Seks Boleh Atasi Tekanan Hidup – Ramai Tak Tahu Fakta Ni

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Tahukah anda seks boleh atasi tekanan hidup? Dalam kehidupan pada masa sekarang, kita sering dibebani dengan tekanan, atau stress. Tidak kira tekanan dari karier, keluarga dan kehidupan. Dibebani dengan masalah kewangan, dan masalah hubungan yang sering membebankan dan buat kita stress.

Salah satu cara untuk menghilangkan tekanan, atau stress ialah dengan hubungan seks. Mungkin sukar untuk anda percaya bahawa seks boleh atasi tekanan hidup, tetapi kajian dan fakta tidak menipu.

Seks boleh atasi tekanan hidup

Bagaimana Seks Boleh Atasi Tekanan

Hubungan seks akan buat terhasilnya endorphin ke dalam darah. Jika anda tidak tahu, endorfin adalah hormon yang buat kita merasa bahagia, gembira dan puas.

Hormon endorphin ini dihasilkan oleh kelenjar pada otak. Secara am, hormon ini dihasilkan untuk mengimbangi hormon adrenalin. Hormon adrenalin inilah yang buat kita berasa stress, marah, dan tidak puas hati. Hormon adrenalin terhasil dengan banyak ketika kita dihimpit tekanan dan berasa stress.

Oleh itu, ketika kita melakukan hubungan seks, hormon adrenalin dengan banyak dan meningkatkan metabolisme tubuh badan. Kelancaran metabolisme badan secara tidak langsung akan mempengaruhi diri anda. Anda akan berasa lebih segar, sihat dan sukar untuk mengalami tekanan.

Seks Bukan Sesuatu Yang Jijik

Seks adalah fitrah manusia, dan bukanlah sesuatu yang jijik seperti yang tertanam di dalam minda sesetengah pihak. Oleh itu setiap yang diciptakan sebagai fitrah sudah tentulah dapat memberi kebaikan kepada kita. Termasuk hubungan seks yang sihat.

Oleh itu sekiranya anda mengalami tekanan, atau stress, godalah pasangan anda dan alamilah hubungan seks yang sihat. Bukan sahaja aktiviti seks boleh buat anda berdua lebih rapat dan intim – malah aktiviti ini dapat bantu anda berdua melepaskan beban yang terkumpul dalam kehidupan harian.

Aktiviti seksual juga telah dibuktikan dapat membantu kesihatan anda berdua. Kajian menunjukkan aktiviti seks adalah salah satu aktiviti fizikal yang kesannya sama dengan bersukan.

Amalkan Seks Sihat Dengan Pasangan

Gunakan kelebihan-kelebihan yang diberikan oleh seks ke jalan yang betul. Amalkan seks sihat dengan pasangan anda. Jadikan ini amalan yang membantu meningkatkan keintiman rumahtangga.

Walaubagaimanapun, tips ini hanya untuk mereka yang telah berumah tangga. Bagi yang belum berumah tangga, cepat-cepatlah mendirikan Masjid. 😉

share-nodes
Kongsi: