Mereka Yang Menggemari Politik Lebih Hebat Dalam Seks

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Kaji selidik yang dilakukan oleh Match.com, iaitu laman temu janji online terbesar pada masa sekarang, mendapati mereka yang terlibat dalam politik, atau menggemari isu politik lebih hebat dalam seks.

gemar politik hebat dalam seks

Tidak Semestinya Menjadi Ahli Politik

Menurut keputusan kaji selidik tersebut, tidak kira apa sahaja pandangan politik anda, asalkan anda mengambil berat siapa yang akan memerintah negara pada masa yang akan datang, anda akan menjadi lebih hebat dalam seks.

Kaji selidik tersebut dijalankan terhadap 5500 individu berumur antara 18 hingga 70+ tahun.

Antara soalan-soalan yang ditanya ialah bagaimana mereka bertemu janji, bagaimana mereka bercerai, dan pandangan mereka terhadap politik.

Mereka juga ditanya adakah pandangan politik mereka dan pasangan mempengaruhi hubungan intim antara kedua-duanya.

Kenapa Mereka Yang Menggemari Politik Lebih Hebat di Ranjang?

Ini adalah antara beberapa sebab yang ditemui oleh kaji selidik tersebut yang membuat mereka yang menggemari isu politik lebih hebat dalam seks.

1. Lebih tinggi minat dalam politik, lebih mudah orgasma

Siapa yang tidak mahu orgasma dalam aktiviti seks? Jika sebelum ini anda memang sukar untuk klimaks dan puas dalam seks, mungkin anda perlu menambah minat terhadap isu-isu politik.

Menurut kaji selidik tersebut, 32% individu yang mengambil tahu tentang politik mengakui mereka mengalami lebih dari satu orgasma ketika seks.

Manakala, secara umum kaji selidik tersebut juga mendapati mereka yang ekstrem dalam politik mengalami lebih orgasma berbanding mereka yang tidak mengambil tahu langsung tentang politik.

2. Mereka lebih suka cabaran dalam Seks

Mereka yang mengambil tahu tentang isu politik lebih sukakan cabaran, termasuk dalam aktiviti seks.

Kaji selidik tersebut mendapati 110% individu yang menggemari politik lebih daring dan liar di ranjang berbanding mereka yang tidak mahu mengambil bab tentang politik.

3. Lebih kreatif dan berfikiran terbuka tentang seks

Kaji selidik yang dilakukan mendapati mereka yang mengambil tahu isu politik lebih berfikiran terbuka tentang seks.

Dalam erti kata lain, mereka tidak akan teragak-agak untuk mencuba benda baru dalam seks, berbanding mereka yang tidak mengambil tahu isu politik.

4. Lebih mudah curang dengan pasangan kerana seks

Fakta ini mungkin tidak mengejutkan sesetengah pihak. Kaji selidik yang dijalankan mendapati mereka yang aktif dalam politik sukar untuk setia dengan pasangan mereka, dan lebih mudah curang dengan pasangan kerana seks.

Kaji selidik tersebut mendapati 57% dari mereka yang menggemari politik lebih selesa dengan hidup bebas tanpa sebarang ikatan oleh pasangan.

Mungkin Hanya di Amerika Syarikat

Walaupun kaji selidik ini memberikan fakta-fakta yang tepat, anda harus ingat kajian ini hanya dijalankan terhadap individu dan pasangan di Amerika Syarikat.

Suasana politik di Amerika Syarikat adalah sangat berbeza dengan suasana politik di Malaysia. Oleh itu keputusan kaji selidik ini mungkin hanya boleh diguna pakai di Amerika Syarikat, dan bukan di Malaysia.

Tambahan lagi pandangan individu di barat terhadap seks adalah sangat berbeza dengan Malaysia. Mereka lebih berfikiran terbuka terhadap seks dan tidak terikat dengan batas-batas agama.

Oleh itu janganlah jadikan keputusan kaji selidik sebagai alasan terhadap pencapaian anda dalam seks!

share-nodes
Kongsi: