Isteri, Ketatkan Faraj Secara Semula Jadi Dengan 5 Tip Mudah

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Faraj, seperti juga organ berotot lain pada tubuh akan menjadi kendur dengan meningkatnya usia. Faraj kendur adalah antara salah satu punca utama yang menyebabkan kurangnya kepuasan dan nikmat ketika bersetubuh

Malah ada wanita yang berasa rendah diri dan sering mengelak dari menjalani aktiviti seks kerana merasakan faraj mereka telah kendur, dan tidak dapat memberi kepuasan kepada suami.

Untuk pengetahuan anda, sebenarnya keanjalan faraj tidak memainkan peranan yang begitu penting untuk menentukan kepuasan seks. Banyak faktor-faktor lain yang lebih memainkan peranan.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermaksud anda sebagai isteri harus mengabaikan kesihatan faraj anda, terutama keanjalan lubang faraj.

Ketatkan faraj secara semulajadi

Faktor-Faktor Faraj Kendur

Banyak faktor-faktor yang buat faraj menjadi kendur, selari dengan perubahan pada tubuh dengan meningkatnya usia.

Ramai wanita mempunyai persepsi yang salah terhadap kenapa faraj menjadi kendur. Salah satunya ialah hubungan seks yang kerap akan buat faraj kendur dan longgar.

Ini tidak benar sama sekali. Malah telah dibuktikan hubungan seks sihat yang konsisten dapat membantu menguatkan otot-otot faraj.

Salah satu punca utama faraj menjadi kendur adalah faktor usia. Ini adalah tindakan tubuh yang semula jadi. Seperti otot-otot lain pada bahagian tubuh yang akan kehilangan jisim apabila usia meningkat, otot-otot kemaluan juga tidak terkecuali.

Bersalin juga adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan faraj menjadi kendur. Pakar-pakar berpendapat faraj mengalami situasi yang dinamakan trauma apabila berlaku proses melahirkan bayi.

Situasi yang menyebabkan tisu-tisu faraj koyak ini mengakibatkan keanjalan faraj berkurangan dengan drastik, seterusnya buat faraj menjadi kendur dan lubang faraj menjadi longgar.

Faktor-faktor yang menyebabkan faraj longgar ini berlaku secara semula jadi dan tidak dapat dielakkan.

Tetapi ini tidak bermakna anda tidak boleh mengurangkan kesan-kesan ini. Mengetatkan kembali faraj tidak sesukar yang anda sangkakan.

Malah terdapat beberapa cara semula jadi yang telah terbukti berkesan untuk buat faraj kembali ketat.

5 Tip Mudah Untuk Ketatkan Faraj

1. Diet Yang Sihat

Mengamalkan diet yang sihat juga adalah salah satu cara semula jadi untuk ketatkan faraj. Banyakkan mengambil produk berasaskan soya seperti susu soya.

Soya mengandungi kolagen semula jadi yang bukan sahaja boleh membantu mengetatkan faraj, tetapi juga buat kulit wanita lebih sihat.

Produk berasaskan soya kaya dengan kolagen semula jadi untuk kecantikan wanita Click To Tweet

Makanan yang mengandungi asid Omega-3 juga boleh membantu mengembalikan keanjalan otot, termasuk otot-otot faraj. Ikan, kacang dan avokado adalah antara makanan yang tinggi kandungan asid Omega-3.

Buah-buahan sitrus seperti strawberi, jambu, dan oren yang mengandungi konsentrasi Vitamin C yang tinggi juga akan membantu. Begitu juga sayur-sayuran seperti brokoli dan lobak merah.

2. Senaman Yang Konsisten

Senaman yang konsisten telah dibuktikan dapat buat anda sihat dan bertenaga. Senaman aerobik seperti berjoging atau senamrobik boleh membakar lemak dan buat badan langsing.

Senaman yang melibatkan pemberat pula boleh melatih otot-otot badan menjadi kuat. Oleh itu tidak perlu saya bercerita lebih lanjut tentang kelebihan senaman untuk kesihatan tubuh anda.

Tetapi anda mungkin tak tahu terdapat beberapa jenis senaman yang secara tak langsung dapat membantu menguatkan otot-otot pelvik, seterusnya membantu ketatkan faraj.

Senaman seperti Yoga, Pilates dan Squat bukan sahaja boleh membantu membaiki postur tubuh anda supaya anda kelihatan seksi, tetapi juga boleh melatih otot-otot pelvik secara tak langsung.

Senaman-senaman ini melatih otot pelvik dan otot-otot berkaitan. Dengan melakukan senaman-senaman ini secara konsisten, anda bukan sahaja boleh mengetatkan faraj, tetapi juga boleh membantu anda menguatkan mengemut faraj.

Ini secara mudah boleh memberi lebih nikmat dalam hubungan seks suami isteri.

3. Senaman Kegel

Senaman kegel adalah teknik yang berkesan untuk ketatkan faraj. Senaman ini mudah dilakukan, dan boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja

Cara melakukan senaman kegel adalah dengan mengemut otot dalaman pelvik. Jika anda tidak tahu di mana lokasi otot ini, atau bagaimana untuk mengemut otot-otot ini, caranya sangat mudah.

Selepas ini ketika anda buang air kecil, tahan kencing anda seketika. Beri perhatian kepada otot-otot yang terlibat ketika anda menahan kencing. Itulah otot-otot yang perlu anda latih.

Lakukan latihan ini beberapa kali sehari. Anda boleh lakukan ketika duduk atau di mana sahaja. Ketika anda mengemut otot-otot ini, beri perhatian kepada bahagian faraj anda dan bagaimana keadaan faraj anda ketika anda melatih otot-otot ini.

Anda tidak perlu melakukan senaman ini terlalu lama. Apa yang penting ialah anda lakukan dengan konsisten, walaupun dalam masa yang pendek.

Anda boleh lakukan senaman kegel untuk ketatkan faraj ini dalam bentuk set. Sebagai contoh kemut otot-otot ini dalam masa 5 saat, lepaskan dan rehat juga dalam masa 5 saat. Lakukan antara 5 hingga 10 set setiap hari.

Saya telah menulis dengan lebih terperinci tentang senaman kemutan faraj pada panduan sebelum ini.

4. Senaman Mengemut Jari

Senaman ini seperti juga senaman kegel boleh melatih otot-otot pelvik dan otot-otot faraj ketatkan faraj.

Walau bagaimanapun, tidak seperti senaman kegel, senaman ini memerlukan privasi untuk dilakukan.

Cara melalukan senaman ini ialah dengan memasukkan jari anda ke dalam faraj.

Pastikan tangan dan faraj anda dicuci bersih terlebih dahulu sebelum melakukan senaman ini.

Pilih posisi yang selesa. Paling disyorkan adalah posisi duduk, atau berbaring dan bengkokkan kaki anda. Yang penting ialah anda selesa dalam posisi pilihan anda.

Perlahan-lahan masukkan jari ke dalam lubang faraj. Tidak perlu masukkan kesemuanya. Cukup sekadar 1/3 jari.

Kemudian, kemut faraj anda sehingga anda rasa faraj anda mencengkam jari anda sekuat yang mungkin. Tahan sehingga 10 saat. Longgarkan mengemut dan rehat juga selama 10 saat.

Anda boleh lakukan seberapa kerap yang anda inginkan mengikut keselesaan anda. Senaman ini lebih menitik-beratkan kualiti daripada kuantiti.

Apa yang penting ialah anda lakukan senaman ini dengan konsisten untuk kesan yang maksimum.

5. Seks & Orgasma

Ini adalah teknik yang paling berkesan untuk ketatkan faraj secara semula jadi. Malangnya ramai yang tak tahu bahawa menjalani hubungan seks yang kerap akan buat faraj menjadi sihat dan ketat.

Semasa bersetubuh, sedar atau tidak anda akan menggunakan otot-otot pada pelvik dan faraj untuk mengemut zakar suami. Ini secara tidak langsung adalah latihan yang paling berkesan untuk ketatkan faraj.

Tetapi cara mengemut perlulah betul. Saya telah menulis apakah teknik terbaik untuk mengemut faraj ketika bersetubuh pada artikel sebelum ini.

Apabila anda orgasma dan klimaks pula, seluruh otot tubuh memainkan peranan dan menjadi aktif, termasuk otot pelvik dan otot faraj.

Ini juga boleh buat otot faraj sentiasa aktif, sekali gus membantu mengekalkan keanjalan otot-otot faraj.

Lakukan Dengan Konsisten

Saya telah beri tip bagaimana untuk ketatkan faraj secara semula jadi. Yang perlu lakukan sekarang ialah amalkan tip dan teknik mengetatkan faraj ini dengan konsisten.

Jangan kecewa sekiranya anda tidak mendapat hasil seperti yang anda inginkan. Teknik ini perlukan masa dan jika dilakukan dengan tekun, hasilnya akan memuaskan anda.

Jika anda berasa berat untuk lakukan untuk kepentingan diri sendiri, lakukan ini untuk kepentingan suami. Anggap sahaja ini adalah usaha anda untuk mengembalikan kenikmatan dalam hubungan suami isteri.

share-nodes
Kongsi: