5 Fakta Kondom Yang Best – No. 3 Akan Buat Anda Berkata “WOW”

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Kondom dicipta sebagai alat seksual untuk mencegah penyakit seks, dan juga sebagai alat perancang keluarga. Namun begitu ramai lelaki yang kurang selesa dengan penggunaan kondom. Alasan yang selalu diberikan ialah kondom akan mengurangkan kenikmatan hubungan seksual.

Teknologi yang dicurahkan untuk produksi kondom bukanlah sedikit. Ini menunjukkan betapa pentingnya alat yang dilihat sebagai remeh ini dalam hubungan seksual. Di sini ada lima fakta menarik tentang kondom  yang mungkin akan membuatkan akan senyum sendirian.

Fakta kondom yang mengejutkan

5 Fakta Kondom Yang Ramai Tak Tahu

Ini fakta kondom yang lucu, menarik dan akan buat anda tersenyum sendiri.

  1. Negara ‘China’ mencipta kondom yang paling nipis di dunia untuk mengawal masalah pertumbuhan penduduk dan pengguguran.
  2. Oleh kerana sukar untuk mengawal aktiviti seks rakyatnya. Sweden mencipta servis ambulan penghantar kondom. Seperti namanya, Ambulan ini akan menghantarkan kondom kepada anda walau di mana sahaja anda berada.
  3. Kondom yang tidak digunakan boleh bertahan sehingga empat tahun jika disimpan ditempat yang kering dan sejuk.
Kondom yang tidak digunakan boleh bertahan sehingga empat tahun jika disimpan ditempat yang kering dan sejuk Click To Tweet
  • Wanita boleh klimaks dan orgasme walaupun pasangan mereka menggunakan kondom. Ini berbeza dengan fakta, atau mitos yang disebarkan oleh sesetengah pihak di mana menurut mereka wanita tidak akan klimaks, atau orgasme jika pasangan mereka menggunakan kondom di dalam aktiviti seksual.
  • Mengikut kajian yang dilakukan, 80% lelaki akan menolak jika diminta oleh pasangan mereka untuk menggunakan kondom.
  • Mungkin fakta kondom ini bukan sesuatu yang baru bagi anda. Apa yang penting di sini ialah kondom adalah satu alat yang sangat berguna kepada setiap pasangan di dunia. Kondom juga sangat membantu bagi mereka yang ingin merancang keluarga.

    Walaupun terdapat perbalahan di kalangan kaum lelaki tentang penggunaan kondom, rata-rata bersetuju kondom sangat membantu untuk menjalani hubungan seksual sihat.

    share-nodes
    Kongsi: