Makanan Seks Yang Boleh Mengeraskan Zakar – Wajib Amalkan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Semua lelaki inginkan zakar yang keras dan tahan lama. Mana tidaknya, zakar yang keras sudah pasti dapat memberikan kepuasan kepada isteri ketika berdayung. Si isteri pula sudah pasti ingin zakar suaminya keras dan kekar.

Di sini saya berikan makanan seks yang boleh bantu buat zakar suami lebih keras dan tahan lama ketika berdayung.

Makanan seks untuk kekuatan lelaki

Kopi

Ramai yang tak tahu bahawa kopi adalah antara makanan seks yang bagus. Kopi mengandungi kafein yang membantu meningkatkan metabolisme, melancarkan perjalanan darah. Dua faktor ini memainkan peranan secara langsung untuk buat zakar keras. Kopi juga membantu meningkatkan keupayaan tubuh untuk menyingkirkan lemak.

Kerang

Selalu anda lihat dalam filem-filem Hollywood menobatkan tiram sebagai makanan penggalak seks. Sebenarnya kerang juga mempunyai fungsi yang sama. Kerang mengandungi vitamin B6 yang meningkatkan penghasilan Hormon Testosteron.

Bagi yang tak tahu, Hormon Testosteron adalah hormon ‘utama’ lelaki. Hormon inilah yang menentukan faktor maskulin bagi seseorang lelaki.

Cili

Bagi yang tak suka makan cili, selepas ini terpaksalah tahan pedas tu. Cili melancarkan perjalanan darah, dan membuatkan anda bersemangat. Lebih lancar perjalanan darah, lebih mudah darah dapat mengalir ke zakar, dan tertumpu di situ. Ini membuatkan zakar lebih bertenaga, dan ‘pedas’.

Pisang

Pisang mengandungi banyak Kalsium dan Potassium. Bagaimana dua elemen ini dapat membuatkan zakar keras? Kalsium dan Potassium mempengaruhi jantung dan hati secara langsung. Lebih sihat jantung anda, lebih mudah zakar keras dan dapat berfungsi pada tahap maksimum.

Ceri

Buah Ceri juga mengandungi khasiat seperti pisang yang dapat meningkatkan kesihatan Jantung dan hati.

Bawang Merah dan Bawang Putih

Bawang merah dan bawang putih diperkaya dengan Allisin yang melancarkan perjalanan darah di dalam tubuh. Dan seperti yang anda tahu lebih lancar perjalanan darah pada tubuh anda, lebih mudah zakar mencapai ereksi. Bawang juga dikatakan dapat menambah kepekatan air mani, walaupun belum dapat dibuktikan secara saintifik.

Sedikit peringatan daripada saya, jangan lupa menggosok gigi sebelum bersama dengan isteri jika anda mengunyah bawang sebelum itu.

Tunggu apa lagi? Penuhkan diet anda dengan makanan seks ini untuk membantu zakar anda menjadi lebih keras, kekar dan bertenaga!

share-nodes
Kongsi: