7 Tanda Anda Tak Pandai Bercium, Elakkan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Selain prestasi buruk dalam berhubungan intim, tak pandai bercium adalah salah satu perkara yang boleh merosakkan hubungan asmara. Tetapi, bagaimana nak tahu sama ada anda bercium dengan buruk atau tidak? Sesetengah pasangan sudah pasti berasa berat untuk memberitahu pasangan mereka yang mereka tak pandai bercium ketika berasmara.

Tanda tak pandai bercium

Tanda Anda Tak Pandai Bercium

Berikut ialah 7 tanda-tanda yang anda memang tak pandai bercium dan boleh buat pasangan anda hilang mood dengan ciuman anda.

Pasangan menjauhkan diri dari ciuman anda

Semakin anda mencium si dia, semakin anda rasakan si dia semakin jauh dari bibir anda. Sama

ada beliau bergerak ke belakang, atau bergerak ke sisi.

Ini adalah salah satu tanda anda terlalu gelojoh atau terlalu memaksa ketika bercium.

Tenangkan diri anda. Jangan terlalu gelojoh dan memaksa. Lakukan dengan perlahan-lahan dan lembut, supaya si dia dapat menyediakan diri untuk menerima ciuman anda.

Nafas anda berbau busuk

Nafas yang berbau busuk sudah pasti akan merosakkan pengalaman bercium si dia. Oleh itu pastikan nafas anda sentiasa segar sebelum bercium.

Cara yang paling mudah ialah dengan memberus gigi. Atau jika anda sukar untuk memberus gigi, penyegar nafas seperti penyembur, atau gula-gula dan chewing gum juga boleh membantu.

Lidah anda terlalu jauh ke dalam mulut pasangan

Semasa anda bercium, ada harus peka sejauh mana lidah anda berada di dalam mulut si dia. Ramai yang menyangka lebih jauh lidah masuk ke dalam mulut pasangan, lebih hebat ciuman tersebut.

Fakta ini sebenarnya salah. Dalam bercium, “less is more”. Dalam erti kata lain, lidah anda sepatutnya tidak terlalu jauh ke dalam mulut pasangan.

Semasa bercium, less is more.  Click To Tweet

Ini akan buat ciuman anda lebih asyik dan nikmat.

Anda terlalu menggerakkan lidah ke depan dan belakang

Lidah anda sebenarnya perlu digerakkan bukan sahaja ke depan dan belakang di dalam mulut si dia. Lidah anda bukan zakar. Dan gerakan lidah seharusnya lebih fleksibel dan pelbagai, bukan hanya ke depan dan belakang.

Gigi anda sering menghentam gigi pasangan

Tak menjadi masalah sekiranya kadang-kala gigi anda berlaga dengan gigi si dia. Tetapi jika terlalu kerap, itu salah satu tanda anda tak pandai bercium.

Keadaan ini sering berlaku sekiranya anda terlalu memaksa dalam ciuman, atau posisi bercium anda tidak sesuai untuk pasangan anda.

Pasangan tak mahu meneruskan ciuman

Anda mencium si dia, dan berhenti seketika. Apabila anda ingin meneruskan ciuman, si dia seperti menolak dan tak ingin bercium.

Banyak faktor yang boleh menjurus kepada perkara ini. Tetapi, faktor yang paling utama sudah pasti beliau tidak suka dengan ciuman anda, anda beliau tidak merasakan nikmat yang sepatutnya beliau rasai.

Tubuh anda kaku ketika bercium

Walaupun anda bercium dengan bibir dan lidah, tubuh anda juga memainkan peranan yang sangat penting ketika bercium.

Jika tubuh anda kaku, anda tidak kelihatan tidak semula jadi, ini adalah salah satu tanda anda tak pandai bercium.

Cuba rehatkan diri, walaupun anda risau. Kerisauan yang melampau boleh buat anda kaku tanpa anda sedar. Gerak kan tangan anda. Jangan hanya kaku. Usap rambut pasangan, atau letakkan tangan pada bahu si dia.

Gerakan-gerakan kecil ini boleh membantu buat ciuman lebih nikmat dan mengasyikkan.

Jadi Pakar Ciuman

Jika anda mempunyai tanda-tanda tak pandai bercium ini, jangan risau. Banyak tip berkaitan ciuman dan teknik bercium yang telah saya tulis pada blog seni ciuman ini.

Luangkan sedikit masa anda untuk membaca tip-tip ini dan ambil ilmu yang diberikan.

Atau, jika anda ingin panduan lengkap yang dijamin boleh menukar diri anda dari tak pandai bercium, kepada seorang pakar bercium, anda boleh dapatkan panduan Seni Ciuman.

Panduan ini mengandungi tip lengkap bagaimana untuk buat pasangan anda tewas dan lemah dalam pelukan anda, hanya dengan ciuman.

share-nodes
Kongsi: