Awas! 5 Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersetubuh

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Ramai di antara kita yang melengkapkan diri dengan ilmu bersetubuh untuk membuat pasangan puas. Teknik bercium, permainan foreplay, seks oral, teknik menujah, dan cara untuk bertahan lama di ranjang antara ilmu-ilmu terkenal yang sering dicari pasangan untuk meningkatkan nikmat bersetubuh.

Malangnya tak ramai pula yang hendak ambil tahu apa ilmu selepas bersetubuh – perkara yang perlu dilakukan selepas bersetubuh.

Akibatnya, walaupun pengalaman ketika bersetubuh tadi sangat hebat dan memuaskan, pengalaman tersebut dirosakkan dengan aktiviti selepas bersetubuh.

Lebih buruk lagi kesan jangka masa panjang  yang akan timbul akibat daripada kesalahan-kesalahan yang dilakukan selepas bersetubuh. Sedangkan pada hakikatnya kesalahan selepas bersetubuh ini tidak seharusnya dilakukan oleh mana-mana pasangan suami isteri.

Perkara yang perlu dielakkan selepas bersetubuh

Perkara Yang Perlu Dielakkan Selepas Bersetubuh

Sebelum ini saya telah membincangkan perkara yang perlu dilakukan selepas bersetubuh. Kali ini mari kita lihat apa pula perkara yang perlu dielakkan selepas bersetubuh.

1. Jangan terus tidur selepas bersetubuh

Anda tersenyum puas kerana pengalaman bersetubuh tadi sangat memuaskan. Tetapi apabila anda berpaling hendak menghargai pasangan anda, si dia telah tidur nyenyak – siap berdengkur lagi. Apa perasaan anda? Kecewa? Sudah pasti.

Ini adalah kesalahan selepas bersetubuh yang sering dilakukan oleh ramai individu, terutama para suami.

Ada kajian menunjukkan lelaki lebih cenderung untuk tidur selepas bersetubuh, manakala wanita pula berasa lebih segar dan ingin dibelai selepas bersetubuh.

Lelaki lebih mudah tidur selepas bersetubuh, manakala wanita pula lebih segar dan ceria.u0022 Click To Tweet

Elakkan dari tidur selepas bersetubuh. Jangan akhiri pengalaman bersetubuh anda berdua dengan aktiviti yang membosankan seperti tidur.

2. Jangan terus ke bilik air

Kadangkala aktiviti di ranjang sebentar tadi sedikit kucar kacir, dan anda berasa tak sabar-sabar untuk membersihkan diri. Ini normal dan dirasai oleh setiap orang.

Tetapi, tunggu dulu. Jangan terus bergegas ke bilik air selepas bersetubuh. Sabar sebentar – layan pasangan anda seketika sebelum ke bilik air. Lebih afdal lagi jika anda berdua sama-sama ke bilik air dan membersihkan pasangan.

Mana tahu, mungkin ada peluang untuk pusingan ke dua…

3. Jangan terus mengenakan pakaian

Kesalahan ini sering dilakukan apabila pasangan menjalani hubungan seks pantas, atau quickie. Jika sebelum bersetubuh anda sudah pasti tak sabar-sabar membuka baju untuk menunjukkan anda sangat bersemangat untuk bersama pasangan – selepas bersetubuh harus berbeza.

Jika anda tergesa-gesa mengenakan pakaian selepas bersetubuh, secara tak sedar anda akan memberi isyarat negatif kepada pasangan. Sama ada anda tidak selesa dengan tubuh anda, atau anda menganggap hubungan seks sebentar tadi biasa-biasa sahaja.

4. Jangan komen tentang prestasi pasangan di ranjang

Kadangkala tanpa anda sedari anda terlepas cakap dan memberi komen tentang prestasi pasangan selepas bersetubuh.

Jika anda memberi pujian, itu sangat bagus. Tetapi jangan pula mengkritik atau memberi komen negatif terhadap si dia. Walaupun anda rasa pasangan tak kisah, tetapi sedikit sebanyak sudah pasti beliau akan terasa hati – buruk kesannya terhadap hubungan intim suami isteri.

Apa sahaja komen atau rasa tak puas hati anda terhadap pasangan, simpan dahulu. Tunggu masa yang sesuai untuk membincangkan perkara tersebut.

Yang pasti, jangan lakukannya selepas bersetubuh.

5. Jangan ucapkan terima kasih kepada pasangan

Anda mungkin berfikir – kenapa pula saya tak boleh berterima kasih kepada pasangan selepas hubungan seks yang sangat mengasyikkan, sudah pasti si dia akan menghargainya.

Malangnya, anda salah.

Ucapan terima kasih kepada pasangan selepas bersetubuh secara tak sedar akan mewujudkan perasaan tak puas hati pasangan. Beliau akan merasakan beliau dipergunakan oleh anda hanya untuk seks – sama seperti pelacur atau gigolo.

Sebaliknya, daripada berterima kasih atau bercakap tentang prestasi pasangan, lebih baik anda memberitahu beliau bagaimana anda sangat menikmati hubungan seks sebentar tadi.

Ini lebih baik daripada mengucapkan terima kasih kepada pasangan.

Banyak Lagi Kesalahan Bersetubuh Yang Sering Anda Lakukan Tanpa Sedar

Kesalahan-kesalahan selepas bersetubuh yang saya senaraikan di atas adalah perkara yang sangat perlu anda elakkan selepas berasmara.

Tetapi kalau anda nak tahu, banyak lagi kesalahan-kesalahan bersetubuh yang sering dilakukan oleh pasangan suami isteri di ranjang. Saya pasti anda juga tidak terkecuali daripada melakukan kesalahan-kesalahan ini.

Saya telah menulis tentang kesalahan-kesalahan ini dalam panduan E-Buku 90 Kesalahan Seks. Kesalahan-kesalahan yang terdapat dalam panduan ini adalah kesalahan-kesalahan yang selalu pasangan lakukan, dari sebelum bersetubuh sehinggalah selepas bersetubuh.

Panduan ini diberi percuma dengan panduan Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

share-nodes
Kongsi: