Wanita Kurus Lebih Hebat Di Ranjang?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Benarkah wanita kurus lebih hebat di ranjang? Adakah ini fakta atau auta yang digembar-gemburkan di media sosial?

Satu kajian dari pakar seksual di Kanada mendapati bahawa mereka yang mengalami masalah gemuk, atau obesiti dan menurunkan berat badan akan menikmati kehidupan seksual yang lebih menggembirakan, selain meningkatkan kesihatan secara keseluruhan.

Wanita kurus lebih hebat di ranjang

Obesiti Mengurangkan Nikmat Hubungan Seks

Menurut kajian tersebut juga individu yang mengalami obesiti kebanyakkanya mengalami kualiti hubungan seks yang menyedihkan.

Wanita gemuk mengalami kualiti hubungan seks yang menyedihkan? Click To Tweet

Walaubagaimanapun, fakta ini tidak merangkumi kesemua individu yang mengalami masalah berat badan berlebihan.

Kajian ini dilakukan yang dilakukan terhadap 161 wanita dan 26 lelaki yang mengalami masalah obesiti.

Kajian yang dijalankan selama dua tahun ini mengumpulkan data berkaitan hubungan seksual setiap tiga bulan di mana pelbagai soalan diajukan kepada para peserta untuk mengukur kualiti hubungan seks mereka.

Kurang Ghairah Seks Kerana Bentuk Tubuh

Antara masalah yang didapati daripada kaji selidik yang dijalankan, antaranya ialah kurangnya ghairah seks kerana bentuk tubuh yang tidak menarik, enggan menampilkan bentuk tubuh badan sepenuhnya, kesukaran melakukan aktiviti seks seperti mencuba posisi-posisi seks baru, dan kurang nikmat ketika hubungan seks.

Dalam tempoh dua tahun kajian ini dijalankan, para peserta telah berjaya menurunkan berat badan masing-masing sebanyak 13%.

Hasil daripada pengurangan berat badan ini ialah kualiti hubungan seks setiap pasangan meningkat dengan mendadak.

67% daripada wanita mengatakan mereka berasa tidak menarik secara seksual di awal penyertaan. Jumlah ini menurun sehingga 26% dalam masa setahun selari dengan penurunan berat badan, dan terus menurun di akhir kajian.

Wanita Kurus Lebih Hebat di Ranjang

Antara faktor yang menyebabkan meningkatnya kualiti hubungan seksual peserta ialah kebanyakkan peserta, terutamanya wanita merasakan diri lebih menarik dan secara tidak langsung ini mempengaruhi ghairah seksual mereka, dan juga pasangan.

Peserta juga melaporkan peningkatan stamina dan boleh melakukan aktiviti seksual dengan lebih lama.

Kaum lelaki juga melaporkan pembaharuan yang sama dimana mereka lebih tertarik kepada pasangan mereka yang berjaya mengurangkan berat badan.

Kajian ini telah membuat kesimpulan bahawa pengurangan berat badan hanya sebanyak 10% dapat menyelesaikan kebanyakkan masalah-masalah yang dihadapi ketika aktiviti seksual, dan meningkatkan kualiti hubungan seksual pasangan.

share-nodes
Kongsi: