Isteri Lebih Mudah Hamil Jika Suami Gemar Minum Susu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Suami gemar minum susu buat isteri lebih mudah hamil? Ya jangan terkejut jika saya katakan para isteri lebih mudah hamil sekiranya suami gemar minum susu!

Kita semua sedia maklum yang susu mengandungi pelbagai khasiat dan zat yang baik untuk kesihatan. Selain dapat meningkatkan kualiti kesihatan, susu juga boleh membantu mengurangkan kesan penuaan.

isteri lebih mudah hamil suami gemar minum susu

Susu dan Sperma

Baru-baru ini, penyelidik dari University of Michigan Health System mendapati susu dapat memberi kesan yang amat positif kepada sperma. Menurut kajian tersebut, lelaki yang sering mengambil susu sebagai diet harian mampu membuatkan sperma lebih berkualiti.

Dalam erti kata lain, jika lelaki tersebut sering mengamalkan meminum susu, beliau akan lebih produktif di mana sperma yang dihasilkan akan lebih aktif dan berkualiti. Ini secara tidak langsung meningkatkan peluang untuk membuat isteri hamil.

Menurut penyelidik, ini terjadi kerana kandungan kalsium yang tinggi pada susu yang membantu meningkatkan kualiti sperma. Sperma yang lebih berkuali akan meningkatkan keupayaan sperma tersebut untuk proses persenyawaan.

Kajian yang sama untuk suami gemar minum susu

Pihak “The American Pregnancy Association” juga telah melakukan kajian yang sama. Keputusan kajian yang dilakukan oleh Persatuan Kehamilan Amerika tersebut juga menemui hasil yang sama.

Malah menurut mereka khasiat kalsium yang terdapat pada susu dapat membantu perkembangan janin, dan embrio pada masa kehamilan, jika ibu hamil mengambil susu setiap hari.

Minum susu sebelum seks buat isteri lebih mudah hamil

Berbalik kepada pihak Universiti Michigan. Pakar yang menjalankan kajian terhadap perkara ini juga mendapati bahawa amalan meminum susu sebelum hubungan seks boleh meningkatkan peluang untuk hamil.

Selain daripada dapat meningkatkan produksi sperma, dan membuatkan sperma lebih aktif, meminum susu sebelum aktiviti seks secara tidak langsung akan membuatkan anda lebih bertenaga untuk beraksi.

Sudah pasti prestasi di ranjang akan meningkat dan suami dapat beraksi dengan lebih hebat dalam hubungan suami isteri.

Amalkan!

Jadi kepada suami, mahupun isteri, sudah pasti selepas ini anda perlu masukkan susu sebagai salah satu menu penting dalam diet harian anda berdua!

share-nodes
Kongsi: