Ramai Lelaki Melayu Mandul – Ambil Tindakan Segera Untuk Rawatan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Kajian menunjukkan ramai lelaki di Malaysia, terutamanya lelaki melayu mandul. Disebabkan ego atau sememangnya tidak mahu ambil tahu, ramai lelaki didapati jahil mengenai isu kesuburan mereka. Bagi mereka, asalkan boleh bersetubuh, itu petanda mereka subur.

Ada juga yang berkahwin lagi dengan alasan isteri tidak boleh hamil, sedangkan diri sendiri sebenarnya mandul, bukan isteri.

Namun, perkembangan pengetahuan dan sikap keterbukaan masyarakat menjadikan lelaki lebih peka terhadap kesuburan mereka dan mengambil tahu jika mengalami masalah sperma atau tidak dapat menghamilkan isteri.

lelaki melayu mandul

Masalah lelaki melayu mandul

Masalah kesuburan yang berpunca daripada lelaki ialah gagal dalam persetubuhan dan tidak mampu pancut.

Tanpa pancutan, air mani tidak dapat masuk ke dalam faraj dan sperma tidak dapat bertemu telur Click To Tweet

Jika ada pancutan, faktor yang perlu diambil kira ialah air mani mengandungi sperma, bilangan sperma mencukupi dan sperma aktif serta berbentuk normal. Jika seseorang lelaki itu mempunyai bilangan sperma yang kurang, itu petanda masalah kepada kilang spermanya.

Yang perlu dilakukan ialah pemeriksaan buah zakar dan mengukurnya dengan alat pengukur yang dikenali sebagai “orchidometer” untuk menyukat isi padu buah zakar kerana jika saiz kurang daripada 10 mililiter (mm), kemungkinan kilang tidak aktif.

Lakukan pemeriksaan teliti

Selain itu, pemeriksaan teliti perlu dilakukan untuk mengenal pasti jika salur ven berpintal atau varikosel yang boleh menyebabkan kilang terdedah kepada kepanasan dan bahan toksik akibat darah mendap.

Rawatannya ialah dengan mengikat salur ven yang berpintal.

Jika isi padu buah zakar normal, ujian susulan, termasuk ujian hormon kesuburan, perlu dilakukan. Jika hormon kesuburan rendah atau rendah tapi dalam lingkungan normal, ubat penyubur boleh diberi dan tiga bulan kemudian ujian air mani diulangi untuk mengenal pasti keberkesanan rawatan dengan ubat penyubur.

Rawatan alternatif

Selain ubat penyubur, rawatan alternatif dengan herba tertentu boleh dicuba jika didapati tiada sebab kenapa sperma kurang dan kualiti sperma tidak sempurna.

Di pasaran, beberapa herba pernah dikaji dan herba ini perlu dimakan untuk beberapa bulan (kira-kira tiga hingga enam bulan) sebelum ujian air mani diulangi.

Cuma, ingin saya nasihatkan sesiapa yang berhasrat untuk mencuba herba itu, pastikan anda sudah menjalani pemeriksaan kesuburan untuk lelaki secara teliti kerana tidak perlu menggunakannya jika tiada sebarang masalah.

Sebenarnya Tidak Mandul

Kadang-kala apa yang terjadi ialah lelaki tersebut tidak mandul, tetapi terjadi masalah yang dikenali sebagai pancutan yang lemah. Oleh kerana pancutan air mani yang lemah, sperma tidak dapat masuk ke dalam faraj sepenuhnya dan sukar untuk berlaku persenyawaan.

Masalah ini boleh berpunca daripada faktor zakar tidak keras sepenuhnya ketika bersetubuh, atau berlaku masalah ejakulasi pramatang.

Ejakulasi pramatang adalah masalah yang selalu dihadapi oleh kaum lelaki. Malah kajian menunjukkan hampir 1 daripada 3 lelaki di dunia mengalami masalah ini.

Jika masalah ejakulasi pramatang timbul kerana faktor kesihatan, anda perlu mendapatkan nasihat doktor untuk merawat masalah tersebut.

Tetapi selalunya masalah ejakulasi pra-matang tidak timbul dari faktor kesihatan fizikal, tetapi lebih kepada faktor-faktor lain yang dipengaruhi ketika bersetubuh.

Antara faktor yang memainkan peranan ialah permainan foreplay, dan pemilihan posisi seks ketika bersetubuh.

Foreplay yang kurang boleh membuatkan zakar tidak keras sepenuhnya, dalam erti kala lain anda tidak akan dapat mencapai kepuasan maksimum ketika bersetubuh. Ini adalah salah satu penyebab masalah ejakulasi pra-matang.

Anda tetap pancut walaupun zakar masih lembik.

Masalah ini boleh diatasi dengan meningkatkan kualiti permainan foreplay. Anda dan pasangan perlu lebih kreatif dan mempelbagaikan teknik foreplay ketika berasmara. Ini akan memastikan anda berdua benar-benar bernafsu sebelum melakukan penetrasi zakar.

Jika anda dan isteri ketandusan idea bagaimana untuk mempelbagaikan permainan foreplay, anda boleh dapatkan panduan 50 Teknik Foreplay yang diberikan sebagai Bonus Percuma dengan Panduan Kamasutra Bergambar.

Satu lagi faktor ketika bersetubuh yang menyebabkan masalah ejakulasi pra-matang adalah pemilihan posisi seks yang tidak sesuai.

Ini lebih kepada rangsangan yang diterima oleh zakar ketika bersetubuh. Terdapat posisi seks yang tidak sesuai sekiranya suami mempunyai zakar yang sensitif, ngilu dan mudah klimaks. Anda perlu tahu tidak semua posisi seks adalah sama.

Posisi seks yang berbeza akan memberikan nikmat yang berbeza.

Oleh itu anda perlu memilih posisi seks yang sesuai untuk memastikan anda berupaya untuk pancut lambat dan melenyapkan masalah ejakulasi pra-matang.

Terdapat posisi seks yang dicipta khusus untuk melambatkan pancutan air mani lelaki, tetapi dalam masa yang sama membuat isteri pancut awal dan puas ketika bersetubuh.

Posisi seks seperti Posisi Pemecah Dara dari ajaran Kamasutra, atau Posisi Sang Naga dari Manual Seks Tao adalah contoh terbaik.

Anda boleh dapatkan panduan Kamasutra Bergambar Bahasa Melayu yang mengandungi 102 posisi seks terpilih dari 4 kitab asmara silam, termasuk Kamasutra dan Manual Seks Tao jika anda ingin belajar posisi-posisi seks yang boleh melambatkan pancutan anda, tetapi membuat isteri puas sehingga klimaks.

Sekiranya anda disahkan oleh pakar perubatan sebagai mandul, penyelesaian terbaik ialah dengan mengikut nasihat doktor akan rawatan yang perlu anda jalani.

Tetapi sekiranya anda hanya mengalami masalah seperti ejakulasi pra-matang, anda boleh mencuba meningkatkan kualiti permainan foreplay, dan mencuba posisi-posisi seks yang sesuai untuk memastikan kelancaran suami isteri.

share-nodes
Kongsi: