Wanita dan Fantasi Seks – Apa Yang Bermain Di Fikiran Anda?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Pernah tak anda sebagai seorang wanita berfantasi seks? Normalkah wanita dan fantasi seks, atau anda harus tinggalkan tabiat ini kerani berfantasi tentang seks adalah tabiat yang buruk?

wanita dan fantasi seks
Wanita dan fantasi seks adalah perkara normal – tiada apa yang perlu dirisaukan! Click To Tweet

Wanita Dan Fantasi Seks Adalah Perkara Normal

Sebenarnya fantasi seks adalah perkara normal bagi seorang wanita. Dalam erti kata lain, berfantasi tentang seks bukanlah suatu perkara yang berbahaya dan harus ditakuti. Ini termasuk bagi wanita, mahupun lelaki. Di kalangan wanita, masih ramai yang berpendapat bahawa wanita yang berfantasi tentang seks adalah tidak normal, dan merosakkan.

Ramai pakar seks yang beranggapan bahawa fantasi seks bagi seorang wanita adalah perkara yang baik, dan secara tidak langsung dapat membantu meningkatkan ghairah dan prestasi wanita tersebut ketika hubungan seks sebenar bersama pasangan mereka.

Belum dapat dibuktikan secara fakta mahupun ilmiah bahawa fantasi seks adalah berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit tertentu. Ini adalah kepercayaan masyarakat dahulu kala. Maklumlah, pada masa dahulu apa sahaja perkara berkaitan seks dianggap “taboo” dan tidak harus diperkatakan secara terbuka.

Menjurus Kepada Onani

Kadangkala, fantasi seks boleh mengakibatkan kepada onani, atau melancap. Ramai wanita yang beranggapan bahawa onani adalah perbuatan yang dilarang, dan merosakkan. Perkara ini adalah benar di dalam sesetengah Agama.

Masyarakat Barat menganggap onani bagi wanita adalah perkara yang normal dan tidak salah. Walaubagaimanapun, setiap perkara yang ditegah oleh Agama akan menjurus kepada kerosakan. Oleh itu adalah lebih baik elakkan.

Jika sebagai seorang wanita anda selalu berfantasi tentang seks, dan menyalurkan ghairah hasil daripada fantasi anda kepada pasangan anda, ini adalah perkara yang baik dan secara tidak langsung membantu kebahagiaan hubungan suami isteri.

Walaubagaimanapun jika anda terlalu berfantasi tentang seks sehingga mengakibatkan onani yang berlebihan, hentikan dan kurangkan fantasi anda.

Walaupun fantasi seks adalah perkara normal, adalah tidak elok jika sering melakukannya. Setiap perkara jika dilakukan secara berlebihan adalah tidak baik. Sibukkan diri anda dengan aktiviti harian yang boleh mengelakkan anda daripada berfantasi tentang seks. Amalkan kehidupan seks yang sihat untuk kebahagiaan rumahtangga.

share-nodes
Kongsi: