5 Cara Untuk Menjalani Seks Hebat Ketika Stress

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Kita semua mengalami stress. Sama ada berpunca daripada masalah di tempat kerja, masalah kewangan mahupun masalah rumahtangga. Secara tak sedar stress ini akan mempengaruhi hubungan suami isteri, terutama sekali hubungan seks suami isteri.

Seks hebat ketika stress
Stress dijadikan alasan untuk mengelak seks

Kajian Oleh The Journal Of Sexual Medicine

Kajian yang dijalankan oleh The Journal of Sexual Medicine mendapati apabila menonton filem erotik, wanita yang mengalami tahap stress yang tinggi kurang terangsang berbanding wanita yang mempunyai tahap stress normal, atau kurang stress.

Para penyelidik juga menjalankan penelitian terhadap tahap rangsangan faraj, dan gangguan yang berlaku terhadap 30 wanita ketika mereka menonton filem erotik.

Hasilnya, wanita yang mengalami stress yang tinggi mengatakan mereka berasa ghairah dan terangsang, tetapi tubuh mereka menunjukkan tahap tindak balas yang rendah terhadap rangsangan faraj.

Maksudnya, walaupun mereka terangsang dan ingin menjalani hubungan seks, tubuh mereka tidak bekerjasama, dan tidak setuju untuk aktiviti seksual.

Kesan Stress Terhadap Ghairah Seks

Terlalu banyak stress akan buat seseorang individu sukar untuk memikirkan tentang seks dan nafsu. Ini secara tidak langsung menyebabkan sukar untuk menerima dan memberi rangsangan.

Mengikut Dr. Lisa Dawn Hamilton, iaitu salah seorang penyelidik yang menjalankan kajian tersebut, apa yang beliau dapati dari kajian tersebut ialah gangguan dalam bentuk stress adalah antara sebab utama menurunnya ghairah seks.

Gangguan stress antara sebab utama menurunnya ghairah seksual Click To Tweet

Jalani Seks Hebat Ketika Stress

Walaupun kaedah utama untuk menyelesaikan masalah ini ialah dengan mengurangkan stress, kadang-kala ini sukar untuk dilakukan. Jadi apakah penyelesaiannya?

Sebenarnya, anda berdua boleh menjalani seks hebat, walaupun ketika stress. Gunakan 5 teknik dan tip mudah ini untuk seks hebat ketika stress.

1. Perbaiki Nafas

Nafas yang teratur adalah sangat penting untuk orgasma. Ini adalah fakta. Nafas yang betul dan teratur juga akan meningkatkan aliran darah, tindak balas seksual, dan sensasi yang dirasai tubuh.

Sebelum anda menjalani aktiviti seks, luangkan sedikit masa untuk mengatur nafas anda. Duduk atau berbaring mengikut keselesaan anda. Tarik nafas dalam-dalam melalui hidung, dan lepaskan nafas melalui mulut.

Rasakan setiap masalah anda diluahkan dengan setiap hembusan nafas.

Letak tangan pada perut anda, dan pastikan perut anda menaik dengan setiap tarikan nafas. Teknik pernafasan ini dinamakan ‘pernafasan perut’. Teknik ini sangat berkesan untuk buat anda menenangkan diri dan melupakan masalah.

Jika boleh, cipta fantasi seks semasa anda melakukan aktiviti ini. Ini boleh membantu meningkatkan ghairah seks anda.

2. Kurangkan Foreplay

Salah satu tip untuk seks hebat ketika stress adalah dengan mengurangkan tempoh sesi foreplay. Tetapi ini tidak bermaksud anda abaikan terus sesi tersebut.

Gantikan masa foreplay dengan aktiviti yang boleh buat anda berdua tenang. Sebagai contoh mandi bersama sebelum seks. Atau anda berdua boleh mengambil giliran untuk melakukan urutan pada pasangan.

Urutan asmara adalah teknik hebat yang boleh mengurangkan stress, buat pasangan berasa tenang, seterusnya bersedia untuk seks dan memudahkan orgasma.

Teknik ini telah diajarkan oleh Kamasutra sejak zaman berzaman. Jika anda ingin belajar teknik urutan asmara yang betul, anda boleh dapatkan Panduan Kamasutra Bergambar yang memberi teknik urutan asmara yang terbukti berkesan.

Apa yang penting di sini ialah cara situasi atau sesi yang boleh merehatkan minda dan tubuh sebelum seks.

3. Gunakan Pelincir

Tip seks hebat ketika stress ini ditujukan kepada para isteri. Kadangkala stress menyebabkan wanita sukar untuk merembeskan cairan yang diperlukan faraj untuk penembusan zakar.

Ini buat faraj kering dan menyukarkan penembusan zakar suami. Secara tidak sedar masing-masing hilang mood dan aktiviti seks menjadi lebih stress.

Masalah ini dapat diselesaikan dengan menggunakan pelincir. Gunakan pelincir berasaskan air seperti K.Y Jelly. Anda boleh dapatkan dengan mudah di kedai serba guna seperti 7 Eleven.

Kajian menunjukkan terdapat sesetengah kes di mana penggunaan pelincir ini akan buat wanita berasa lebih tenang dan yakin, seterusnya membantu wanita mengeluarkan cecair semula jadi tanpa mereka sedari.

4. Tingkatkan Fokus

Kadangkala sukar untuk fokus ketika aktiviti seks, terutama sekali ketika stress. Fikiran sering melayang memikirkan masalah-masalah yang tidak bersangkut paut dengan aktiviti seks yang sedang dijalani.

Kali ini, gunakan fikiran anda yang sibuk itu untuk memikirkan tentang sensasi yang sedang anda alami.

Berikan lebih perhatian terhadap setiap sentuhan, ciuman, dan belaian pasangan anda. Rasakan sensasi tersebut sepenuhnya.

Apa yang anda rasakan apabila pasangan mencium anda, apabila beliau membelai rambut anda, memeluk anda, dan sebagainya.

Ini secara tidak langsung akan buat fikiran anda melupakan perkara-perkara yang tidak berkaitan dengan aktiviti seks yang sedang anda jalani. Ini adalah salah tip seks hebat ketika stress.

5. Rancang Aktiviti Seks

Merancang aktiviti seks mungkin kelihatan seperti menambah stress kepada anda berdua. Tetapi sebenarnya ini adalah salah satu teknik seks hebat ketika stress yang boleh membantu.

Apabila anda berdua merancang aktiviti seks, anda berdua secara tidak sedar akan meletakkan keutamaan kepada aktiviti seks. Anda berdua akan merancang aktiviti harian anda dan memastikan tiada aktiviti lain ketika tiba masanya untuk seks.

Ini secara tidak langsung menghilangkan gangguan luar, dan anda tahu masa tersebut adalah masa untuk seks, bukan masa untuk aktiviti lain.

Seks Adalah Salah Satu Ubat Stress

Jika anda masih belum tahu, aktiviti seks adalah antara salah satu cara yang berkesan untuk menghilangkan stress.

Malah aktiviti seks bukan sahaja boleh menghilangkan stress, tetapi juga boleh meningkatkan kesihatan fizikal, meningkatkan mood, dan buat anda lebih mudah tidur.

Jadi jangan jadikan stress sebagai alasan untuk tidak menjalani seks. Gunakan tip seks hebat ketika stress yang saya berikan ini dan jadikan hubungan seks sebagai salah satu cara untuk menghilangkan stress anda berdua.

share-nodes
Kongsi: