21 Fakta Tentang Ciuman Yang Buat Anda Geleng Kepala

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Anda rasa anda dah tahu semuanya tentang bercium? 21 fakta tentang ciuman mungkin buat anda berfikir semula.

Fakta tentang ciuman
  1. Anda sebenarnya mula berlatih bercium semasa di dalam perut ibu.
    Dua per tiga manusia di dunia menyengetkan kepala ke arah kanan semasa mereka bercium. Bunyinya agak pelik, tetapi ini adalah fakta yang dibuktikan oleh Sains. Yang mengejutkan ialah bayi yang belum lahir, yang berada di dalam kandungan juga menyengetkan kepala ke arah kanan. Mungkin mereka sedang berlatih ciuman di dalam perut ibu.
  2. Ciuman boleh menentukan kualiti sesuatu hubungan.
    Pasangan yang hebat bercium lebih bahagia dan intim dalam kehidupan mereka. Ini menurut kajian yang dijalankan oleh Sheril Kirshenbaum, iaitu pengarang buku “Science of Kissing”.
  3. Ciuman merembeskan hormon endorphin dan oxytocin.
    Hormon-hormon inilah yang buat anda berasa gembira, positif dan kurang stress dalam kehidupan anda.
  4. Bibir anda lebih sensitif dari alat sulit anda.
    Ini adalah antara salah satu sebab semua manusia suka bercium. Bibir anda sebenarnya lebih sensitif dari bahagian tubuh anda yang lain. Termasuk titik-titik ghairah seperti puting payudara dan alat sulit.
  5. Bercium boleh memanjangkan umur anda.
    Pelbagai kajian yang dilakukan mendapati mereka yang lebih kerap bercium hidup lebih lama berbanding mereka yang menjadikan ciuman sebagai cukup syarat. Malah, ciuman pada pasangan sebelum ke tempat kerja sahaja boleh memberi kesan yang cukup positif.
  6. Ciuman seperti ciuman Perancis boleh memindahkan hormon testosteron.
    Lelaki yang bercium dengan membuka mulut boleh memindahkan, atau berkongsi hormon testosteron mereka dengan pasangan. Perbuatan ini boleh menaikkan ghairah pasangan mereka ketika bercium.
  7. Istilah “ciuman Perancis” tidak diakui oleh Negara Perancis sendiri sehinggalah tahun 2013.
    Walaupun masyarakat dunia setuju meletakkan perbuatan ciuman lidah dengan istilah Ciuman Perancis, negara Perancis sendiri tidak mengakui istilah tersebut. Ini berubah selepas tahun 2013, di mana bangsa Perancis memasukkan istilah “galocher” atau ciuman Perancis ke dalam kamus mereka.
  8. Anda memindahkan dan menerima 80 juta mikroorganisma yang berlainan setiap kali anda bercium.
    Kajian yang dijalankan oleh Microbiome Journal menemui satu fakta yang mengejutkan. Kita sebenarnya berkongsi 80 juta mikrob setiap kali kita bercium dengan pasangan yang baru. Untuk pengetahuan anda, hanya 77,000 mikrob yang ditemui di dalam tandas awam.
  9. Mikroorganisma tersebut boleh meningkatkan daya tahan tubuh.
    Walau bagaimanapun, ini tidak berbahaya kerana pasangan sebenarnya berkongsi mikrob antara satu sama lain, dan perkongsian ini boleh meningkatkan sistem imunisasi tubuh. Lebih kerap anda bercium dengan pasangan, lebih “gembira” mikrob yang dikongsi anda berdua.
  10. Ciuman terpanjang yang pernah direkodkan bertahan selama 58 jam, 35 minit dan 58 saat.
    Rekod ciuman paling lama ini dipegang oleh negara jiran kita sendiri, iaitu Thailand. Ekkachai Tiranarat dan Laksana Tiranarat mencipta rekod ciuman paling lama ini pada hari Valentine tiga tahun yang lepas.
  11. Dua penyakit yang boleh dipindahkan melalui ciuman ialah Mono dan Herpes.
    Tetapi penyakit-penyakit ini tidak hanya boleh dipindahkan melalui bercium. Mono boleh berjangkit dengan batuk dan selsema. Manakala Herpes pula adalah salah satu penyakit jangkitan seksual dan boleh berjangkit melalui hubungan seks yang tidak sihat.
  12. Tidak semua budaya di dunia menganggap ciuman sebagai perkara biasa.
    Tidak semua masyarakat di dunia ini bercium sehinggalah diperkenalkan oleh penjajah barat. Ada yang hanya menggesel hidung, dan ada budaya yang hanya mencium bau pipi pasangan. Ini buat kita berfikir, bagaimana dengan nenek moyang bangsa melayu pada zaman dahulu?
  13. Ada sebab kenapa budaya barat bercium semasa upacara perkahwinan.
    Mengikut buku “Kissing Christians” oleh Micheal Philip Penn, pada zaman dahulu kala bercium dianggap sebagai salah satu cara untuk mengikat kontrak, terutama kontrak perkahwinan.
  14. Bukan hanya spesies manusia yang bercium.
    Lembu, burung puffin, tupai dan siput babi juga bercium. Walau bagaimanapun, hanya cimpanzi yang bercium seperti manusia. Bagi haiwan lain, ciuman hanya kelihatan seperti menyentuh muka masing-masing.
  15. Ciuman Perancis menggunakan 34 otot-otot muka.
    Jika ciuman bibir hanya menggunakan dua jenis otot muka, ciuman Perancis menggunakan 34 jenis otot-otot pada muka anda. Jadi salah satu cara untuk melatih otot-otot wajah adalah dengan lebih kerap melakukan ciuman Perancis.
  16. Ciuman boleh buat anda kurus.
    Mungkin fakta tersebut terlalu ekstrem. Tetapi tahu tak ciuman boleh membakar lima kalori dalam masa sesaat.
Jadi jika anda bercium selama 10 jam, anda tidak perlu lagi pergi ke Gim untuk bersenam. Click To Tweet
  1. Perbuatan bercium berasal dari tikus?
    Para penyelidik di Universiti Tokyo percaya bahawa perbuatan bercium sebenarnya berasal dari spesies tikus yang hidup pada zaman dahulu kala, lebih tepat lagi antara 75 juta hingga 125 juta tahun dahulu. Mereka mendapati spesies ini akan menggeselkan hidung dengan pasangan untuk mengecap pheromones pasangan mereka.
  2. Bercium pernah diharamkan di England.
    Pada 16 Julai 1439, Raja Henry VI telah mengharamkan perbuatan bercium di England. Kenapa? Menurut ahli sejarah, beliau ingin menghapuskan penyakit berjangkit yang menular di kerajaan beliau. Walau bagaimanapun, beliau mengalami gangguan mental pada tahun 1453, dan takhta beliau diambil alih oleh permaisuri Margaret. Mungkin perbuatan mengharamkan bercium tersebut ada kaitan dengan kesihatan mental beliau?
  3. Bangsa Itali dinobatkan sebagai bangsa yang paling handal bercium.
    Menurut statistik ciuman yang diterbitkan dari kajian, bangsa Itali adalah bangsa yang paling handal bercium. Menurut kajian ini lagi, masyarakat Itali bercium dengan lebih erotik dan romantik berbanding bangsa lain di dunia.
  4. Lebih ramai orang mengingati ciuman pertama mereka, dari pengalaman pertama hubungan seks.
    Satu kajian dijalankan oleh Universiti Butler, Indiana terhadap 500 peserta tentang pengalaman pertama mereka dalam hubungan seks. Mengejutkan kerana mereka lebih ingat dengan terperinci tentang pengalaman pertama bercium, dari pengalaman seks pertama.
  5. Ciuman yang erotik boleh buat anda ghairah dalam masa yang singkat
    Ini kerana jenis ciuman ini meningkatkan aliran darah dan buat jantung anda berdegup dengan lebih pantas. Lebih mudah anda teruja dan bersedia untuk aksi-aksi seterusnya.

Baca tip ciuman erotik yang saya tulis sebelum ni kalau nak tahu Teknik Ciuman Erotis Sebenar.

share-nodes
Kongsi: