Rahsia Lubang Faraj Wanita Yang Perlu Anda Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Artikel kali ini akan meneroka tentang rahsia lubang faraj. Seperti zakar yang berbeza dari sudut fizikal, faraj juga berbeza untuk setiap wanita.

Boleh dikatakan tiada faraj di dunia ini yang sama pada individu. Ini kerana faraj untuk setiap wanita telah diciptakan khas untuk zakar suaminya, iaitu jodoh yang telah ditentukan sebaik sahaja kita dilahirkan ke dunia ini.

Rahsia lubang faraj

Rahsia lubang faraj telah dibongkar

Rahsia lubang faraj sebenarnya telah banyak dibincangkan dalam kitab-kitab seksual kuno. Orang terdahulu lebih handal dalam membongkar rahsia lubang faraj.

Mereka mencari bagaimana bentuk fizikal faraj yang berbeza memerlukan rangsangan yang berbeza. Dan bagaimana bentuk faraj yang pelbagai boleh memberikan kenikmatan yang berlainan kepada zakar.

Rahsia lubang faraj mengikut kitab lama

Lubang faraj wanita boleh dibahagikan kepada 3 kategori utama Click To Tweet

Mengikut kitab panduan seksual kuno, lubang faraj boleh dibahagikan kepada tiga bentuk utama. Walaupun ketiga-tiga bentuk ini boleh berbeza dari segi saiznya, namun jenisnya tetap sama. Tiba bentuk utama lubang faraj tersebut ialah:

Faraj Lubang Tanduk/Siput

Faraj lubang tanduk

Lubang faraj ini adalah seperti lubang pada tanduk, iaitu luas pada hujung dan semakin sempit di dalam. Faraj ini adalah ideal untuk zakar yang bersaiz sederhana, atau kecil. Lubang faraj jenis ini mempunyai “grip” yang kuat. Lubang faraj ini juga dikatakan mempunyai banyak air.

Faraj jenis ini mampu membuatkan zakar pancut awal kerana lubang yang sempit di hujungnya. Dikatakan ciri-ciri wanita yang mempunyai faraj jenis lubang tanduk ini ialah beliau seorang yang pendiam, pintar dan suka berbual tentang seks.

Faraj Lubang Buluh

Faraj lubang buluh

Seperti lubang buluh, saiz lubang faraj pada permukaan dan dalaman adalah sama. Faraj ini ideal untuk zakar yang juga mempunyai ukur lilit pada kepala dan batang yang sama. Faraj lubang buluh memberikan kenikmatan yang sekata pada zakar.

Oleh itu mendayung zakar pada faraj lubang buluh kadangkala boleh membuatkan si suami mampu berdayung dengan lama dan lambat pancut. Kadar genggaman faraj lubang buluh adalah sederhana, namun begitu boleh dikuatkan dengan latihan-latihan seperti senaman rusa dari panduan Seni Seks Tao.

Ciri-ciri wanita yang mempunyai faraj lubang buluh adalah bersikap sederhana dan tidak berlebih-lebihan di dalam segala aspek kehidupan. Wanita yang mempunyai faraj lubang buluh juga sukar untuk terangsang dan memerlukan permainan foreplay yang lebih sebelum berasmara.

Faraj Labu

Faraj labu

Faraj Labu mempunyai permukaan yang sempit dan dalaman yang luas dan besar, seperti bentuk labu. Faraj bentuk labu ini perlu dipadankan dengan zakar yang berkepala besar, atau dikenali dengan zakar payung diraja, atau zakar cendawan kembang.

Kenikmatan yang tidak terhingga akan dinikmati oleh zakar jenis ini apabila mula menujah faraj jenis ini kerana permukaan yang amat sempit. Kebiasaannya faraj jenis ini tidak mempunyai daya genggaman yang kuat kerana ruang dalaman yang agak besar.

Akan tetapi kekurangan ini akan dapat diatasi dengan zakar payung diraja. Oleh kerana permukaan faraj ini adalah sempit, mudah sekali bagi zakar untuk merangsang titik G-Spot pada faraj ini. Ini kerana titik G-Spot akan berada di bahagian sempit pada permukaan faraj. Ciri-ciri wanita yang mempunyai faraj labu dikatakan rakus dan tamak. Mereka juga dikatakan mudah klimaks ketika berasmara.

Sekarang anda sudah tahu tiga jenis utama lubang faraj dan telah membongkar rahsia lubang faraj. Balik kerja nanti bolehlah mula meneroka faraj isteri anda dan kenal pasti lubang faraj si dia adalah jenis yang mana satu. 🙂

share-nodes
Kongsi: