Foreplay Bukan Hanya Di Ranjang

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Foreplay bukan hanya di ranjang! Foreplay atau memanaskan badan dalam hubungan seks adalah aktiviti seksual yang dilakukan sebelum berlakunya penembusan zakar dan faraj.

Walaubagaimanapun ada yang mengatakan definisi foreplay tersebut kurang tepat kerana pemanasan badan tidak boleh dikategorikan dalam hubungan seks kerana tidak berlaku sebarang penembusan.

Foreplay bukan hanya di ranjang

Foreplay Sering Diabaikan

Foreplay sering diabaikan oleh sesetengah pasangan kerana ada yang menganggap foreplay membuang masa dan tidak penting untuk dilakukan.

Ini tidak menjadi masalah untuk seks pantas, atau untuk pasangan yang mempunyai ghairah seks yang tinggi, iaitu bersedia untuk seks pada bila-bila masa sahaja.

Tetapi bagi sebilangan besar pasangan yang lain, foreplay memainkan peranan yang amat penting di dalam hubungan seks.

Malangnya ramai yang tidak tahu bahawa foreplay bukan hanya di ranjang. Ini kerana jika diteliti, istilah foreplay adalah amat luas dan tidak hanya merangkumi aktiviti seks.

Foreplay Bukan Hanya Untuk Aktiviti Seks

Apa yang dimaksudkan di sini, ialah foreplay boleh dimulakan pada bila-bila masa sahaja dengan pasangan anda tanpa perlu menunggu ketika ingin memulakan aktiviti seks.

Foreplay boleh dilakukan pada bila-bila masa sahaja, bukan hanya seks! Click To Tweet

Di sini saya berikan contoh-contoh foreplay yang boleh anda praktikkan dengan pasangan anda pada bila-bila masa sahaja:

Foreplay sebagai saranan minda

Seks bermula dari minda, iaitu fikiran anda. Ini bukan bermaksud anda perlu memikirkan tentang seks sepanjang masa.

Tetapi tidak salah jika anda memberikan saranan tentang seks kepada diri anda dan pasangan anda.

Contohnya jika anda ingin melakukan hubungan seks dengan pasangan anda pada malam hari, apa salahnya anda memulakan foreplay dari pagi lagi.

Hantarkan SMS romantik dan sedikit lucah kepada pasangan anda, atau telefon dan goda si dia ketika beliau masih di pejabat. Tetapi awas jangan pula sampai mengganggu kerja si dia. 🙂

Lokasi seks

Persediaan lokasi untuk hubungan seks memainkan peranan yang penting untuk membangkitkan ghairah.

Ini juga boleh dikategorikan sebagai salah satu foreplay untuk menggoda dan meningkatkan nafsu pasangan anda.

Bayangkan jika si dia masuk ke dalam kamar tidur dan mendapati kamar sudah anda hias dengan suasana yang romantik; lampu yang malap, wangian-wangian aromaterapi, cadar sutera yang seksi, agaknya bagaimanakah reaksi si dia?

Perapian diri

Perapian diri dan penampilan diri anda juga boleh dianggap sebagai foreplay.

Faktor ini selalunya dikaitkan dengan para isteri kerana kaum lelaki adalah makhluk visual dan mudah terangsang dengan penampilan wanita yang seksi. Sambut kepulangan suami anda dengan pakaian yang seksi dan menjolok mata.

Tetapi jangan menggoda beliau atau memberikan ‘hint’ yang anda inginkan beliau.

Lakukan aktiviti-aktiviti seperti biasa dengan pakaian seksi anda dan lihat berapa lama suami anda boleh bertahan sebelum si dia merentap pakaian anda dengan rakus.

Tips di atas adalah antara contoh-contoh foreplay bukan hanya di ranjang yang boleh anda lakukan dengan mudah.

Foreplay Bukan Hanya di Ranjang

Jadi jangan tunggu lagi dan mulakan teknik-teknik foreplay yang saya berikan di atas sebagai pembaharuan untuk meningkatkan kualiti hubungan suami isteri.

Ingat, foreplay bukan hanya di ranjang dan kadangkala perkara yang kita anggap remeh dan mudah boleh memberi kesan yang di luar jangkaan.

Jika anda buntu dan tak tahu bagaimana untuk menggoda pasangan dengan teknik foreplay, anda boleh dapatkan panduan 50 Teknik Foreplay yang telah saya terbitkan. Panduan ini diberikan percuma sebagai bonus kepada pakej Kamasutra Bergambar.

Rugi jika anda tak dapatkan panduan ini untuk menambahkan nikmat dalam hubungan suami isteri.

share-nodes
Kongsi: