Penyakit Siflis Boleh Bawa Maut – Punca Dan Simptom

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Penyakit sifilis adalah antara penyakit kelamin yang paling berbahaya dan ditakuti. Penyakit Siflis ini dikategorikan sebagai penyakit seksual yang sangat berbahaya kerana penyakit ini dapat menganggu fungsi otak dan organ tubuh yang lain.

Siflis boleh menjangkiti kaum lelaki mahupun kaum wanita. Walaubagaimanapun, sebahagian besar penghidap penyakit ini adalah kaum lelaki, iaitu tiga dari lima kes yang dilaporkan.

Penyakit siflis
Walaupun penyakit sifilis sering menyerang kaum lelaki, kaum wanita juga tidak terkecuali dari menghadapi penyakit ini Click To Tweet

Bagaimana Siflis merebak

Penyakit ini merebak melalui hubungan seksual, iaitu melalui faraj, dubur dan seks oral, iaitu hubungan seks yang tidak selamat, atau tanpa sebarang perlindungan. Contohnya, seks oral yang semakin diminati dan dianggap sebagai perlakuan wajib ketika melakukan hubungan seks. Pakar perubatan menyatakan 14% daripada jangkitan sifilis terjadi disebabkan seks oral.

Kenapa kuman sifilis mudah berjangkit melalui Seks Oral? Ini adalah kerana luka pada mulut yang disebabkan oleh jangkitan kuman ini diambil mudah oleh mangsa dan terus melakukan Seks Oral tanpa menyedari bahayanya.

Mitos penyakit sifilis

Mitos yang telah menular dengan luas ialah penyakit ini boleh merebak melalui sentuhan, perkakasan makanan, air di kolam renang dan tempat tandas duduk. Fakta ini adalah salah dan kajian telah membuktikan penyakit sifilis hanya boleh merebak melalui hubungan seksual yang tidak sihat.

Siflis menyerang mangsanya secara berperingkat dan kebiasaannya penghidap penyakit ini tidak menyedari mereka telah dijangkiti kuman sifilis. Berikut ialah simptom-simptom bahawa mangsa telah dijangkiti kuman sifilis:

  1. Tanda awal jangkitan sifilis ialah mangsa akan berasa sakit di bahagian dubur, alat kelamin (zakar atau faraj) atau mulut antara 3 hingga 12 minggu selepas melakukan hubungan seks dengan pembawa kuman sifilis. Selepas satu atau 2 minggu, rasa sakit ini akan hilang tetapi kuman sifilis masih berada di dalam tubuh. Ini adalah infeksi tahap pertama.
  2. Tahap kedua pula terjadi antara 6 hingga 12 bulan selepas infeksi tahap pertama. Simptom yang kelihatan pada infeksi tahap kedua ialah muncul ruam pada telapak tangan dan kaki, wajah dan bahagian tubuh yang lain.
  3. Infeksi Tahap Ketiga pula terjadi selepas 2 tahun mangsa menderita infeksi tahap kedua. Jangkitan pada tahap ini adalah kronik dan kuman sifilis telah merosakkan sistem saraf, otak dan sistem darah mangsa.

Jelas sekali bahawa penyakit sifilis adalah penyakit yang berbahaya dan harus dicegah. Bahagian kedua akan membincangkan tentang bagaimana untuk mencegah dan merawat penyakit ini.

share-nodes
Kongsi: