Saiz Biji Kelentit Wanita – Apakah Saiz Yang Normal?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Ramai lelaki tahu apakah biji kelentit, lokasi biji kelentit dan bentuk biji kelentit. Tetapi saya pasti ramai yang tak tahu apakah saiz biji kelentit yang normal dan sesuai bagi biji kelentit?

Saiz biji kelentit

Biji kelentit atau Clitoris

Biji kelentit atau clitoris adalah satu-satunya anggota alat sulit wanita yang digunakan untuk memberikan kepuasan seksual kepada wanita.

Biji kelentit wujud hanya sebagai organ rangsangan seks, tak ada fungsi lain! Click To Tweet

Tidak seperti anggota-anggota alat sulit wanita yang lain seperti faraj, lubang kencing dan sebagainya yang mempunyai lebih daripada satu fungsi.

Boleh dikatakan semua wanita adalah amat sensitif pada biji kelentit mereka. Malah terdapat wanita yang biji kelentitnya terlalu sensitif sehinggakan sedikit sentuhan sahaja boleh membuatkan mereka basah dan klimaks.

Saiz biji kelentit normal

Saiz biji kelentit untuk setiap wanita adalah berbeza. Ini kerana seperti anggota tubuh badan yang lain, tiada individu yang 100% sama dan serupa, walaupun mereka kembar seiras.

Pengkaji seksual telah melakukan kajian kepada segolongan besar wanita untuk mengetahui saiz kelentit yang dimiliki oleh wanita-wanita ini.

Daripada hasil kajian mereka, 87.7% daripada wanita mempunyai saiz  antara 0 hingga 2cm. 4.9% pula mempunyai saiz sebanyak 2cm. 5.7% mempunyai saiz sebanyak 3cm. 1.1% mempunyai saiz  sebanyak 4cm hingga 5cm. 0.6% mempunyai saiz antara 5cm hingga 6cm dan hanya 0.1% yang mempunyai saiz lebih dari 6cm.

Saiz kelentit dan tahap sensitiviti

Apakah saiz mempengaruhi tahap sensitiviti pada biji kelentit?

Sudah pasti tidak! Wanita yang mempunyai saiz kelentit yang kecil tidak semestinya kurang sensitif terhadap sentuhan dan rangsangan pada biji kelentit mereka.

Begitu juga wanita yang mempunyai saiz  kelentit yang besar tidak semestinya mudah klimaks hanya dengan rangsangan pada biji kelentit.

Dan saya pasti selera kaum lelaki juga berbeza. Ada lelaki yang sukakan wanita dengan saiz kelentit yang kecil. Dan ada lelaki yang terangsang dan tidak tahan melihat saiz yang besar.

Walaubagaimanapun, terdapat wanita yang merasakan saiz kelentit boleh membantu mereka di dalam hubungan seks. Malah ada yang menganggap biji kelentit adalah seperti sebuah zakar mini.

Wanita yang mempunyai biji kelentit yang besar dan panjang boleh menggosok biji kelentit mereka seperti menggosok zakar!

Walaupun tiada fakta yang boleh menyokong saiz kelentit mempengaruhi tahap sensitiviti seksual, wanita-wanita yang mempunyai biji kelentit yang besar tetap berpegang teguh dengan pendapat mereka.

Jika benar saiz boleh menyebabkan wanita cepat klimaks atau tidak, ini hanya disebabkan oleh tindak balas emosi dan pengaruh psikologi.

Jadi kepada para suami jangan risau dengan saiz kelentit isteri anda. Yang penting ada tahu bagaimana untuk merangsang dan bermain-main dengan biji kelentit isteri anda. 🙂

Kalau anda masih tak tahu, anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar yang akan memberikan teknik terbaik bagaimana untuk merangsang biji kelentit isteri anda. Confirm buat beliau tak tahan sehingga klimaks.

Klik link yang saya berikan di atas untuk mendapatkan panduan Kamasutra Bergambar.

share-nodes
Kongsi: