Suami Cepat Klimaks Punca Isteri Sukar Hamil – Apa Penyelesaiannya?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Adakah suami cepat klimaks adalah salah satu faktor yang menyebabkan isteri sukar hamil kerana tidak berlaku persenyawaan? Salah satu idaman pasangan yang mendirikan rumahtangga adalah mendapatkan zuriat.

Terutama bagi para isteri. Siapa yang tidak mahu menimang bayi comel, terutama jika bayi tersebut adalah zuriat sendiri. Tetapi ramai pasangan yang masih gagal mendapatkan zuriat walaupun telah mencuba pelbagai rawatan, moden dan tradisional.

Suami cepat klimaks isteri sukar hamil

Faktor Sukar Hamil

Seperti yang anda tahu, terdapat pelbagai faktor yang menyebabkan wanita sukar hamil. Faktor-faktor dari aspek keturunan, sehinggalah kepada pemakanan dan gaya hidup. Oleh kerana faktor-faktor ini terlalu meluas dan di luar kepakaran saya, saya tidak akan menyentuh akan aspek ini.

Saya hanya ingin menjawab persoalan yang diajukan kepada saya oleh seorang pembaca setia blog ini. Beliau bertanyakan adakah kerana suami cepat klimaks menyebabkan beliau masih gagal untuk hamil, walaupun sering melakukan hubungan seks dengan suami setelah enam bulan berkahwin.

Masih Awal

Sebenarnya jika direnungkan, jangka masa enam bulan perkahwinan boleh dikatakan masih dalam usia muda. Di tambah lagi dengan pasangan masih mencari titik nikmat mutlak dalam hubungan seksual bersama. Faktor ini juga boleh menyumbang kepada masalah di mana suami cepat klimaks, dan sukar untuk bertahan lama.

Maklumlah baru kenal nikmat bersetubuh, sudah tentu sukar untuk mengawal diri, lantas terlalu cepat ejakulasi. Tambahan lagi jika suami tiada pengalaman atau persediaan tentang hubungan seks sebelum memasuki alam perkahwinan. Isteri harus bersabar dan berikan sedikit masa kepada suami untuk menjadi matang(dalam hubungan seks).

Dengan sokongan isteri, tidak mustahil suami akan dapat mengawal diri dari cepat klimaks dan boleh memberi kepuasan sepenuhnya kepada isteri dalam hubungan seks.

Tiada Kaitan Suami Cepat Klimaks

Berhubung dengan masalah suami cepat klimaks, sebenarnya tidak menyumbang kepada faktor sukar untuk hamil. Ini kerana walaupun suami cepat klimaks, suami tetap memancutkan air mani ke dalam faraj. Kualiti air mani tersebut adalah hal yang berbeza.

Walaubagaimanapun terdapat beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membantu perjalanan air mani suami ke dalam faraj. Yang pertama ialah isteri harus mengelakkan diri dari mengemut faraj selepas suami klimaks. Kemutan faraj sebaik sahaja suami klimaks akan mengeluarkan air mani suami dari dalam faraj.

Begitu juga paha anda. Jangan rapatkan paha selepas suami klimaks. Kekalkan posisi kaki secara terbuka, atau jika suami klimaks dalam posisi seks di mana kaki anda dirapatkan, buka kaki anda sebaik sahaja suami klimaks. Ini akan membantu perjalanan air mani di dalam faraj. Suami juga harus memainkan peranan untuk membantu isteri.

Elakkan dari mengeluarkan zakar dengan pantas dari faraj sebaik sahaja klimaks.

Lebih elok jika biarkan zakar seketika dalam faraj isteri, kemudian keluarkan zakar perlahan-lahan dari faraj isteri. Ini akan mengelakkan air mani dikeluarkan dari faraj isteri. Suami juga boleh berusaha untuk meningkatkan kualiti air mani.

Tanggungjawab Bersama

Walaupun sedikit lari dari topik yang dibincangkan, masalah suami cepat klimaks bukanlah masalah baru dan dihadapi oleh ramai suami, walaupun yang telah lama mendirikan rumahtangga. Jika masalah ini masih berlanjutan dan tidak diselesaikan, isteri akan kecewa kerana tidak mendapat kepuasan dalam hubungan suami isteri.

Kepada para isteri, jangan salahkan suami sepenuhnya dalam hal ini. Anda harus bersikap lebih terbuka dan bawa berbincang dengan suami berhubung masalah beliau. Ingat kebahagiaan rumahtangga, termasuk dalam hal hubungan suami isteri di ranjang adalah tanggungjawab bersama.

share-nodes
Kongsi: