Benjolan Pada Faraj – Adakah Ini Normal Atau Anda Perlu Risau?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Apakah yang perlu anda lakukan jika anda terdapat benjolan pada faraj anda. Adakah perkara ini normal? Atau anda perlu mendapatkan nasihat mereka yang pakar.

Ramai wanita yang sangat sensitif apabila bercakap tentang alat sulit mereka. Kebanyakan wanita juga sangat terperinci tentang kebersihan dan kesihatan alat sulit mereka. Dengan produk-produk penjagaan alat sulit yang semakin banyak di pasaran sekarang ni, tak susah untuk menjaga kesihatan faraj sebaik mungkin.

Bagaimana pula jika tiba-tiba anda mendapati terdapat sesuatu yang tidak kena pada alat sulit anda. Contohnya seperti ketulan pada faraj?

Benjolan pada faraj

Pertama sekali, anda tidak perlu panik. Lihat betul-betul sama ada keadaan tersebut adalah benjolan atau sekadar jerawat. Jika anda pasti itu adalah benjolan atau bengkak pada faraj, kenalpasti jenis benjolan tersebut.

Benjolan Pada Faraj Adalah Normal

Sebenarnya benjolan yang timbul pada faraj adalah normal, dan tidak normal. Dua situasi yang saya maksudkan di sini ialah bergantung kepada bahagian mana perkara tersebut timbul pada faraj. Dan adakah benjolan tersebut mengakibatkan kesakitan atau tidak.

Benjolan ini boleh dikaitan dengan situasi di mana kalenjar Bartholin tersumbat. Keadaan ini dinamakan Sista Bartholin. Mereka yang mengalami Sista Bartholin perlu menjalan pembedahan. Sekiranya keadaan ini dibiarkan melarat, benjolan tersebut akan mengalami jangkitan kuman dan bernanah. Ini akan memberi kesan kepada kesihatan anda secara keseluruhan, bukan hanya kepada kesihatan alat sulit anda.

Sekiranya ini terjadi, pesakit perlu menjalani pembedahan segera untuk membuang benjolan tersebut.

Benjolan Faraj dan Ketumbuhan

Benjolan yang berlaku pada alat sulit wanita juga seringkali dikaitkan dengan ketumbuhan, dan seterusnya kanser yang merbahaya. Terdapat beberapa jenis kanser faraj, atau tumor yang boleh dikaitkan dengan faraj, seperti Fibroma, Lipoma, Sarkoma dan Adenocarcinoma. Kebanyakkan kanser, tumor ini adalah merbahaya dan perlu dirawat dengan segera.

Seperti yang saya nyatakan di atas, terdapat pelbagai faktor yang boleh didiagnos berkaitan benjolan faraj. Oleh itu adalah disyorkan anda berjumpa dengan Doktor Pakar Sakit Puan dengan segera sekiranya anda mendapati anda mengalami benjolan yang berlaku pada faraj.

share-nodes
Kongsi: