Masih Dara Setelah Dua Bulan Berkahwin – Salah Siapa?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Dara atau keperawanan adalah kehormatan yang dijaga oleh kaum wanita. Malah memiliki isteri yang “masih dara” adalah impian setiap kaum lelaki. Walaubagaimanapun, masalah timbul apabila isteri masih dara walaupun setelah dua bulan berkahwin.

Walaupun ini adalah masalah terpencil dan jarang berlaku, kehadiran masalah masih dara ini boleh membawa kepada masalah rumahtangga yang lebih besar dan tidak mustahil menyebabkan keretakan rumahtangga yang baru dibina.

Masih dara 2 bulan berkahwin

Masih Dara Setelah Berkahwin – Takut Untuk Bersama Pasangan

Situasi masih dara setelah berkahwin ini berlaku kerana wanita terbabit merasa takut dan seriau untuk bersama pasangan. Dalam keadaan ini, faraj wanita menjadi kering dan organ-organ seksual lain pada alat sulit wanita mengecut dan menyempit menyebabkan sukar untuk dimasuki oleh zakar.

Keadaan ini akan menyebabkan wanita terbabit merasa amat sakit ketika faraj mereka ingin ditembusi oleh zakar suami, kerana mereka akan mencengkam dan mengemut otot-otot yang mengawal pembukaan faraj. Oleh itu zakar akan merasakan seperti terdapat halangan yang sukar untuk ditembusi.

Rasa takut ketika bersetubuh boleh buat suami sukar untuk puaskan isteri di ranjang. Click To Tweet

Masalah ini boleh diatasi jika wanita terbabit dapat mengawal pembukaan faraj, iaitu dengan tidak mengemut dan mencengkam otot-otot alat sulit mereka. Dalam erti kata lain, mereka perlu melegakan cengkaman faraj dan membuka laluan untuk membolehkan zakar suami memasuki faraj.

Jangan Salahkan Isteri Sepenuhnya

Walaupun masalah ini berpunca daripada kaum wanita, mereka tidak boleh disalahkan sepenuhnya. Kaum lelaki sebagai suami juga harus bertanggungjawab dan memainkan peranan untuk menenangkan isteri dan menggoda isteri supaya isteri berasa selesa untuk bersama pada kali pertama.

Suami boleh mula dengan membuatkan faraj isteri basah dengan teknik-teknik foreplay, dan meneruskan dengan memasukkan jari terlebih dahulu ke dalam faraj isteri. Jika si isteri tidak berasa sakit ketika suami memasukkan jari, gunakan jari tersebut untuk melakukan gerakan menujah dan menarik, seperti zakar.

Setelah isteri selesa, barulah teruskan dengan memasukkan zakar ke dalam faraj isteri.

Sekiranya isteri masih merasa sukar untuk menerima tusukan zakar suami, dan masih mencengkam dan mengemut otot-otot faraj, masalah ini lebih kepada psikologi dan bukan fizikal. Suami sekali lagi harus memainkan peranan dengan membisikkan kata-kata yang dapat menaikkan ghairah isteri dan membuatkan isteri berasa selesa untuk menerima zakar.

Jika suami pandai memainkan peranan, masalah ini akan dapat diatasi dengan mudah.

Sekiranya anda buntu atau tidak tahu cara sebenar untuk menggoda isteri di ranjang, anda boleh dapatkan panduan E-Buku Kamasutra Bergambar. E-Buku ini mengandungi panduan lengkap bagaimana untuk menggoda dan buat isteri cair sebelum bersetubuh.

share-nodes
Kongsi: