6 Ciri Fizikal Wanita Yang Buat Lelaki Tertawan, Menurut Sains

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Apakah ciri-ciri fizikal pada wanita yang buat lelaki tertawan?

buat lelaki tertawan

Selama ini kita menganggap lelaki hanya tertarik kepada ciri-ciri fizikal wanita seperti wajah yang cantik, payudara yang montok, dan punggung yang pejal.

Tetapi kajian sains terbaru daripada Business Insider membuktikan sebaliknya.

Kajian ini mendapati terdapat beberapa ciri fizikal wanita yang buat lelaki tertawan. Dalam erti kata lain ini adalah salah satu sebab kenapa lelaki sering melihat dan membuat penilaian terhadap wanita.

Kadang-kadang mereka sendiri pun tak sedar perkara ini.

Kenapa Lelaki Menganggap Ciri-Ciri Ini Menarik

Apa yang menarik ialah ciri-ciri ini membuat wanita kelihatan menarik kerana wanita tersebut mempunyai ciri-ciri feminin yang membuat lelaki tertawan.

Menurut kajian ini, lelaki secara semula jadi akan menilai wanita dengan ciri-ciri reproduktif pada wanita tersebut.

Ciri-ciri ini membuat wanita kelihatan menarik kerana ciri-ciri ini bersangkut paut dengan kesihatan yang baik dan kesuburan.

Dalam erti kata lain, apabila lelaki menyedari ciri-ciri ini wujud pada wanita tersebut, secara tak sedar mereka akan berfikir, wanita tersebut akan menjadi isteri dan ibu yang baik!

Ini secara tidak langsung membuat mereka tertarik kepada wanita tersebut.

6 Ciri Fizikal Wanita Yang Buat Lelaki Tertawan

Menurut data yang terkumpul dari kajian ini, lelaki akan tertarik dengan 6 ciri fizikal ini pada wanita.

1. Nisbah pinggang ke pinggul yang besar.

Nisbah di sini bermaksud pinggan yang kecil dan punggung yang lebar. Ini adalah normal dan semua orang tahu lelaki tertawan dengan ciri ini. Tetapi apakah yang membuat ciri ini pada wanita disukai lelaki?

Pinggang dan pinggul berkait rapat dengan melahirkan anak, oleh pinggul yang besar membuat kaum lelaki secara tak sedar berfikir wanita ini sesuai untuk melahirkan anak saya.

2. Suara yang tinggi

Menurut kajian ini, suara yang tinggi menonjolkan ciri-ciri keremajaan dan ciri-ciri feminin pada seorang wanita.

Tidak menghairankan kerana kedua-dua ciri ini adalah antara ciri utama wanita yang digemari lelaki.

Jika anda perasan, kaum lelaki akan berasa lebih maskulin apabila mereka berbual dengan wanita yang bersuara tinggi, atau mempunyai sifat feminin yang kuat. Click To Tweet

Begitu juga apabila wanita menjerit kecil, secara tidak sedar sifat maskulin pada lelaki akan menonjolkan dirinya untuk membantu.

3. Rambut yang sihat dan bersinar

Rambut yang sihat dan bersinar adalah antara ciri pada wanita yang akan buat lelaki tertawan. Ini kerana rambut sihat secara tidak langsung memberikan isyarat wanita tersebut sihat, dan subur.

Jadi kepada para isteri, jangan jadikan pemakaian tudung sebagai alasan untuk tidak menjaga kesihatan rambut anda.

4. Gigi yang putih

Semua orang tahu kaum lelaki akan tertarik kepada senyuman wanita. Tetapi satu lagi faktor yang tidak diketahui umum ialah lelaki juga akan tertarik kepada gigi wanita yang putih.

Gigi yang putih secara tidak langsung menunjukkan wanita tersebut seorang yang sihat, dan menjaga kesihatan beliau. Lebih putih gigi anda, lebih kelihatan menarik anda pada mata lelaki.

5. Wajah asli tanpa solekan

Ramai wanita yang menganggap solekan yang tebal dan seksi akan buat mereka kelihatan lebih cantik dan akan menarik perhatian lelaki.

Kajian yang dijalankan ini membuktikan sebaliknya.

Hasil kajian ini mendapati lelaki memilih wanita yang kelihatan semula jadi tanpa solekan tebal. Lebih kurang solekan yang digunakan, lebih menarik wanita tersebut pada mata lelaki.

6. Warna merah

Ada sebab warna merah dikaitkan dengan nafsu. Kajian ini telah membuktikan warna merah meningkatkan daya tarikan wanita di mata lelaki.

Bagaimana pula dengan warna merah jambu yang digemari kebanyakan wanita?

Warna merah jambu menurut para Saintis membuat wanita kelihatan comel, tetapi tidak menaikkan nafsu lelaki.

Kesihatan Penting Untuk Memikat Lelaki

Daripada ciri-ciri fizikal yang buat lelaki tertawan ini, saya pasti anda sudah dapat membuat kesimpulan bahawa salah satu faktor utama yang akan menonjolkan ciri-ciri ini, ialah kesihatan yang baik.

Wanita yang sihat secara tidak langsung akan kelihatan lebih menarik di mata lelaki.

Tahap kesihatan yang tinggi akan membuat kulit lebih cantik, rambut bersinar, bibir yang merah dan sebagainya.

Oleh itu jangan abaikan kesihatan anda. Jangan cipta alasan seperti sibuk dengan kerjaya atau anak-anak untuk mengabaikan kesihatan.

Jaga kesihatan anda dan sentiasa kelihatan menarik di mata sesiapa sahaja.

share-nodes
Kongsi: