan mereka melayan mereka ketika berasmara. Kajian ini juga mendapati 10% wanita yang meletakkan saiz zakar besar sebagai faktor utama adalah mereka yang baru berjinak-jinak dengan hubungan seks, atau masih dalam usia yang muda.

Kajian yang kedua pula adalah kajian yang dilakukan oleh Universiti Kebangsaan Singapura terhadap saiz zakar lelaki Asia. Kajian ini mendapati lelaki Asia yang normal mempunyai saiz zakar antara 12cm panjang, dan ukur lilit 11cm semasa terangsang.

Kajian ini juga mendapati saiz tersebut adalah lebih dari cukup untuk menikmati hubungan seks dengan sempurna.

Jadi kita boleh membuat kesimpulan di sini bahawa saiz zakar besar bukanlah faktor penting yang perlu di ambil kira untuk mencapai hubungan seks yang sempurna. Dan juga saiz zakar yang besar tidak menjamin anda akan dapat memuaskan pasangan anda ketika bersetubuh.

Teknik membesarkan zakar

Mereka yang sering risau dengan saiz zakar mereka sudah pasti telah menjumpai ubat-ubatan atau alatan-alatan yang dikatakan boleh membesarkan saiz zakar.

Alatan seperti pam zakar adalah antara alat yang terkenal dan dikatakan dapat membesarkan saiz zakar. Pam zakar sememangnya berkesan untuk membesarkan saiz zakar, tetapi kesan ini hanyalah sementara. Saiz zakar akan mengurang jika pengamal berhenti menggunakan pam zakar. Pam zakar juga tidak dapat memberi kesan terhadap ketegangan zakar dan hanya mempengaruhi saiz zakar.

Begitu juga dengan mengurut zakar. Teknik urutan zakar boleh membesarkan zakar. Tetapi seperti juga pam zakar, kesan ini adalah sementara dan akan hilang sekiranya pengamal berhenti melakukan urutan pada zakar.

Ubat-ubatan, atau supplement yang terkenal ialah ‘Viagra’.

Viagra adalah ubat yang telah diuji secara klinikal dan dapat mengubati masalah mati pucuk. Secara ringkasnya, Viagra berfungsi dengan meningkatkan aliran darah ke zakar dan membolehkan zakar menjadi tegang kembali. Viagra tidak akan mempengaruhi saiz zakar, dan hanya membantu zakar menjadi tegang sepenuhnya.

Terdapat ubat-ubatan atau supplement lain yang memberi jaminan boleh membesarkan dan menegangkan zakar. Tetapi anda harus berhati-hati dengan ubat-ubatan  yang tidak diuji secara klinikal kerana dikhuatiri akan memberi kesan sampingan yang memudaratkan.

Lebih buruk lagi sekiranya ubat-ubatan ini menyebabkan pembuluh darah pada zakar pecah yang mengakibatkan mati pucuk kekal.

Faktor yang mempengaruhi saiz zakar ketika tegang

Rata-rata lelaki tidak tahu yang saiz zakar mereka tidak tegang sepenuhnya ketika berasmara. Oleh itu mereka merasakan saiz zakar mereka kecil dan tidak dapat memuaskan pasangan mereka dalam hubungan seks.

Ini mendorong faktor psikologi yang mempengaruhi saiz zakar ketika tegang. Perasaan tidak yakin dan rendah diri ini akan menyebabkan zakar tidak tegang sepenuhnya dalam setiap aktiviti seks.

Faktor psikologi ini boleh diatasi dengan membuang terus perasaan tidak yakin terhadap saiz zakar anda.

Faktor kesihatan fizikal juga boleh mempengaruhi saiz zakar ketika tegang. Mereka yang mengalami penyakit serius seperti darah tinggi, kencing manis, atau sakit jantung akan mendapati sukar untuk mencapai ketegangan zakar sepenuhnya. Ini berikutan gangguan pada aliran darah pada zakar yang menyukarkan otot-otot zakar membesar dan menegang.

Faktor lain yang mempengaruhi ketegangan zakar ialah rangsangan yang diberikan pada zakar ketika aktiviti seks. Seringkali pasangan tidak memberi perhatian kepada teknik merangsang zakar ketika berasmara dan menganggap zakar akan tegang sepenuhnya tanpa perlu dirangsang.

Zakar yang diberikan rangsangan oleh para isteri, seperti ‘handjob’ dan ‘blowjob’ sebelum bersetubuh akan lebih tegang berbanding zakar yang tidak diberikan rangsangan.

Kekerapan aktiviti seks juga boleh mempengaruhi keupayaan zakar untuk tegang. Lelaki yang kerap melakukan hubungan seks akan mendapati zakar mereka menjadi lebih tegang dan mantap berbanding mereka yang kurang melakukan aktiviti seks.

Memberi kepuasan kepada isteri tanpa mengira saiz zakar

Terdapat beberapa faktor yang boleh memberi kepuasan sepenuhnya kepada isteri anda tidak kira saiz zakar anda besar ataupun kecil.

Seperti yang saya tulis di atas, kebanyakkan wanita lebih mementingkan teknik seks daripada saiz zakar. Oleh itu anda perlu memantapkan teknik seks anda untuk memberikan kepuasan kepada isteri.

Antara teknik seks yang utama ialah teknik foreplay. Teknik foreplay bukan sahaja penting untuk memuaskan isteri, malah juga penting kepada para isteri untuk membantu suami mencapai ketegangan sepenuhnya pada zakar mereka.

Memilih posisi seks yang sesuai juga boleh melenyapkan sepenuhnya faktor saiz zakar. Posisi seks yang sesuai boleh memberikan kenikmatan sepenuhnya kepada pasangan tidak kira sama saiz zakar suami kecil atau besar. Sebagai contoh terdapat posisi seks yang akan membuat faraj isteri menjadi amat sempit, sekaligus memberikan nikmat berganda kepada isteri walaupun zakar suami bersaiz kecil.

Anda boleh memilih posisi-posisi seks terbaik melalui panduan E-Buku Kamasutra Bergambar.

Panduan ini mengandungi 102 Posisi Seks Terbaik yang boleh melenyapkan masalah saiz zakar, seterusnya memberikan kepuasan kepada pasangan tanpa mengira saiz zakar besar, atau kecil.

share-nodes
Kongsi: