Membongkar Mitos Lelaki Mandul – Banyak Auta Dari Fakta

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Baca kalau nak tahu mitos lelaki mandul yang tersebar meluas pada masa kini.

Kemandulan adalah subjek yang begitu sensitif bagi kaum lelaki. Seringkali kaum lelaki sukar dan malu untuk berbicara tentang subjek ini dengan pasangan mereka. Tak ramai pula yang akan ‘naik angin’ apabila subjek mandul ditimbulkan oleh pasangan.

Mitos lelaki mandul
Banyak mitos tentang mandul untuk lelaki yang dianggap sebagai fakta, tetapi sebenarnya adalah auta Click To Tweet

Mitos lelaki mandul

Berikut disenaraikan beberapa mitos yang telah lama disebarkan tentang masalah mandul bagi kaum lelaki sehingga menyebabkan ramai yang percaya dan berpegang dengan mitos-mitos ini.

  1. MITOS: Stress adalah penyebab utama kemandulan bagi kaum lelaki.
    Fakta: Salah. Stress hanya mempengaruhi ghairah seks dan tidak mempengaruhi kualiti dan kuantiti air mani lelaki.
  2. MITOS: Buah zakar yang sentiasa dalam suhu yang dingin akan meningkatkan kualiti air mani.
    Fakta: Salah. Mendinginkan buah zakar (testis) tidak efektif dan tidak mempunyai kesan sama sekali untuk meningkatkan kualiti air mani, malah membahayakan kesuburan. Walaubagaimanapun, suhu yang terlalu panas juga tidak baik untuk sperma dan dibuktikan dapat mengurangkan jumlah sperma. Oleh itu berhati-hati ketika meletakkan laptop di atas paha, jangan mandi wap, atau sauna terlalu lama.
  3. MITOS: Merokok dan alkohol menyebabkan lelaki mandul
    Fakta: Benar. Merokok dan alkohol boleh meracuni sperma jika berlebihan.
  4. MITOS: Supplement tambahan boleh meningkatkan kualiti Sperma
    Fakta: Salah. Suplemen anti-oksida seperti vitamin C,E, Selenium dan sebagainya hanya mempunyai peranan yang sangat sedikit untuk meningkatkan jumlah Sperma. Walaubagaimanapun, anti-oksida ini berfungsi untuk meningkatkan kesihatan secara am, sekali gus meningkatkan kualiti hubungan seks.
  5. MITOS: Meletakkan Telefon Bimbit berhampiran dengan zakar merbahaya dan boleh menyebabkan kemandulan kerana gelombang elektromagnet
    Fakta: Salah. Sehingga ke hari ini dakwaan ini belum dapat dibuktikan secara saintifik oleh kajian saintis.
  6. MITOS: Berat badan tidak mempengaruhi tahap kesuburan lelaki.
    Fakta: Salah. Kajian menunjukkan lelaki yang mempunyai BMI yang normal mempunyai sperma yang lebih baik dan sistem reproduksi Sperma yang normal, sebaliknya bagi lelaki yang Obes.
  7. MITOS: Berbasikal dan menaiki Motosikal mengurangkan tahap kesuburan lelaki
    Fakta: Salah. Tidak dapat dibuktikan dan sama sekali tidak benar.

Jadi setelah mengetahui mitos lelaki mandul ini diharap kaum lelaki bersikap lebih terbuka ketika membincangkan isu kemandulan bersama pasangan anda. Letak ke tepi sebentar ego anda. Tak rugi berterus-terang kepada isteri jika perkara tersebut boleh membantu meningkatkan keintiman dan menyelesaikan masalah dalam hubungan suami isteri.

share-nodes
Kongsi: