Isteri Dingin Di Ranjang, 4 Sebab Utama Oleh Faktor Kesihatan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Nak tahu faktor utama isteri dingin di ranjang yang disebabkan oleh faktor kesihatan?

Hubungan suami isteri di ranjang ada pasang surutnya. Kadang-kala pasangan anda begitu bernafsu dan inginkan anda. Ada masa sebaliknya pula yang terjadi.

Ini adalah normal dan dihadapi oleh setiap pasangan yang telah berumah tangga. Tetapi sekiranya ini berlanjutan, sudah pasti ada sesuatu yang tak kena.

isteri dingin di ranjang

Suami vs. Isteri

Suami kurang menghadapi masalah ini. Lumrah lelaki mempunyai nafsu yang tinggi. Suis nafsu mereka mudah dipetik dan mudah terangsang.

Berbeza dengan wanita yang perlu dibelai untuk buat mereka benar-benar terangsang. Tetapi, jika kena gayanya, wanita akan menjadi lebih bernafsu dari lelaki. Click To Tweet

Faktor ini sering buat para isteri jarang meminta untuk seks. Mereka lebih selesa dengan aktiviti lain, dan kadang-kala menganggap seks hanya sebagai memenuhi tuntutan hubungan suami isteri.

Keadaan ini buat para suami tertekan, dan kadang-kala menimbulkan perbalahan dalam hubungan suami isteri.

Kepada suami, anda mungkin tak tahu terdapat beberapa faktor utama yang menyebabkan isteri dingin di ranjang. Dan mungkin faktor-faktor ini tak berkait langsung dengan keinginan isteri untuk bersama anda.

Masalah Kesihatan Salah Satu Punca Isteri Dingin di Ranjang

Walaupun terdapat banyak faktor yang boleh buat isteri dingin di ranjang, kajian yang dilakukan oleh Dr. Marjorie Green, iaitu direktor kesihatan di Mount Auburn Female Sexual Medical School, (diterbitkan di laman web health.com) mendapati faktor kesihatan juga boleh mempengaruhi keinginan isteri untuk seks.

Dalam erti kata lain, besar kemungkinan isteri anda menolak untuk seks bukan kerana beliau tidak bernafsu, atau beliau bencikan seks. Tetapi kerana masalah kesihatan yang beliau hadapi.

Ramai suami yang kurang peka dengan masalah kesihatan isteri. Isteri pula kadang-kala jarang berkongsi masalah kesihatan mereka dengan suami. Mungkin kerana tidak mahu suami risau, atau tidak mahu membebankan suami dengan masalah mereka.

Sebagai suami, anda harus peka dengan keadaan kesihatan isteri. Malah menjadi tanggungjawab anda untuk mengambil berat tentang kesihatan isteri anda. Anda adalah pelindung keluarga.

Di sini saya beri 4 sebab utama kenapa isteri dingin di ranjang yang disebabkan oleh faktor kesihatan.

1. Hormon yang tidak stabil

Salah satu penyebab utama isteri kurang bernafsu untuk seks adalah kerana masalah hormon. Hormon wanita adalah berbeza dengan lelaki, dan wanita lebih mudah dipengaruhi oleh hormon berbanding lelaki.

Masalah yang berkaitan dengan hormon ini selalunya terjadi disebabkan oleh pengaruh putus haid, menyusukan bayi, ubat-ubatan atau masalah tiroid.

Faktor-faktor ini mempengaruhi hormon isteri anda, dan boleh mengurangkan nafsu isteri untuk seks.

2. Kesan sampingan ubat

Terdapat ubat-ubatan yang boleh memberi kesan sampingan secara langsung, atau tidak langsung terhadap keinginan wanita untuk seks.

Ubat-ubatan seperti ubat anti-murung dan ubat kemoterapi memberi kesan secara langsung terhadap nafsu wanita. Ubat-ubat ini buat wanita kurang bernafsu untuk hubungan seks dan tidak berkeinginan untuk bersama pasangan.

3. Kurang aliran darah ke alat sulit

Seperti juga lelaki, apabila wanita terangsang, aliran darah ke alat sulit atau kemaluan beliau akan meningkat. Ini secara tidak langsung buat wanita lebih bernafsu dan bersedia untuk hubungan seks.

Jika aliran darah ini berkurangan, secara automatik wanita tersebut kurang bernafsu dan menjadi dingin.

Terdapat beberapa faktor kesihatan yang boleh menyebabkan perkara ini berlaku. Faktor utama ialah penyakit seperti kencing manis dan tekanan darah tinggi.

Faktor berat badan juga boleh memberi kesan secara tidak langsung kepada aliran darah ke kemaluan wanita.

4. Kerosakan saraf di sekitar kemaluan

Masalah kesihatan yang boleh menyebabkan isteri dingin di ranjang ini adalah kes terpencil dan jarang berlaku kepada wanita.

Walau bagaimanapun, ini adalah anda faktor utama penyebab wanita kurang bernafsu dengan hubungan seks.

Kerosakan saraf di sekitar kemaluan boleh disebabkan oleh pembedahan yang dijalani di kawasan punggung, atau penyakit seperti ‘sclerosis’ atau ‘Parkinson’.

Merawat Masalah Yang Disebabkan Oleh Faktor Kesihatan

Sekiranya isteri anda mengalami masalah kesihatan seperti yang telah saya berikan di atas, penyelesaian terbaik adalah dengan mendapatkan nasihat daripada pakar perubatan.

Pakar perubatan akan melakukan pemeriksaan yang teliti dan buat diagnostik terhadap punca utama kenapa nafsu isteri anda menurun dan beliau kurang berkeinginan untuk seks.

Selalunya masalah isteri dingin di ranjang yang disebabkan oleh faktor kesihatan boleh dirawat dengan khidmat nasihat, dan juga ubatan yang sesuai.

Tetapi jika isteri anda tidak mempunyai masalah-masalah kesihatan ini, tetapi masih dingin dan kurang bernafsu untuk seks, mungkin masalah utama berpunca daripada diri anda sendiri.

Mungkin anda kurang menggoda isteri, atau pengalaman di ranjang yang anda berikan kepada isteri kurang memuaskan, sekali gus buat beliau kurang berminat untuk menjalani hubungan seks dengan anda.

Masalah ini sebenarnya sangat mudah diselesaikan. Anda cuma perlukan ilmu-ilmu yang sesuai bagaimana untuk buat isteri puas dalam hubungan suami isteri di ranjang.

Jangan teragak-agak untuk menelaah artikel-artikel yang telah saya tulis di laman web ini untuk membantu anda menggoda isteri, dan bagaimana untuk memuaskan isteri dalam hubungan seks.

Semoga ilmu-ilmu ini akan membantu anda untuk meningkatkan kebahagiaan rumahtangga anda berdua.

share-nodes
Kongsi: