Teknik Kemut Faraj Istimewa – Semua Isteri Wajib Amalkan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Apakah teknik kemut faraj yang boleh membantu membuat hubungan suami isteri lebih nikmat?

Dalam artikel yang lepas, saya telah menyentuh tentang latihan kemut faraj yang boleh diamalkan untuk menguatkan otot-otot faraj sekali gus mengetatkan lubang faraj.

Kali ini kita akan membincangkan teknik kemutan faraj yang boleh anda praktikkan ketika berasmara.

Teknik kemutan faraj
Teknik kemutan faraj yang betul boleh mempercepatkan pancutan isteri

Teknik kemutan faraj penting untuk kepuasan maksima

Kemutan faraj adalah penting untuk memberikan kepuasan maksima kepada zakar suami anda.

Teknik kemut yang hebat juga mampu untuk buat zakar suami lambat pancut, sekali gus buat suami dapat bertahan lebih lama.

Di samping dapat buat suami lambat pancut, teknik kemut yang akan diajarkan di dalam artikel ini akan buat anda sebagai isteri mudah klimaks, dan tidak mustahil pancut dalam masa yang sama.

Teknik kemutan faraj yang betul boleh membuat suami lambat pancutu003cbru003e Click To Tweet

Teknik 1 – Kemutan Senyap

Teknik kemut ini dilakukan apabila suami telah memasukkan zakar beliau ke dalam faraj anda tetapi tidak mendayung.

kemut faraj yang dilakukan pada zakar untuk situasi ini ialah mengemut dengan perlahan-lahan. Bayangkan seperti anda mengurut dan membelai zakar suami dengan penuh manja dan menggoda.

Teknik 2 – Kemutan Menujah

Teknik kemutan ini berlaku semasa suami menujah zakar beliau ke dalam faraj anda. Kemutan dilakukan ketika proses tujahan zakar berlaku, dan dilepaskan semasa suami menarik kembali zakarnya. Kemutan yang dilakukan untuk teknik ini ialah kuat dan pantas.

Teknik ini sangat hebat dan boleh memberikan nikmat yang tidak terhingga kepada para suami.

Walau bagaimanapun, teknik kemutan ini boleh membuatkan suami anda mudah klimaks. Oleh itu cuma amalkan teknik ini jika suami anda seorang yang pancut lambat, atau faraj telah menjadi terlalu licin dan basah.

Teknik 3 – Kemutan Menarik

Teknik kemut ini dilakukan semasa suami menarik kembali zakar selepas menujah. Teknik ini menjadi pilihan kebanyakan pasangan kerana teknik kemut ini telah dibuktikan dapat melambatkan pancutan zakar suami dan mempercepatkan pancutan isteri.

Kemut faraj anda ketika suami menarik zakar keluar daripada faraj, dan pastikan cengkaman faraj, atau kemutan menjadi lebih kuat pada bahagian kepala zakar suami.

Cengkaman pada kepala zakar akan melambatkan pancutan zakar. Dan geseran yang dirasai oleh faraj anda ketika zakar ditarik akan memberikan lebih nikmat kepada isteri, sekali gus buat para isteri mudah untuk pancut.

Banyak lagi ilmu hubungan seksual

Begitulah sedikit sebanyak teknik kemutan faraj yang dapat saya kongsi dengan anda. Sebenarnya terdapat banyak lagi ilmu-ilmu berkaitan hubungan seksual, atau jimak.

Jika anda adalah seorang yang bersungguh-sungguh untuk memuaskan pasangan anda ketika berjimak, saya syorkan anda dapatkan panduan Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

Panduan lengkap ini mengandungi ilmu-ilmu seks yang dikumpulkan dari empat kitab asmara kuno seluruh dunia. Ilmu-ilmu ini telah berjasa membuatkan berjuta-juta pasangan gembira dari sudut hubungan seks.

share-nodes
Kongsi: