Cara Bercium Untuk Buat Pasangan Terkulai Layu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak tahu cara bercium untuk buat pasangan anda terkulai layu dalam pelukan anda?

Ciuman adalah salah satu cara untuk menunjukkan kasih sayang kepada pasangan. Tidak hanya ketika hubungan seks, ciuman boleh diberikan pada setiap masa dan ketika. Malah bercium mempunyai banyak kelebihan. Pastinya kelebihan utama bercium ialah meningkatkan kemesraan dan keintiman hubungan suami isteri.

Namun, ciuman juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang boleh buat hubungan seks di ranjang lebih asyik dan nikmat. Malah sebenarnya kuasa ciuman lebih hebat dari apa yang anda sangkakan.

Cara bercium
Bercium jika dilakukan dengan teknik yang betul boleh buat pasangan anda asyik dan ghairah sehingga beliau lemah dan menyerah diri sepenuhnya kepada anda. Click To Tweet

Memanipulasi Kuasa Ciuman

Mereka yang tahu kuasa sebenar ciuman sebenar ciuman sering memanipulasi ciuman untuk kepentingan diri, dalam cara yang baik.

Contohnya jika isteri hendak meminta sesuatu kepada suami, dan si suami seperti berat hendak memberi. Si isteri hanya perlu memujuk suami disertakan dengan ciuman. Sudah pasti suami akan lemah dan menurut kehendak isteri.

Para suami yang tahu teknik sebenar bercium pula sering menggunakan kuasa ciuman ketika menggoda isteri untuk hubungan seks, terutama sekali apabila isteri tiada mood untuk bersama. Mereka akan mencium isteri mereka sehingga isteri lemah dan bersedia untuk aksi seterusnya di ranjang.

Saya pasti anda pernah mengalami situasi yang saya berikan di atas. Jika tak, rugi jika anda tak mencuba sendiri kuasa ciuman untuk memberi kelebihan kepada anda.

Cara Bercium Yang Ramai Tak Tahu

Untuk buat pasangan anda tewas dengan ciuman, anda harus tahu cara bercium dengan betul. Jika anda hanya bercium sekadar cukup syarat, anda tidak akan dapat memanipulasi sepenuhnya kuasa ciuman, dan kesannya tidak sehebat berbanding teknik ciuman sebenar.

Oleh itu di sini saya ingin beri 5 cara bercium yang boleh buat pasangan anda lemah dan tewas dalam pelukan anda.

Teknik Ciuman Basah

Cara bercium ini mudah dilakukan tetapi jarang diamalkan oleh pasangan ketika bercium. Caranya sangat mudah. Sebelum mencium pasangan, basahkan dahulu bibir anda dengan lidah. Perbuatan ini bukan sahaja akan buat bibir anda kelihatan lebih menggiurkan, tetapi juga dapat memberi nikmat bercium yang baru kepada pasangan.

Anda boleh cium pasangan dengan teknik ciuman basah ini pada bibir, dan zon erotik yang lain pada tubuh si dia seperti leher, dada, paha, punggung dan sebagainya.

Teknik Hembusan

Teknik hembusan ini adalah lanjutan daripada teknik ciuman basah. Cara bercium ini amat hebat dan boleh menaikkan bulu roma pasangan anda. Selepas anda mencium pasangan dengan teknik ciuman basah, bahagian yang dicium akan basah dengan air liur anda. Hembus bahagian ini dengan lembut dan lihat si dia menggeliat kesedapan.

Jika anda ingin memberi lebih nikmat kepada pasangan, jilat titik ghairah pada tubuh beliau kemudian lakukan teknik hembusan ini pada kawasan tersebut. Teknik ini lebih berkesan dilakukan pada bahagian-bahagian sensitif pada tubuh pasangan seperti payudara dan pangkal paha.

Teknik Menyedut

Cara bercium yang ini juga jarang diamalkan oleh pasangan ketika bercium. Teknik ini dilakukan dengan menyedut ketika bercium, seperti anda menyedut straw ketika minum. Tetapi awas, jangan menyedut terlalu kuat.

Ramai yang gagal menahan diri ketika dikawal nafsu lalu menyedut dengan kuat ketika mengamalkan teknik ini. Akibatnya pasangan akan berasa sakit pada bahagian yang disedut.

Cara bercium ini lebih berkesan dilakukan selepas anda melakukan teknik ciuman basah dan teknik hembusan. Bahagian kering yang dihembus pada teknik hembusan akan kembali basah apabila disedut dengan teknik ini. Ini buat pasangan anda lebih ghairah.

Teknik ini sesuai dilakukan pada bahagian yang lembut pada tubuh pasangan seperti bibir, cuping telinga, leher dan pangkal bahu, belakang lengan, payudara, puting payudara, pangkal paha dan punggung. Teknik ini juga boleh anda praktikkan ketika seks oral pada kemaluan pasangan.

Teknik Menggigit

Cara bercium ini walaupun kedengaran mudah dilakukan, tetapi memerlukan teknik yang betul. Ramai yang tahu gigitan pada tubuh pasangan ketika berasmara boleh memberi nikmat yang hebat. Malangnya tak ramai yang tahu teknik menggigit yang betul.

Ramai yang menggigit dengan rakus dan gelojoh, akibatnya pasangan berasa sakit dan hilang mood untuk aksi seterusnya.

Cara menggigit yang betul adalah dengan melakukan gigitan-gigitan lembut, di selang-seli dengan ciuman. Bukan terus menggigit pasangan.

Dalam erti kata lain, gigit, lepaskan, dan cium. Bukan gigit, gigit dan terus menggigit. Teknik ini boleh dilakukan pada bibir, payudara, pangkal paha dan kemaluan pasangan.

Anda boleh mengulangi teknik ini berkali-kali untuk buat ghairah pasangan anda tiba ke puncak.

Teknik Mengulum

Teknik mengulum ketika bercium adalah salah satu teknik yang sering dilakukan ketika bercium mulut. Teknik ini juga dikenali sebagai teknik ciuman Perancis atau teknik kulum lidah.

Cara bercium ini senang dilakukan dan adalah salah satu teknik foreplay yang hebat untuk dilakukan sebelum bersetubuh. Sebenarnya teknik bercium ini bukan sahaja boleh anda lakukan kepada lidah pasangan, tetapi juga boleh diamalkan kepada zon ghairah yang lain pada tubuh pasangan anda.

Jangan keliru antara teknik mengulum ketika bercium dan teknik mengulum ketika seks oral. Walaupun kedua-dua teknik asmara ini agak sama, terdapat beberapa perbezaan yang membezakan kedua-dua teknik ini.

Teknik mengulum ketika bercium lebih lembut dan ‘sentimental’ berbanding teknik mengulum seks oral. Teknik mengulum ketika bercium juga lebih panjang dan dilakukan dengan emosi cinta dan kasih sayang, manakala teknik mengulum ketika seks oral pula dilakukan dengan ghairah dan bernafsu.

Anda boleh mendesah atau mengeluh ketika melakukan teknik ini. Ini akan meningkatkan ghairah pasangan dan buat beliau berasa anda benar-benar puas dengan layanan beliau ketika bercium.

Amalkan Cara Bercium Ini

Teknik-teknik ciuman yang saya berikan di atas perlu anda amalkan sekiranya anda ingin menggoda pasangan hanya dengan bercium.

Walaupun teknik-teknik yang diberikan di atas boleh dikatakan teknik asas bercium, tetapi jika anda lakukan dengan betul, saya jamin anda akan memberi pengalaman dan nikmat baru kepada pasangan anda ketika berasmara.

Sebenarnya terdapat pelbagai lagi cara bercium yang lebih hebat yang boleh anda amalkan untuk buat pasangan anda ghairah sepenuhnya. Terlalu panjang untuk saya tulis pada artikel ini.

Oleh itu saya telah menulis dengan lengkap tentang teknik-teknik bercium yang lebih ‘advance’ pada panduan E-Buku Seni Ciuman. Sekiranya anda berminat untuk mempelajari teknik-teknik ciuman advance ini, dan anda ingin menjadi seorang pakar bercium yang akan dapat menewaskan pasangan anda dengan teknik ciuman, saya syorkan anda dapatkan panduan Seni Ciuman ini.

share-nodes
Kongsi: