7 Teknik Seks Tanpa Bersetubuh – Beri Kelainan Dalam Hubungan Suami Isteri

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Seks tanpa bersetubuh, ramai pasangan suami isteri yang tak tahu tentang teknik hubungan seks ni. Ramai yang tidak tahu bahawa hubungan seks bukan sekadar memasukkan zakar ke dalam faraj. Terdapat beberapa teknik hubungan seks yang tidak memerlukan persetubuhan, tetapi dapat memberikan kepuasan sama seperti anda berdua bersetubuh.

Seks tanpa bersetubuh 
Seks tanpa bersetubuh boleh beri kelainan dan pembaharuan dalam hubungan seks anda berdua Click To Tweet

Apakah Sebenarnya Seks Tanpa Bersetubuh?

Seks tanpa bersetubuh, juga dikenali sebagai “outercourse” atau “non-penetrative sex” secara am merujuk kepada sebarang aktiviti seksual yang tidak melibatkan persetubuhan.

Sesetengah pihak berpendapat seks tanpa bersetubuh merujuk kepada sebarang aktiviti seksual tanpa penembusan faraj. Pihak yang lain pula bersetuju bahawa aktiviti ini boleh melibatkan penembusan faraj seperti penembusan jari, seks oral, atau alatan seks.

Walaupun terdapat aktiviti seks tanpa bersetubuh yang tidak menjurus kepada orgasma atau pancutan, aktiviti ini masih boleh memberi nikmat boleh menjadi pengalaman yang memuaskan dan intim untuk anda dan pasangan.

Seks tanpa bersetubuh boleh menjadi pilihan yang baik untuk pasangan yang ingin meneroka seksualiti mereka tanpa melibatkan jimak, sama ada disebabkan oleh pilihan peribadi, masalah perubatan, atau sebab lain.

Kelebihan dan Kekurangan

Anda mungkin tidak sabar untuk mencuba aktiviti ini dengan pasangan. Tetapi, sebelum itu anda harus tahu apakah kelebihan dan kekurangan seks tanpa bersetubuh supaya anda lebih peka dengan reaksi pasangan ketika melakukan aktiviti seksual ini.

Kelebihan

  • Aktiviti ini boleh menjadi pilihan yang lebih selamat untuk mencegah kehamilan yang tidak diingini dan melindungi daripada jangkitan seksual (STI) kerana tiada penembusan zakar ke dalam faraj.
  • Seks tanpa bersetubuh boleh meningkatkan keintiman suami isteri dan memberi pengalaman baru dalam aktiviti seksual.
  • Pasangan boleh berkomunikasi dengan lebih selesa di samping membina kepercayaan dan meneroka keseronokan seksual yang tidak dapat dinikmati ketika bersetubuh.
  • Aktiviti ini boleh menjadi pilihan dan alternatif kepada persetubuhan untuk individu yang pernah mengalami trauma atau tidak selesa untuk bersetubuh.

Keburukan

  • Seks tanpa bersetubuh mungkin tidak boleh memenuhi keinginan seksual tertentu yang bertumpu kepada penembusan zakar.
  • Kaedah ini mungkin memerlukan tahap komunikasi yang lebih intim antara untuk memastikan kedua-dua pihak berpuas hati.
  • Pasangan mungkin memerlukan informasi dan latihan tambahan tentang teknik ‘outercourse’ yang berbeza untuk melaksanakan aktiviti ini.

7 Teknik Hubungan Seks Tanpa Bersetubuh

Berikut adalah tujuh teknik hubungan seks tanpa bersetubuh yang bukan sahaja boleh memberi pengalaman baru kepada anda berdua, tetapi juga seronok dan dijamin boleh beri kepuasan sama seperti “intercourse”.

Ciuman

Jangan merendahkan kuasa ciuman. Bercium boleh mengeratkan dan menambah kemesraan dalam hubungan suami isteri. Sebagai salah satu teknik hubungan seks tanpa penembusan, ciuman di bahagian tubuh yang berbeza boleh membantu anda dan pasangan mengetahui apa yang memberikan kepuasan kepada diri masing-masing.

E-Buku Panduan Seni Ciuman mengajar anda bagaimana untuk tewaskan pasangan hanya dengan ciuman.

Urutan Badan

Urutan badan atau massage boleh menjadi sangat seksi dalam situasi yang betul. Tidak rugi jika anda wujudkan suasana penuh sensual dengan lilin dan suasana yang tenang. Anda juga bahan pelincir seperti minyak aromaterapi untuk lebih romantik.

Jangan lupa untuk berkongsi pengalaman intim dengan pasangan ketika anda memicit tubuh beliau, terutama sekali tentang bahagian mana yang beliau paling sensitif dan suka dipicit dan diramas.

Menggesel Tubuh (Dry Humping)

Istilah “dry humping” ini mungkin jarang kedengaran, tetapi menggeselkan tubuh anda dengan tubuh pasangan sebenarnya boleh memberikan nikmat yang berbeza berbanding bersetubuh. Teknik seks tanpa bersetubuh ini sesuai untuk semua peringkat umur.

Anda dan pasangan boleh cuba pelbagai posisi, berbogel atau dengan berpakaian lengkap, dan berlakon dengan pelbagai watak untuk memberi kelainan dan rasai nikmat baru yang berbeza.

Alatan Seks (Sex Toys)

Terdapat pelbagai jenis alatan seks yang boleh anda dapatkan di pasaran Malaysia pada masa sekarang. Jika anda malu untuk ke kedai, anda boleh beli secara dalam talian melalui platform seperti Shopee atau Lazada.

Alatan seks yang dijual di Shopee
Antara alatan seks yang dijual di Shopee

Setiap jenis mainan seks boleh memberi simulasi atau rangsangan yang berbeza. Contohnya, jika suami ingin merangsang faraj isteri tanpa penembusan, vibrator boleh digunakan pada klitoris isteri, atau isteri juga boleh merangsang zakar suami dengan alat tersebut.

Rangsangan Tangan / Jari

Selain bercium dan menggesel tubuh, meraba dan meramas tubuh pasangan juga boleh dikategorikan sebagai hubungan seks tanpa bersetubuh, dan boleh beri nikmat baru kepada aktiviti di ranjang.

Suami boleh meramas payudara, menggesel biji kelentit, atau memasukkan jari ke dalam faraj isteri untuk buat isteri mencapai klimaks. Manakala, isteri pula boleh menggunakan tangan untuk bermain dengan zakar suami (hand job) untuk buat suami pancut.

Anda juga boleh menggunakan pelincir untuk tingkatkan sensasi ketika melakukan rangsangan tangan.

Melancap Bersama (Mutual Masturbation)

Melancap atau masturbation sering dipandang jijik. Tetapi, tidak dapat dinafikan, semua orang pasti pernah melancap dalam hidup mereka. Jangan tipu jika anda cakap anda tidak pernah cuba puaskan nafsu dengan tangan. Namun begitu, melancap dengan berlebihan bukanlah tabiat seks yang baik. Mengikut Healthline, Tabiat ini boleh menyebabkan anda terlepas aktiviti bersama keluarga dan boleh memberi implikasi negatif terhadap hubungan sosial.

Jadi, kenapa tidak guna peluang ini untuk puaskan diri anda dan juga pasangan dengan melancap? Cara puaskan nafsu tanpa bersetubuh ini boleh buat anda berdua mencapai puncak orgasma bersama, tanpa rasa bersalah.

Caranya pula sangat mudah. Anda cuma perlu melancap pasangan anda, dan begitu juga pasangan anda memuaskan nafsu anda dengan tangan beliau. Anda boleh bercium dan bermesra semasa melakukan aktiviti ini untuk tingkatkan nikmat.

Seks Oral (Oral Sex)

Salah satu teknik hubungan seks yang popular. Selalunya seks oral sekadar menjadi foreplay sebelum bersetubuh. Walau bagaimanapun, teknik seks oral juga boleh digunakan untuk buat pasangan mencapai orgasma tanpa persetubuhan, dengan syarat teknik ini dilakukan dengan betul.

Jika dilakukan dengan teknik yang salah, bukan sahaja pasangan tak mencapai klimaks, malah anda berdua juga yang penat. Ambil giliran untuk melakukan oral seks kepada pasangan. Saya nasihatkan bermula dengan suami kepada isteri kerana kaum lelaki akan hilang motivasi selepas klimaks.

Jika anda kurang yakin dengan teknik seks oral anda, belajar teknik sebenar melalui E-Buku Panduan Seni Seks Oral. E-Buku ini mengajar anda teknik seks oral terbaik yang ‘confirm’ boleh buat pasangan anda pancut hanya dengan lidah.

Dapatkan E-Buku Panduan Seni Seks Oral. Baca juga Hukum Seks Oral dalam Islam

Risiko Hamil dan Penyakit Kelamin (STI)

Adakah terdapat risiko hamil jika anda melakukan seks tanpa bersetubuh? Secara logiknya sudah pasti tidak, kerana tiada PIV (penis-in-vagina), iaitu zakar tidak memasuki faraj.

Tetapi, kehamilan boleh berlaku sekiranya air mani masuk ke dalam faraj secara tidak sengaja – selalunya melalui jari. Situasi ini bukan terpencil dan pernah berlaku.

Begitu juga dengan penyakit kelamin. Terdapat juga risiko anda berdua dihinggapi penyakit kelamin walaupun tidak berlaku penembusan zakar.

Setiap aktiviti yang melibatkan sentuhan pada bahagian kemaluan termasuk cecair seperti air mani dan bendalir faraj boleh meningkatkan risiko jangkitan seksual (sexual transmitted disease). Menurut portal MyHealth Malaysia, jangkitan seksual boleh merebak melalui darah dan bendalir tubuh.

Untuk mengurangkan risiko, guna perlindungan seperti kondom. Anda dan pasangan juga boleh pemeriksaan kesihatan berkala jika perlu untuk memastikan tidak dijangkiti penyakit kelamin.

Cuba dan Nikmati Pengalaman Baru

Tinggalkan tanggapan bahawa hubungan seks hanya terhad kepada foreplay, bersetubuh, dan mencapai orgasma. Terdapat pelbagai cara untuk mencapai nikmat dalam aktiviti seks kerana setiap individu mempunyai keinginan dan keperluan yang berbeza.

Menjadikan seks tanpa bersetubuh sebagai alternatif kepada berjimak boleh menjadi pengalaman baru yang menyeronokkan kepada anda dan pasangan. Cuba lah, dan rasai nikmat baru dalam hubungan suami isteri.

share-nodes
Kongsi: