7 Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Bersetubuh

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 15 Jan 2024
clock-one

Bersetubuh adalah aktiviti yang memenatkan. Siapa yang tak penat dan letih selepas seks? Ini tidak menghairankan kerana bersetubuh memerlukan konsentrasi fizikal dan juga minda untuk dijayakan.

Faktor ini juga buat ramai pasangan yang memilih untuk melakukan hal masing-masing selepas bersetubuh. Ada yang memilih untuk tidur, atau ada juga yang memilih untuk melayari Facebook di smartphone selepas bersetubuh.

Walaupun perkara ini kelihatan sebagai kebiasaan, dan mungkin anda berdua tak kisah selepas mendapat habuan masing-masing – kesannya agak buruk kepada hubungan suami isteri.

perkara yang perlu dilakukan selepas bersetubuh

Letih & Mengantuk Selepas Bersetubuh

Hubungan seks sebelum tidur, atau bersetubuh dan berjimak di waktu malam adalah kebiasaan ramai pasangan suami isteri. Tambah-tambah lagi malam Jumaat?

Selepas berasmara, sudah pasti anda ramai yang ingin tidur. Maklumlah badan sangat letih selepas penat bertarung di ranjang sebentar tadi.

Tambahan pula, tidur selepas seks memang sangat mengasyikkan.

Sebenarnya, semua individu menghadapi situasi ini, bukan anda seorang. Semasa klimaks atau orgasma, badan akan mengeluarkan sejenis hormon yang dikenali sebagai hormon oxytocin.

Hormon inilah yang buat anda berasa mengantuk.

Hormon oxytocin yang dikeluarkan tubuh semasa orgasma buat individu cenderung untuk tidur Click To Tweet

Walaupun hormon ini mendorong anda untuk tidur, jangan jadikan perkara ini sebagai alasan untuk mengabaikan pasangan selepas bersetubuh.

Terdapat banyak aktiviti yang anda berdua boleh lakukan selepas berjimak.

Perkara Yang Perlu Dilakukan Selepas Bersetubuh

Tidur atau menjaga hati pasangan, mana satu yang lebih penting? Berikut adalah aktiviti-aktiviti yang boleh anda lakukan selepas bersetubuh.

Terus membelai pasangan

Tidak semestinya anda mengabaikan pasangan selepas seks. Apa salahnya anda berdua terus membelai dan menyentuh si dia, walaupun anda tidak bercadang untuk mengulangi aktiviti seks.

Cukup sekadar memeluk, atau membelai lembut rambut pasangan. Tunjukkan bahawa anda menghargai apa yang telah beliau berikan kepada anda sebentar tadi.

Berbual & Bergosip

Jika anda berdua tidak ada masa untuk berbual sebentar tadi, inilah masa yang sesuai untuk bercerita kepada pasangan.

Berbuallah tentang apa sahaja, walaupun bergosip. Ditambah dengan bergurau senda, sudah pasti hubungan anda berdua lebih intim dan mesra.

Bersihkan diri bersama

Ramai pasangan yang jarang sekali membersihkan kemaluan mereka selepas bersetubuh, terutama wanita. Apa salahnya jika anda jadikan aktiviti ini sebagai aktiviti bersama selepas seks.

Jangan berseorangan ke bilik air. Ajak pasangan anda. Jika si dia memberi alasan malas, pujuklah. Gunakan skill memujuk anda untuk mengajak pasangan membersihkan diri bersama anda.

Ini adalah salah satu perkara yang perlu dilakukan selepas bersetubuh.

Mandi bersama selepas seks

Alang-alang anda membersihkan tubuh bersama, apa kata anda berdua teruskan pula dengan mandi bersama.

Gunakan peluang ini untuk membersihkan tubuh si dia dengan sabun, atau shower gel. Minta beliau melakukan perkara yang sama kepada tubuh anda.

Aktiviti ini boleh meningkatkan kemesraan suami isteri, terutama sekali jika dilakukan selepas bersetubuh. Mana tahu, keintiman yang wujud ketika aktiviti ini boleh buat anda berdua ghairah kembali – dan bersedia untuk pusingan ke dua pula.

Makan bersama

Lapar selepas bersetubuh? Tidak menghairankan kerana seperti yang saya katakan tadi, aktiviti seks adalah aktiviti yang memenatkan dan memerlukan tenaga yang banyak.

Daripada anda menjamu selera seorang diri, ajak pasangan untuk makan bersama selepas seks.

Tidak perlu sediakan hidangan yang berat, cukup sekadar makanan ringan, atau isi perut dengan buah-buahan atau salad.

Yang penting ialah anda lakukan aktiviti ini bersama.

Rangsang pasangan untuk round ke 2

Selepas perut kenyang, dan anda kembali bertenaga – tiada masalah jika anda kembali ghairah dan ingin mengulang bersetubuh. Tambahan pula si dia kelihatan bercahaya dan seksi.

Terdapat sinaran yang dipancarkan pada wajah anda selepas anda orgasma. Oleh itu ramai yang mendapati pasangan mereka kelihatan lebih cantik selepas seks.

Tidur bersama

Walau bagaimanapun, jika anda berdua terlalu letih dan perlu tidur untuk mengembalikan tenaga anda berdua selepas bersetubuh, tidurlah bersama.

Jangan pentingkan diri dan tidur keseorangan. Peluk pasangan dan capailah mimpi indah bersama.

Itu adalah antara tip-tip bagaimana untuk meningkatkan kemesraan hubungan suami isteri di ranjang. Jika anda ingin lebih tip hebat untuk mengembali keintiman hubungan suami isteri, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar.

Panduan lengkap ini adalah gabungan dari 4 kitab asmara silam dengan tujuan utama untuk mengekalkan kemesraan hubungan anda berdua, dan mengelakkan perceraian. Ilmu-ilmu ini telah terbukti berkesan dan diamalkan sejak zaman berzaman di seluruh dunia.

share-nodes
Kongsi: