Latihan Kemut Faraj – Semua Isteri Kena Buat Untuk Ikat Suami

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Latihan kemut faraj ini perlu dipraktikkan oleh semua isteri untuk meningkatkan kenikmatan dalam hubungan suami isteri.

Kita sudah sedia maklum faraj yang ketat akan memberikan kepuasan yang lebih kepada zakar. Sebaliknya faraj yang longgar tidak akan dapat merangsang zakar sepenuhnya dan akan membuatkan zakar kurang nikmat ketika mendayung.

Faraj yang longgar juga akan mengurangkan geseran pada dinding faraj sekali gus menyebabkan isteri kurang nikmat dan sukar untuk klimaks, atau pancut.

Latihan kemutan faraj
Puaskan suami dengan faraj yang ketat

Malang sekali, bukan semua wanita dilahirkan dengan lubang faraj yang kecil dan ketat. Bentuk fizikal setiap individu adalah berbeza, begitu juga dengan saiz lubang faraj.

Saiz Lubang Faraj Tak Memainkan Peranan

Tetapi para isteri tidak perlu risau jika saiz lubang faraj mereka besar. Anda boleh belajar teknik kemut faraj yang betul untuk memberikan kepuasan maksimum kepada zakar suami anda.

Dalam sesetengah masyarakat, sebelum berkahwin para gadis akan diajar bagaimana untuk mengemut faraj dengan betul. Ini supaya mereka dapat memuaskan suami mereka sepenuhnya selepas berkahwin.

Di dalam artikel ini saya akan ajarkan bagaimana untuk menyediakan faraj anda untuk kemut yang kuat, dan teknik kemut faraj yang betul yang akan membuatkan suami anda menggeliat kesedapan.

Sebelum mempelajari sebarang teknik kemutan faraj, persediaan faraj adalah penting. Persediaan yang saya maksudkan di sini ialah menguatkan otot-otot faraj.

Otot faraj  yang kuat bukan sahaja dapat memudahkan anda melatih teknik kemutan faraj, tetapi juga dapat meningkatkan daya kemutan faraj anda.

2 Latihan Kemut Faraj Yang Mudah

2 latihan kemutan faraj yang mudah ini boleh membantu isteri puaskan suami di ranjang Click To Tweet

Terdapat 2 jenis latihan kemutan faraj yang boleh anda amalkan untuk menguatkan otot-otot faraj anda.

  1. Latihan 1
    Ketika anda membuang air kecil, tahan kencing anda selama beberapa saat. Kemudian lepaskan dan kencing seperti biasa. Beri perhatian kepada otot-otot yang anda gunakan ketika menahan kencing. Lakukan latihan ini setiap kali anda ingin kencing.
  2. Latihan 2
    Seperti juga latihan kemut faraj 1, latihan ini dilakukan ketika anda ingin membuang air besar. Beri perhatian kepada otot-otot yang anda gunakan ketika ingin menahan najis tersebut.

Latihan-latihan kemutan di atas tidak hanya boleh dilakukan ketika anda ingin membuang air kecil atau air besar sahaja.

Anda juga boleh melakukan latihan-latihan ini di mana sahaja. Yang penting anda tahu otot-otot yang terlibat ketika melakukan latihan ini.

Seperti yang kita sedia maklum, otot-otot pada tubuh manusia akan menjadi semakin kuat dan besar apabila selalu dilatih. Ini termasuk otot-otot luaran, dan dalaman.

Oleh itu latihan-latihan kemutan faraj yang diberikan di atas akan membantu anda untuk menguatkan kemutan faraj anda.

Saya akan menyentuh tentang teknik-teknik kemutan faraj dalam artikel yang seterusnya. Oleh itu follow blog pancutkan isteri ini untuk mendapatkan update terus kepada email anda.

Update: Baca teknik kemut faraj istimewa untuk puaskan suami di ranjang

share-nodes
Kongsi: