Teknik Ciuman Titik Ghairah Isteri – Buat Isteri Tak Tahan Daulat

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Nak tahu teknik ciuman titik ghairah isteri yang boleh buat isteri anda tak tahan dan tak senang duduk? Senang sahaja sebenarnya, tak susah pun. Yang penting ialah anda perlu khatam titik ghairah isteri anda.

teknik ciuman titik ghairah isteri
Tahap sensitiviti setiap wanita tak sama. Jadi tanggungjawab suami untuk cari kat mana titik paling sensitif di tubuh isteri mereka Click To Tweet

Titik Ghairah Isteri

Sebenarnya titik ghairah atau zon erotik untuk setiap wanita tak sama. Lokasi titik ghairah boleh dikatakan hampir sama untuk semua wanita. Jadi tak sama yang saya maksudkan di sini merujuk kepada tahap sensitiviti titik ghairah isteri anda.

Ada wanita yang lebih sensitif pada satu-satu lokasi, tetapi kurang sensitif pada lokasi titik ghairah yang lainnya.

Oleh itu sebagai suami anda perlu melakukan sedikit ujikaji untuk titik ghairah yang manakah yang memberikan nikmat yang lebih kepada isteri anda apabila diusik.

Teknik Ciuman Titik Ghairah Isteri

Di sini saya berikan lokasi titik ghairah isteri berserta teknik ciuman untuk memastikan anda melayan bahagian ini dengan teknik yang betul, bukan pakai cium je.

Kita mulakan daripada atas untuk memudahkan permainan pemanasan atau “foreplay” anda.

  1. Wajah Isteri
    Ramai suami yang tak percaya bila saya katakan wajah seseorang wanita adalah antara salah satu daripada titik ghairah mereka. Ini merangkumi dahi, pipi, hidung dan dagu (Bibir dah masuk kategori lain). Bahagian wajah perlu dicium dengan lembut dan penuh kasih sayang. Jangan gatal nak cium dengan rakus atau jilat bahagian ini. Cuma ciuman lembut dan romantis dah memadai untuk buat isteri anda menghargai ciuman anda.
  2. Cuping Telinga Isteri
    Bila saya katakan telinga isteri, ramai yang keliru dengan lubang telinga. Oleh itu kali ini saya nyatakan khusus, cuping telinga ya bukan lubang telinga. Cuping telinga wanita amat sensitif dan sedikit sentuhan pun boleh buat mereka geli. Teruskan dengan rangsangan dan lihat mereka akan menjadi bernafsu dalam masa yang singkat. Oleh itu kenapa anda abaikan bahagian ini dalam rutin ciuman anda? Cium, hisap, dan jilat cuping telinga isteri anda. Dan jangan lupa juga dengan gigitan lembut dan nakal!
  3. Leher Isteri
    Anda mungkin tak perasan, tetapi setiap kali anda berasmara leher isteri anda kelihatan begitu mengghairahkan dan buat anda teringin untuk mencium bahagian tersebut. Kalau waktu biasa-biasa tak pun. Ini tak mengejutkan kerana leher adalah salah satu titik ghairah atau zon erotik pada tubuh wanita. Leher juga perlu ciuman yang lembut ketika foreplay. Boleh juga jilat dengan lembut pada leher isteri. Tetapi jika isteri anda sudah bernafsu, tidak salah memberikan ciuman yang rakus pada bahagian ini.
  4. Tulang Selangka Isteri
    Sebelum anda menyerang tubuh isteri dengan ciuman, berhenti sebentar dan berikan tumpuan kepada tulang selangka beliau. Ramai suami yang tak tahu bahagian tubuh ini juga sensitif pada rangsangan, terutama dari bibir suami. Dari ciuman pada leher, teruskan dengan mencium tulang selangka isteri.
  5. Payudara Isteri
    Bahagian ini memang semua lelaki tahu adalah antara titik ghairah utama wanita. Tetapi yang ramai suami tak tahu ialah puting payudara isteri adalah zon larangan ketika foreplay. Bukanlah bermakna anda tidak boleh bermain-main langsung dengan puting payudara isteri anda. Apa yang saya maksudkan di sini ialah anda perlu membina momentum dengan ciuman anda sebelum mula menggomol puting payudara isteri. Cara nak bina momentum? Senang je, cium di sekeliling kawasan payudara terlebih dahulu sebelum puting payudara. Bab ini saya dah terangkan dengan teramat detail dalam Panduan Seni Ciuman Payudara yang saya berikan percuma sebagai Bonus dalam Pakej Seni Ciuman.
  6. Perut isteri
    Ciuman pada perut isteri juga boleh membangkitkan nafsu isteri. Terutama sekali di kawasan sekeliling pusat isteri. Walau bagaimanapun, kawasan ini agak kurang sensitif berbanding kawasan titik ghairah isteri yang lain. Tetapi terdapat wanita yang amat sensitif pada kawasan ini. Oleh itu luangkan sedikit masa anda untuk mencium perut isteri anda.
  7. Pangkal Paha Isteri
    Sebelum anda memberi sepenuh tumpuan kepada kemaluan isteri anda, larikan bibir anda sebentar ke pangkal paha beliau. Titik ghairah isteri ini amat sensitif dan jika dibelai dengan teknik yang betul akan buat isteri anda bersedia untuk dicium pada kemaluan beliau. Berikan ciuman yang lembut, dan lihat bahagian pangkal paha isteri anda. Cium dari atas lutut kemudian perlahan naikkan ciuman sehingga hampir kepada alat sulit isteri. Ulang berkali-kali sehingga anda lihat isteri anda tak tahan dan meminta untuk dibelai pada kemaluan beliau.
  8. Kemaluan isteri
    Ini adalah kawasan yang dinanti-nantikan oleh setiap suami. Malah terdapat seni khas yang dicipta untuk mencium bahagian kemaluan wanita. Bagi yang masih tak tahu, seni tersebut dinamakan Seni Seks Oral. Terlalu panjang kalau saya nak tulis kat sini teknik-teknik untuk mencium bahagian alat sulit wanita, malah terlalu panjang sehinggakan saya terpaksa buat panduan Khas untuk teknik seks oral. Baca lebih lanjut tentang Panduan E-Buku Seni Seks Oral.

Kuasa Ciuman Amat Hebat

Kuasa ciuman dalam hubungan asmara dan aktiviti seksual sebenarnya sangat hebat. Ramai suami yang tidak memanfaatkan fakta ini dan akibatnya isteri tidak puas sepenuhnya ketika bersama.

Ciuman bukan sahaja boleh membina nafsu isteri ketika foreplay, tetapi juga boleh buat isteri klimaks dan orgasma jika kena tekniknya.

Jika anda benar-benar nak belajar teknik ciuman yang boleh buat pasangan anda puas dalam hubungan seks, dapatkan Panduan Seni Ciuman yang mengandungi teknik ciuman terbaik dari Teknik Ciuman Perancis, Teknik Ciuman Payudara sehinggalah kepada Teknik Ciuman Kemaluan(Seks Oral).

Jika anda mempelajari dan mengamalkan teknik-teknik ciuman yang terdapat di dalam panduan ini, saya jamin anda akan menjadi seorang pakar ciuman yang akan dapat memuaskan pasangan anda sepenuhnya di ranjang.

share-nodes
Kongsi: