Cara Pakai Kondom Yang Betul Untuk Nikmat Seks Sebenar

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Feb 2024
clock-one

Tahu tak masih ramai lelaki yang tak tahu cara pakai kondom yang betul. Ini bukan cerita dongeng, tetapi fakta. Walaupun nak guna kondom nampak mudah, tetapi ada lagi yang tak tahu teknik pakai kondom yang sebenar.

Jika anda tergolong dalam golongan ini, jangan risau. Pada panduan kali ini saya akan ceritakan dari mula sampai habis bagaimana cara pakai kondom lelaki yang sebenar.

Cara guna kondom yang betul bukan sahaja boleh berfungsi sebagai mencegah kehamilan untuk merancang keluarga, tetapi juga boleh selamatkan anda daripada penyakit kelamin yang serius. Tetapi, jika diguna pakai dengan salah, lebih tinggilah risiko penyakit-penyakit menjangkiti anda.

Cara pakai kondom yang betul
Belajar cara pakai kondom yang betul untuk nikmat seks sebenar Click To Tweet

Jenis-Jenis Kondom

Sebelum kita belajar cara guna kondom yang betul, anda tahu atau tidak apa dia makhluk kondom ni? Mestilah tahu kan. Susah nak bayangkan kalau ada suami pada masa sekarang yang masih tak tahu rupa bentuk kondom.

Tetapi, tahu tak kondom boleh dibahagikan kepada empat kategori utama.

Kondom getah

Ini adalah jenis kondom yang biasa di jual di kedai, selalu orang panggil kondom Durex. Kondom ini adalah kondom asas dan berfungsi untuk mengelakkan air mani anda berenang-renang ke dalam rahim isteri, dan mengelakkan jangkitan penyakit seks (sexual transmitted disease – STD).

Kondom pelincir

Kondom jenis ini pula selalunya datang dengan pelincir di bahagian luar. Tujuan utama untuk mengurangkan rasa sakit pasangan ketika bersetubuh. Tetapi boleh sahaja anda beli kondom getah yang biasa dan sapu pelincir. Cuma, pastikan anda guna pelincir berasaskan air. Contohnya yang popular adalah jenama K-Y Jelly – boleh dapatkan di 7eleven.

Kondom spermisida

Jenis kondom ni ramai yang tahu wujud. Spermisida atau spermicide adalah bahan untuk membunuh sperma. Biasanya datang dalam bentuk gel, buih atau krim. Kondom jenis ini disalut dengan spermesida untuk meningkatkan keupayaan mencegah kehamilan. Tetapi hati-hati kerana tidak semua orang serasi dengan bahan ni. Kadang-kadang boleh menyebabkan gatal dan ruam pada alat sulit anda.

Kondom bertekstur

Ini adalah kondom yang paling popular kat Shopee atau Lazada. Buat sahaja carian kondom berduri atau kondom berbintik dan bermacam-macam jenis yang dijual di laman beli-belah online ni. Kondom jenis ini selalunya dicipta untuk beri lebih rangsangan kepada pasangan anda. Tetapi anda harus berhati-hati kerana tidak semua wanita suka anda pakai jenis kondom berduri ni. Ada yang rasa sakit dan tidak selesa. Yang penting tanya dahulu pasangan sebelum cuba.

Ada juga kondom tahan lama yang pernah terkenal. Tetapi sekarang populariti kondom jenis ni semakin menurun. Baca kenapa kondom tahan lama sebenarnya tidak membantu.

Tahu tak Malaysia adalah negara pengeluar kondom terbesar di dunia!

Sekarang dah tahu jenis kondom, mari kita belajar cara guna kondom yang betul.

Cara Pakai Kondom Yang Betul

Teknik yang betul sebenarnya tak susah pun. Tetapi, ramai yang selalu buat silap. Ini langkah-langkah untuk pakai kondom. Tak kisahlah kondom getah, kondom berduri, kondom berbintik dan sebagainya – cara pakai tetap sama.

1. Beli kondom yang betul – saiz dan tarikh luput.

Pilih kondom yang betul
Pilih kondom yang betul

Ingat makanan sahaja yang ada tarikh luput? Kondom pun ada. Semasa anda beli kondom, semak dahulu tarikh luput kondom tersebut. Kondom yang dah tamat tempoh akan mudah koyak semasa anda guna. Begitu juga saiz kondom. Kalau senjata anda saiz normal, tak perlulah beli kondom saiz besar, dan sebaliknya.

2. Picit dan rasa gelembung udara.

Picit kondom dan rasa gelembung udara
Picit untuk rasa gelembung udara

Picit dengan lembut pakej kondom tu dan rasa ada lagi atau tak gelembung udara. Jika ada, bagus – ini bermaksud packaging kondom tu masih elok. Jika tak ada gelembung udara, mungkin bekas balutan kondom tu dah terkoyak. Letak balik dan ambil yang lain.

3. Buka perlahan-lahan.

Buka kondom perlahan-lahan
Buka balutan perlahan-lahan

Buka pakej tu perlahan-lahan, tak perlu gelojoh. Ramai yang buka dengan tergesa-gesa dan akibatnya kondom boleh terkoyak. Selalunya ada tempat untuk anda koyak dengan jari. Tak perlu guna gunting atau pisau.

4. Bezakan luar dan dalam.

Bezakan bahagian luar dan dalam kondom
Bezakan luar dalam kondom

Ini kesilapan yang ramai buat – keliru bahagian kondom luar dan dalam. Tip nak kenal yang mana satu luar senang sahaja. Bahagian luar kondom selalunya diletakkan sedikit pelincir. Bahagian luar juga ada tambahan semacam topi kecil untuk gelembung udara. Jadi jangan silap bahagian ya.

5. Letak kondom pada hujung zakar.

Letak kondom kat hujung zakar
Letak kat hujung zakar

Bila dah pastikan bahagian yang betul, letak gulungan kondom tu pada hujung kepala zakar. Sebelum tu, pastikan senjata anda dah keras. Jangan pakai kondom dengan zakar yang lembik.

6. Cubit di bahagian hujung kondom.

Cubit bahagian hujung kondom
Cubit bahagian hujung kondom

Ingat tak bahagian yang macam topi kecil tu? Picit sikit kat bahagian tu. Tujuannya adalah untuk mewujudkan ruang udara. Ruang udara ini akan mengumpul air mani anda lepas anda pancut.

7. Tarik kondom sehingga ke pangkal

Tarik kondom hingga ke pangka zakar
Tarik hingga ke pangkal

Tarik kondom tu hingga ke pangkal zakar anda. Tarik sampai habis – jangan kasi chance. Tetapi tarik perlahan-lahan ya, jangan gelojoh.

Selesai cara pakai kondom yang betul. Tak susah kan?

Tip Guna Kondom

Dah tahu cara nak pakai, ambil tahu pula tip bagaimana nak guna kondom yang betul.

  • Pilih kondom dengan saiz yang sesuai. Saya dah beritahu tadi, tapi perlu tegaskan sekali lagi kerana ramai yang selalu pilih saiz kondom yang salah. Jangan beli yang terlalu kecil atau yang terlalu besar. Terlalu kecil boleh mudah koyak, manakala terlalu besar boleh buat kondom tercabut ketika bersetubuh.
  • Jangan guna kondom bila faraj isteri anda kering. Pelincir yang ada kat kondom tu sedikit sangat. Bila dah lama bergeser dalam faraj, kondom mudah tercabut. Jadi, pastikan faraj isteri anda basah. Kalau kering boleh guna pelincir untuk melancarkan aktiviti di ranjang anda.
  • Hati-hati bila keluarkan zakar setelah pancut. Kalau anda pancut terlalu banyak air mani, kondom akan mudah tercabut. Kalau nak elak tragedi ni berlaku, pegang pada pangkal zakar semasa anda cabut zakar dari faraj isteri.
  • Jangan recycle kondom anda! Ini jarang berlaku tetapi ada yang buat. Jangan basuh kondom yang dah pakai untuk diguna semula. Terus buang kondom yang dah digunakan ke dalam tong sampah. Kalau boleh balut dulu dengan tisu. Jangan buang dalam mangkuk tandas atau sinki – boleh tersumbat.

Semoga panduan cara pakai kondom yang betul bersama tip guna kondom kali ni akan bantu anda dalam hubungan suami isteri. Jangan lupa kongsi panduan ini di Facebook jika anda ingin membantu.

share-nodes
Kongsi: