Ini 7 Tanda Isteri Pandai Puaskan Suami di Ranjang – Anda Bagaimana?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 14 Jan 2024
clock-one

Ramai isteri yang kecewa kerana mereka gagal untuk puaskan suami di ranjang. Sebagai isteri, sudah pasti anda ingin buat suami puas dalam hubungan asmara, sekali gus meningkatkan kebahagiaan hubungan suami isteri.

puaskan suami di ranjang

Malangnya tak semua isteri yang berjaya puaskan suami dalam hubungan intim. Masalah ini sering buat isteri stress dan berasa rendah diri, terutama dalam hubungan seks.

Cara Puaskan Suami di Ranjang

Sebenarnya, cara untuk puaskan nafsu suami tidak sesukar yang disangka. Dan anda boleh lihat sendiri sama ada anda berjaya puaskan suami di ranjang atau tidak melalui tindak balas suami dalam seks.

Kadang-kala suami terlalu ego, dan tidak ingin memuji isteri mereka walaupun layanan yang diberikan oleh isteri dalam seks sangat memuaskan.

Tetapi terdapat tanda-tanda yang akan ditunjukkan oleh suami jika beliau benar-benar puas ketika berasmara.

Tanda-Tanda Isteri Pandai Puaskan Suami di Ranjang

Suami akan menunjukkan tanda-tanda ini sekiranya beliau benar-benar puas di ranjang! Click To Tweet

Berikut ialah tujuh tanda-tanda isteri pandai puaskan nafsu suami dalam hubungan seks. Mungkin suami anda akan menunjukkan semua tanda-tanda ini, atau pun tidak.

Tetapi yang pasti, jika anda bijak memainkan peranan anda, dan melayan nafsu suami, tidak mustahil suami anda akan memberi tindak balas berikut.

Suami menggenggam tangan sekuat hati ketika bersetubuh

Semua wanita akan menggenggam tangan mereka jika mereka benar-benar klimaks dan orgasma. Suami anda juga tidak terkecuali.

Beliau akan menggenggam tangan sekuat mungkin ketika berada di puncak nikmat. Ini adalah salah satu tanda anda benar-benar berhasil puaskan nafsu suami.

Suami ingin mengulangi berjimak

Satu lagi tanda anda pandai buat suami puas sebagai isteri ialah beliau ingin mengulangi sesi bersetubuh, walaupun beliau telah klimaks dan puas.

Hampir setiap masa, keadaan ini sukar berlaku. Tetapi jika ini berlaku, anda perlu tersenyum kerana anda tahu anda berjaya puaskan suami di ranjang.

Beliau terus menggoda anda

Kebanyakan lelaki akan melupakan isteri mereka kerana terlalu letih setelah klimaks. Ini adalah perkara normal bagi lelaki. Tidak mengejutkan kerana lelaki menggunakan tenaga yang lebih ketika klimaks.

Tetapi jika suami anda masih nakal dan terus menggoda anda, walaupun terpancar keletihan di wajah beliau, ini adalah tanda anda suami sangat puas dengan layanan anda.

Suami memuji kehebatan anda sebentar tadi

Apatah lagi jika beliau terus memuji anda dengan menyatakan betapa hebatnya anda sebentar tadi.

Ramai isteri yang mungkin menganggap pujian suami seperti ini hanya untuk menjaga hati anda, dan tidak benar-benar ikhlas. Tetapi anda boleh lihat sendiri sama ada pujian tersebut ikhlas atau tidak.

Jika beliau memberikan pujian dalam keletihan selepas klimaks, sudah pasti pujian tersebut benar-benar ikhlas.

Dalam keadaan letih, beliau tidak punya tenaga untuk menipu, atau memikirkan bagaimana untuk menjaga hati anda. Oleh itu apa yang keluar dari mulut beliau adalah apa yang beliau rasakan.

Terimalah pujian tersebut, dan bergembira kerana anda memang hebat dalam melayan nafsu suami.

Sikap suami berubah serta-merta selepas seks

Jika beliau menjadi lebih penyayang, lebih cemburu, lebih sensitif, atau lebih mengambil-berat terhadap anda selepas aksi di ranjang malam tadi, ini adalah tanda beliau sangat puas dengan layanan anda.

Mungkin beliau akan menghantar mesej SMS atau WhatsApp yang lebih kerap. Atau beliau lebih rajin membantu kerja-kerja rumah. Mungkin beliau bersikap lebih romantik tanpa dibuat-buat.

Perubahan-perubahan ini, walaupun kecil menunjukkan anda telah berjaya puaskan suami di ranjang.

Suami ingin mencuba posisi seks baru

Rata-rata lelaki mempunyai sifat berdaya saing dalam diri mereka. Ditambah pula dengan ego yang tinggi, tidak mustahil beliau menganggap hubungan seks juga sebagai satu aktiviti yang kompetitif.

Oleh itu jika beliau kagum dengan pencapaian dan layanan anda dalam seks, beliau akan cuba untuk berdaya saing dengan isteri, dan cuba untuk memberi kepuasan yang sama kepada isteri.

Salah satu cara ialah dengan meminta isteri untuk mencuba posisi-posisi seks yang baru.

Jangan terkejut atau menganggap suami anda buang tabiat sekiranya beliau tiba-tiba menyuruh anda melakukan posisi seks yang belum pernah anda berdua cuba.

Ini adalah salah satu tanda beliau berasa tercabar dengan kehebatan anda di ranjang, dan ingin memberi nikmat yang sama kepada isteri kesayangan beliau.

Mencuba posisi-posisi seks yang baru juga adalah salah satu tip yang boleh anda cuba sebagai salah satu cara puaskan suami di ranjang.

Jika anda tak tahu kat mana nak dapatkan posisi seks terbaik, tak perlu risau. Dapatkan panduan Kamasutra Bergambar. Panduan ini mengandungi 102 ibu segala posisi seks dari ilmu Kamasutra. Terbukti berkesan.

Anda tidak merasakan seks sebagai beban

Ramai isteri yang merasakan seks sebagai hanya tanggungjawab sebagai isteri, iaitu untuk memuaskan nafsu suami. Malah ada juga isteri yang merasakan bersetubuh adalah sebagai beban setiap kali bersama suami.

Faktor ini sendiri akan menyumbang kepada kegagalan anda untuk puaskan suami di ranjang.

Bukan sahaja anda akan gagal puaskan nafsu suami, malah nafsu dan kepuasan anda sendiri akan diabaikan.

Lebih cepat anda menerima hubungan seks bersama suami sebagai aktiviti yang menyeronokkan, lebih mudah untuk anda puaskan suami di ranjang.

share-nodes
Kongsi: