Selaput Dara Tiruan – Artificial Virginity Hymen Untuk Menipu Suami

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Sebelum ini terdapat pembedahan plastik yang membolehkan para wanita mendapatkan buah dada dan payu dara tiruan. Sekarang ini kita dikejutkan pula dengan selaput dara tiruan yang dijual oleh sebuah syarikat alatan dan produk seks dari China, Gigimo.

selaput dara tiruan

Selaput dara  yang dinamakan “Artificial Virginity Hymen” dijual oleh Gigimo pada harga USD30.00.

Selaput dara tiruan

Produk ini dimasukkan ke dalam faraj dan akan mengeluarkan cairan seperti darah selepas ditembusi oleh zakar. Menurut pengeluar produk ini, alat ini dicipta untuk mengembalikan pengalaman malam pertama kepada pasangan yang menggunakannya.

Baru-baru ini syarikat Gigimo mengiklankan produknya termasuk selaput dara ini di negara Arab dan mencetuskan kontroversi. Mungkin jika produk ini dibawa masuk ke Malaysia, akan menimbulkan kontroversi yang sama. Ramai kaum lelaki yang akan ditipu jika produk ini boleh didapati dengan mudah dan secara meluas di Malaysia.

share-nodes
Kongsi: