Rahsia Pancutan Isteri – Tak Susah Kalau Tahu Rahsianya

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 12 Jan 2024
clock-one

Masih ramai lagi suami yang belum dapat membongkar rahsia pancutan isteri mereka. Malah ada yang keliru perbezaan antara pancutan isteri ketika inzal dan air kencing isteri!

Oleh itu saya akan membongkar rahsia pancutan isteri yang sebenarnya.

Rahsia pancutan isteri

Tetapi kali ini saya tidak mahu bercerita bagaimana untuk memancutkan isteri anda. Perkara ini sudah acap kali saya jelaskan di laman web ini. Anda hanya perlu baca dan ulang kaji dan saya jamin tiada masalah untuk anda memancutkan isteri anda.

Apa itu pancutan isteri?

Dalam artikel ini saya akan menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan pancutan isteri.

Pancutan yang terhasil ketika isteri anda orgasma adalah hasil daripada kelenjar “Skene”, atau lebih dikenali sebagai prostate wanita.

Kelenjar inilah yang menghasilkan cairan yang dipancutkan oleh isteri anda ketika beliau orgasma. Titik G-Spot pula adalah tapak untuk kelenjar. Oleh sebab itu rangsangan dan simulasi G-Spot memainkan peranan yang penting untuk membuatkan isteri anda memancut.

Oleh kerana cairan ini dialirkan melalui saluran urethra, iaitu saluran kencing, kebanyakan wanita menyangkakan sensasi yang mereka alami iaitu sensasi untuk orgasma dan memancut adalah sensasi yang akan buat mereka kencing.

Oleh itu mereka menahan sensasi ini untuk mengelakkan mereka daripada kencing. Sedangkan air yang akan terpancut ialah cairan yang dihasilkan ketika inzal, dan bukan air kencing. Cairan ini akan dikeluarkan melalui saluran kencing apabila mereka kencing selepas hubungan jimak.

Air yang terpancut ketika isteri klimaks bukan air kencing! Click To Tweet

Galakkan Isteri Untuk Tidak Menahan Pancutan

Jadi kepada para suami, galakkan isteri anda untuk memancut ketika hendak inzal dan beritahu mereka bahawa apa yang akan dipancut bukan air kencing. Cairan tersebut tidak berbau, tidak berwarna dan tiada rasa.

Selain daripada cairan yang dipancutkan melalui saluran kencing, terdapat sejenis lagi cairan yang dihasilkan oleh faraj ketika berjimak. Cairan ini dihasilkan pada bahagian faraj dan selalunya digunakan sebagai pelincir ketika berdayung.

Walaubagaimanapun terdapat lebihan cairan ini akan dilepaskan ketika wanita inzal. Tetapi selalunya cairan ini tidak akan dipancutkan dengan kuat, dan hanya mengalir keluar dari lubang faraj.

Anda boleh rasakan cairan ini jika isteri anda orgasma ketika anda masih mendayung. Cairan ini akan melicinkan zakar anda dan memberikan lebih nikmat ketika mendayung.

Teknik rahsia untuk pancutkan isteri

Seperti yang saya nyatakan pada permulaan artikel, terdapat pelbagai teknik yang telah saya tulis pada artikel yang lepas tentang teknik dan tips untuk memancutkan isteri anda.

Tetapi jika anda tiada masa untuk ulang kaji artikel-artikel yang lepas pada laman web ini, dan inginkan cara pantas untuk merasai pancutan isteri anda, anda boleh dapatkan panduan Pakej Ilmu Asmara Mutlak.

Panduan-panduan yang diberikan di dalam pakej ini akan membantu anda untuk memancutkan isteri anda.

share-nodes
Kongsi: