Bagaimana Mencari Posisi Seks Kegemaran Isteri? Ilmu Wajib Suami

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Pada masa sekarang terdapat pelbagai posisi seks yang dicipta, terutamanya posisi seks moden. Kebanyakan posisi seks ini diambil atau digubah daripada posisi seks kuno, iaitu posisi seks Kamasutra.

Dalam banyak-banyak posisi seks ini, sudah pasti terdapat dua atau tiga posisi seks yang menjadi kegemaran anda. Dan sudah pasti isteri anda juga tidak terkecuali.

Posisi seks kegemaran isteri

Kenapa Posisi Seks Kegemaran?

Apa yang buat sesetengah posisi seks lebih digemari berbanding posisi seks yang lain?

Terdapat beberapa faktor yang boleh mempengaruhi perkara ini. Faktor yang paling utama sudah pasti apabila anda melakukan posisi seks tersebut, anda merasakan nikmat yang sukar untuk anda rasai dengan posisi seks yang lain.

Tetapi nikmat yang anda rasakan dalam posisi seks ini tidak semestinya dirasakan juga oleh individu yang lain.

Setiap individu akan merasai nikmat yang berbeza ketika bersetubuh Click To Tweet

Anda perlu tahu, posisi seks kegemaran anda tidak semestinya juga adalah posisi seks kegemaran orang lain, terutama isteri anda.

Dalam erti kata lain, posisi seks kegemaran anda tidak semestinya posisi seks kegemaran isteri.

Kenapa Kegemaran Posisi Seks Berbeza?

Tubuh setiap individu adalah berbeza. Tidak ada individu yang mempunyai struktur dan ciri fizikal yang sama.

Perkara ini juga boleh diaplikasikan pada alat sulit anda, dan isteri. Saiz alat sulit atau kemaluan setiap individu adalah unik.

Ini adalah fakta yang buat sukar untuk mencari posisi seks yang menjadi kegemaran anda, dan juga isteri.

Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh mencari posisi seks yang menjadi kegemaran anda berdua.

Apa yang perlu anda lakukan ialah mencari apakah posisi seks kegemaran anda, dan juga isteri anda. Setelah anda tahu posisi seks kegemaran isteri, bandingkan adakah posisi tersebut juga adalah posisi seks kegemaran anda.

Mencari Posisi Seks Kegemaran Isteri

Terdapat beberapa cara untuk anda mencari posisi seks kegemaran beliau. Kadang-kala isteri sukar untuk memberitahu, atau berbicara tentang perkara ini. Di sini saya beri beberapa cara.

1. Tanya Isteri

Sudah pasti ini adalah cara yang paling mudah untuk mengetahui posisi seks kegemaran beliau. Kebanyakan wanita berasa malu untuk berbicara tentang aktiviti di ranjang. Malah membincangkan tentang perkara ini sendiri buat wanita menjadi malu.

Tetapi ini tidak bermaksud anda tidak perlu mencuba bertanyakan apakah posisi seks kegemaran beliau.

Jika anda juga teragak-agak untuk bertanya secara langsung kepada isteri, anda boleh gunakan beberapa helah.

Contohnya anda boleh minta isteri memberi markah terhadap posisi seks yang sering anda berdua lakukan. Minta beliau beri markah antara 1 hingga 10.

Secara mudah anda boleh tahu posisi “favourite” beliau dengan cara ini.

2. Posisi seks kegemaran wanita

Terdapat beberapa posisi seks yang menjadi kegemaran wanita. Posisi-posisi seks ini boleh buat wanita mencapai nikmat hebat ketika seks.

Salah satu faktor yang buat posisi-posisi seks ini menjadi kegemaran wanita adalah kerana posisi-posisi ini secara langsung dapat merangsang organ seksual pada tubuh mereka, seperti biji kelentit, atau titik G-Spot.

Saya telah menulis tentang posisi seks kegemaran wanita pada artikel yang lepas.

3. Lihat Bahasa Tubuh Isteri

Kaum wanita sukar untuk menyembunyikan reaksi tubuh mereka apabila mereka benar-benar ghairah dan terangsang.

Oleh itu, anda boleh gunakan fakta ini untuk mengetahui posisi seks yang isteri suka.

Cuba beberapa posisi seks dan lihat reaksi tubuh beliau. Jika beliau kelihatan kaku, dan hanya menerima tujahan zakar anda, besar kemungkinan posisi tersebut tidak memberi nikmat sepenuhnya kepada beliau.

Tetapi jika beliau memberi tindak-balas yang luar biasa, tubuh beliau bergerak mengikut tubuh anda, dan beliau mengerang dan mendesah dengan ghairah, sudah pasti itu adalah salah satu posisi seks kegemaran beliau.

4. Cuba Posisi Seks Baru

Kadang-kala anda ingat posisi seks tersebut adalah posisi seks kegemaran anda, tetapi apabila anda mencuba posisi seks baru, wah nikmatnya sukar untuk anda gambarkan dengan kata-kata.

Isteri anda juga sama.

Terdapat pelbagai posisi seks yang dicipta. Posisi-posisi ini dicipta untuk memberi nikmat yang berbeza.

Jika anda masih tak tahu, posisi seks yang berbeza akan memberikan nikmat yang berbeza. Ini adalah fakta.

Oleh itu anda perlu mencuba pelbagai posisi seks untuk merasai nikmat sebenar ketika seks. Bukan sahaja untuk anda, tetapi juga untuk memberi nikmat kepada isteri.

Jika anda ingin mencuba posisi seks terbaik, anda perlu dapatkan panduan Kamasutra Bergambar yang mengandungi himpunan 102 posisi seks terbaik.

share-nodes
Kongsi: