Sarapan Dengan Hubungan Seks Pagi?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Berapa ramai daripada anda yang menggantikan sarapan pagi dengan hubungan seks waktu pagi? Kebanyakan daripada kita melakukan hubungan seks pada malam hari, atau tengah hari. Mungkin kerana ghairah seks hanya muncul pada malam hari, atau menggunakan hubungan seks untuk melepaskan stress yang terkumpul dengan banyak pada siang hari.

Hubungan seks pagi
Banyak kelebihan hubungan seks di pagi hari yang ramai pasangan tak tahu Click To Tweet

Hubungan Seks Pagi Sama Nikmatnya

Jika anda dan pasangan jarang, atau belum pernah mengadakan hubungan seks pada waktu pagi, anda kehilangan suatu kenikmatan yang berbeza dalam hubungan seks.

Menurut hasil kajian yang dijalankan oleh pakar seksual, aktiviti seks pada pagi hari tidak hanya mampu mengurangkan stress sepanjang hari, tetapi juga mampu membantu dari aspek emosi dan fizikal.

Dengan mengadakan kelamin waktu pagi, anda akan merasakan seperti dicintai, diperhatikan dan dimanjakan oleh si dia. Bersetubuh waktu pagi juga akan membuatkan anda lebih bersemangat untuk menghadapi hari anda.

Kajian yang dijalankan juga menunjukkan hubungan seksual pada pagi hari akan memberikan kenikmatan yang berbeza berbanding pada waktu yang lain. Ini kerana pada waktu pagi, hormon testosteron kaum lelaki adalah tinggi.

Zakar Lebih Keras Waktu Pagi

Ramai lelaki yang zakar mereka keras pada waktu pagi sebaik sahaja bangun dari tidur. Jika zakar si lelaki tidak keras pun pada waktu pagi, mereka tidak memerlukan pemanasan yang lama untuk hubungan seks.

Begitu juga bagi wanita. Kajian menunjukkan kaum wanita lebih mudah klimaks dan orgasme pada waktu pagi. Ini dipengaruhi oleh faktor emosi bagi kaum wanita. Semua sudah sedia maklum wanita adalah makhluk yang mudah dipengaruhi emosi.

Ketika bangun pada waktu pagi, kaum wanita berada di dalam keadaan yang tenang tanpa sebarang stress. Bangun pada waktu pagi juga seumpama membuka lebaran baru, sekali gus memudahkan mereka menerima apa sahaja keadaan tanpa sebarang tekanan.

Lebih Seksi di Pagi Hari

Anda juga mungkin melihat pasangan anda dengan lebih seksi ketika bangun tidur pada waktu pagi. Bagi kaum lelaki yang suka mendominasi, wanita ketika bangun pada pagi hari kelihatan tidak berdaya, lembut dan menggoda.

Tambahan pula jika si dia mengenakan pakaian yang seksi sebelum tidur. Sudah pasti mudah sekali bagi anda untuk terangsang dan mencumbui si dia.

Bagi wanita pula, pasangan mereka kelihatan romantik, atau seksi dengan zakar yang mengeras. Tambahan pula jika si dia mengenakan pakaian yang seksi sebelum tidur. Sudah pasti mudah sekali bagi anda untuk terangsang dan mencumbui si dia.

Jadi, sesekali gantikan hidangan sarapan pagi anda dengan hubungan seks yang penuh nikmat. Sudah pasti akan melalui hari anda dengan penuh kepuasan dan kegembiraan.

share-nodes
Kongsi: