5 Teknik Ciuman Erotik Untuk Tewaskan Si Dia

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Kali ini saya nak beri 5 teknik ciuman erotik untuk anda tewaskan pasangan anda dengan mudah. Teknik-teknik ini mudah dilakukan, tetapi dapat memberi kesan yang sangat hebat kepada ciuman anda.

Jika sebelum ini anda berdua bercium dengan teknik yang sama, atau pasangan anda mula menunjukkan reaksi bosan dengan ciuman anda, teknik ciuman erotik ini akan memberi nafas baru kepada ciuman anda.

1. Ciuman Segi Tiga

Ciuman erotik ciuman segi tiga

Teknik ini adalah satu teknik ciuman erotik yang hebat. Walaupun teknik ini sukar dilakukan pada mulanya, tetapi dengan latihan anda akan dapat menguasai teknik ciuman ini.

Mulakan dengan mencium pasangan pada bibir, seperti biasa. Kemudian perlahan-lahan cium pipi si dia. Daripada pipi, gerakkan bibir anda ke leher si dia. Kemudian kembali ke bibir pasangan.

Gerakan ini membentuk segi tiga, iaitu bibir, pipi, leher, dan kembali ke bibir.

Untuk buat gerakan ini lancar dan mengghairahkan, pastikan anda tidak mengambil masa yang terlalu lama ketika berada di satu lokasi.

Rahsia teknik ciuman ini ialah memberi nikmat kepada ketiga-tiga lokasi ciuman dalam masa yang sama.

2. Ciuman Menggigit

Ciuman menggigit

Ramai pasangan yang tidak tahu anda boleh menggunakan gigi anda ketika bercium. Lidah semua orang tahu, tetapi gigi?

Sebenarnya ciuman bukan hanya menggunakan bibir atau lidah, tetapi anda juga boleh menggunakan gigi anda untuk memberi lebih nikmat kepada pasangan ketika bercium. Click To Tweet

Tetapi awas, teknik ini perlu dilakukan dengan betul. Lakukan dengan lembut dan perlahan-lahan. Jangan terlalu kasar sehingga buat pasangan sakit!

Cium pasangan anda seperti biasa dengan bibir, kemudian perlahan-lahan gigit bibir pasangan.

Ingat, perlahan-lahan dan lembut. Jangan terburu-buru sehingga anda menggigit bibir pasangan dengan kuat.

Ketika anda menggigit bibir pasangan, tarik bibir si dia ke belakang dengan perlahan-lahan, sehingga bibir beliau terlepas dari gigitan anda. Lihat bagaimana beliau mendesah kesedapan.

Teruskan kembali dengan ciuman pada bibir si dia.

3. Ciuman Menghisap

Ciuman menghisap

Selain menggigit, teknik menghisap juga adalah antara teknik ciuman yang jarang diamalkan oleh pasangan ketika bercium.

Pada teknik menggigit sebelum ini, anda menggigit bibir pasangan dengan lembut, kemudian anda menarik bibir pasangan dengan gigitan anda.

Kali ini apa kata anda menghisap pula bibir si dia.

Gigit bibir pasangan dengan bibir anda, dan hisap dengan lembut sambil menarik bibir anda ke belakang. Kemudian biarkan bibir si dia terlepas dari bibir anda dengan perlahan-lahan.

Teknik ini, seperti juga teknik menggigit perlu dilakukan dengan perlahan-lahan. Menghisap dengan kuat tidak semestinya akan memberi nikmat yang lebih kepada si dia.

4. Ciuman Telinga

Ciuman telinga

Telinga adalah salah satu bahagian yang sensitif pada tubuh pasangan anda, terutama sekali bahagian cuping telinga. Cuping telinga juga adalah antara zon erotik pada tubuh manusia.

Oleh itu sudah pasti ciuman pada telinga akan buat pasangan anda lebih ghairah dan bernafsu.

Teknik ciuman erotik yang boleh anda amalkan pada telinga pasangan sebenarnya sangat mudah. Selain mencium telinga beliau, anda boleh menghisap cuping telinga si dia dengan lembut.

Ambil masa anda di sini, dan buat pasangan anda lemah hanya dengan ciuman pada telinga si dia.

5. Ciuman Tangan

Ciuman tangan

Salah tahu anggota tubuh yang sering diabaikan oleh pasangan ketika bercium adalah tangan.

Kadang-kala apabila terlalu khusyuk bercium, dan menumpukan perhatian kepada bibir, mereka terlupa bahawa tangan mereka juga boleh digunakan untuk buat pasangan lebih asyik ketika bercium.

Apabila saya menyatakan tangan adalah satu teknik ciuman erotik, sudah pasti ramai yang membayangkan tangan di zon erotik pada tubuh pasangan seperti payudara, punggung, paha, dan sebagainya… salah!

Mungkin anda boleh melarikan tangan anda ke titik ghairah pasangan apabila beliau benar-benar bersedia, tetapi pada awal ciuman ini adalah perkara yang dilarang dan boleh mematikan mood ciuman.

Terdapat beberapa cara menggunakan tangan yang boleh anda amalkan untuk ciuman erotik. Salah satunya ialah dengan menggunakan tangan anda untuk menarik si dia dekat kepada anda.

Anda juga boleh mengusap pipi dan leher si dia ketika bercium. Jangan lupa untuk membelai rambut si dia. Ini boleh buat ciuman lebih romantik dan erotik.

Satu lagi teknik tangan ketika bercium ialah dengan mengurut leher pasangan anda. Saya yakin tak ramai yang melakukan teknik ini. Urut lembut leher, atau bahu pasangan ketika bercium.

Atau anda boleh menggentel lembut cuping telinga si dia ketika bercium.

Kedua-dua kenik ini akan buat beliau lebih tenang dan mudah menyerah kalah dengan ciuman anda.

Banyak Lagi Teknik Ciuman Erotik

Teknik ciuman erotik yang saya berikan ini adalah antara asas teknik ciuman yang boleh anda amalkan untuk buat pengalaman bercium anda lebih mengasyikkan.

Sebenarnya terdapat lagi teknik ciuman yang boleh anda pelajari. Teknik-teknik ciuman “advance” yang bukan sahaja boleh mengejutkan pasangan anda dengan kehebatan ciuman anda, tetapi dijamin boleh buat si dia lemah dan terkulai layu dalam pelukan anda, hanya dengan ciuman.

Jika anda ingin belajar teknik-teknik ciuman “advance” ini, anda perlu dapatkan panduan Seni Ciuman yang mengandungi panduan lengkap bagaimana untuk menjadi seorang pakar ciuman.

share-nodes
Kongsi: