Teknik Ciuman Untuk Bangkitkan Ghairah Isteri

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Teknik ciuman yang betul adalah salah satu ilmu penting yang perlu dipelajari oleh setiap suami. Teknik yang betul bukan sahaja boleh membangkitkan ghairah isteri ketika hubungan seks, tetapi juga dapat buat isteri lemas dan asyik dalam nikmat asmara.

Teknik ciuman
Ramai suami tak tahu isteri boleh layu hanya dengan ciuman Click To Tweet

Tidak Menggunakan Teknik Ciuman Untuk Menggoda Isteri

Sayang sekali ramai suami yang tidak tahu bagaimana untuk mencium isteri dengan teknik yang betul.

Ada juga suami yang tidak mengambil berat tentang ciuman dan meletakkan ciuman sebagai tidak penting.

Ini merugikan kerana jika para suami benar-benar tahu kuasa ciuman, sudah mereka akan menjadikan sesi bercium sebagai salah satu perkara wajib dalam hubungan seks suami isteri.

Teknik Bercium Yang Boleh Buat Isteri Tewas

Sebenarnya tidak sukar untuk mempelajari dan mengamalkan ciuman yang betul. Apa yang perlu ialah imaginasi dan kreativiti para suami ketika mencium isteri.

Di sini saya berikan beberapa rahsia teknik ciuman yang boleh buat isteri hilang kawalan dan tewas di ranjang.

Kenali Zon Erotik Isteri

Sebelum anda menggomol isteri anda dengan ciuman, anda perlu kenali di manakah bahagian-bahagian sensitif pada tubuh isteri anda.

Sering kali para suami membayangkan zon erotik pada tubuh isteri adalah pada payudara dan faraj, iaitu anggota seks wanita.

Tetapi sebenarnya terdapat banyak lagi bahagian sensitif yang boleh digomol pada tubuh wanita. Kawasan sensitif tubuh wanita yang saya maksudkan adalah seperti tepi mata, sekeliling bibir, cuping telinga dan sebagainya.

Sebenarnya bahagian zon erotik pada tubuh setiap wanita adalah berbeza. Mungkin isteri anda lebih sensitif pada leher berbanding cuping telinga beliau apabila anda rangsang dengan ciuman.

Oleh itu anda perlu melakukan sedikit eksperimen untuk mengenali bahagian-bahagian sensitif pada tubuh isteri anda yang anda eksploitasi dengan teknik bercium anda.

Bukan Sekadar Ciuman

Berapa kali anda memuji isteri anda, atau mengucapkan kata-kata romantis yang boleh buat beliau cair ketika anda bercium?

Kenapa tidak? Anda pasti tahu yang wanita amat mudah cair dengan puji-pujian. Tambahan lagi jika yang mengucapkan pujian tersebut adalah insan yang mereka berjanji untuk bersama sehidup semati.

Ini adalah antara teknik yang hebat dan boleh merangsang emosi isteri dan meningkatkan ghairah beliau tanpa beliau sedari.

Jangan teragak-agak atau malu-malu untuk memuji isteri anda ketika bercium Click To Tweet

Gunakan teknik ini untuk menambahkan perasaan cinta beliau kepada anda.

Pelbagaikan Cara Bercium

Jangan biarkan ciuman anda buat isteri anda bosan. Pelbagaikan cara anda mencium isteri.

Jika sebelum ini anda hanya mencium beliau dengan lembut, apa kata variasi kan rentak ciuman anda.

Cium isteri dengan lembut terlebih dahulu. Apabila beliau kelihatan sedang asyik, cium beliau dengan rakus dan lihat beliau mendesah kesedapan. Kemudian kurangkan rentak ciuman anda dan cium kembali beliau dengan lembut dan romantik.

Teknik ciuman yang ini boleh buat isteri anda menerima kejutan yang akan buat beliau semakin asyik dan nikmat.

Bukan Hanya Bibir

Kenapa anda hanya gunakan bibir ketika bercium? Apa guna lidah anda, tangan, badan dan sebagainya yang boleh anda gunakan untuk meningkatkan kesedapan teknik ciuman anda.

Belajar untuk menggunakan seluruh anggota tubuh ketika bercium.

Contohnya, anda boleh menjilat leher isteri dengan lembut. Kemudian jarakkan bibir dan hembus perlahan-lahan ke kawasan tersebut. Saya pasti bulu roma isteri anda akan meremang ketika itu.

Begitu juga bibir beliau. Ketika mencium bibir beliau, gigit lembut kawasan tersebut. Tahan seketika, kemudian lepaskan. Teknik ciuman ini sahaja boleh buat isteri anda menarik nafas nikmat.

Jangan lupa untuk menggeselkan badan anda dengan badan isteri ketika bercium. Ini pun boleh menambahkan nikmat kepada isteri tanpa anda sedari.

Jangan Abaikan Teknik Ciuman Dalam Hubungan Suami Isteri

Teknik-teknik yang saya berikan di atas, walaupun nampak remeh tetapi kuasanya amat hebat untuk buat isteri lemas dalam pelukan anda.

Gunakan teknik-teknik bercium ini untuk menambahkan nikmat kepada isteri di samping buat beliau semakin ghairah, asyik dan bersedia sepenuhnya untuk aksi di ranjang.

Teknik-teknik ciuman yang saya berikan di atas adalah antara tip ciuman daripada panduan Seni Ciuman. E-Buku Panduan Seni Ciuman boleh dikatakan adalah manual lengkap teknik ciuman untuk meningkatkan kenikmatan hubungan suami isteri.

Jika anda ingin mempelajari bagaimana untuk buat isteri tewas sepenuhnya hanya dengan kuasa ciuman, anda boleh dapatkan Ebuku Seni Ciuman ini untuk dijadikan panduan lengkap.

share-nodes
Kongsi: