Kekuatan Tenaga Batin Lelaki – Apa Pantang Larangnya?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Menjaga kekuatan tenaga batin ada kaitan dengan pantang larang? Orang Melayu kita kaya dengan pantang larang dan petua. Terdapat pelbagai petua terutamanya petua-petua untuk menjaga kesihatan luaran mahupun dalaman. Paling hebat sekali adalah petua-petua Melayu untuk menjaga kesihatan tenaga batin.

Ada kalanya kita rasakan petua-petua Melayu untuk tenaga batin ni tak masuk akal ataupun, agak “pelik” sedikit. Tetapi petua-petua melayu untuk tenaga batin ini telah lama diamalkan oleh generasi-generasi sebelum kita dan telah membuahkan hasil yang diharapkan.

Kekuatan tenaga batin lelaki
Pantang larang melayu untuk menjaga kekuatan tenaga batin – berkesan atau tak? Click To Tweet

Dalam petua-petua melayu untuk tenaga batin, terdapat pelbagai pantang larang yang harus diikuti. Biasalah, orang Melayu kita memang banyak pantang larang.

Senarai Pantang Larang Kekuatan Tenaga Batin Lelaki

Kat bawah ni disenaraikan pantang larang-pantang larang untuk menjaga kesihatan dan kekuatan tenaga batin untuk orang lelaki. Amalkanlah petua-petua ni, nescaya anda tidak akan menyesal dan akan menyedari peningkatan dalam kekuatan tenaga batin anda.

  1. Jangan amalkan minum air batu kerana ia mengakibatkan zakar menjadi sejuk serta lembik dan mengakibatkan batang zakar ngilu bila jimak. Batang zakar harus sentiasa panas.
  2. Jangan makan nasi berulamkan air. Minum air setelah selesai makan nasi, melainkan jika tercekik. Kesannya sama seperti minum air batu.
  3. Usah amalkan makan makanan bersifat sejuk atau telah sejuk atau disejukkan. Ia boleh mengakibatkan air mani cair dan terpancut awal.
  4. Jauhi makan makanan yang kuahnya berlinang kerana ia melemahkan zakar. Jangan terus minum air selepas makan nasi, minum hanya setelah 2 minit suapan terakhir.
  5. Jangan hembus nafas ketika minum, tahan nafas, ini membantu mengelakkan dari mudah lelah ketika jimak.
  6. Elakkan minum air ketika badan sedang panas, selepas berlari atau bekerja berat. Berehatlah terlebih dahulu, sejukkan badan, kemudian baharulah minum air.
  7. Jangan makan kepak ayam daging kerana ia melemahkan zakar. Jangan makan nasi sejuk, panaskan dahulu.
  8. Kurangkan dari memakan Pisang Embun.
  9. Elakkan minum air selepas jam 11.00 malam walaupun air panas kerana ia melemahkan otot pinggang dan membawa sengal badan.
  10. Elakkan dari buang air di kawasan air bertakung, carilah tempat yang kering dahulu kemudian buang air besar.
  11. Ini melatih mengawal otot zakar dengan baik. Jangan amalkan melancap kerana ia memaksa mani keluar dan melemahkan zakar.
  12. Jangan bersetubuh dengan perempuan yang jauh lebih tua.
  13. Jangan biarkan isteri menindih zakar ketika tidur. Aliran darah yang sempurna amat perlu pada zakar kerana waktu tidur darah menuju zakar, tindihan dari paha dan lutut yang sejuk membantutkan aliran dan melemahkan zakar.
  14. Jangan buang air kecil di atas tanah atau ketika berendam dalam air.
  15. Jika berumur lebih 30 tahun, elakkan dari jimak lebih dari 3 kali seminggu, kerana perlu cukup masa membina kembali tenaga batin.
  16. Jangan jimak di dalam air.
  17. Jangan terus minum air selepas jimak,, rehat dahulu 15 minit.
  18. Jangan biarkan pinggang terhentak dengan kuat kerana mengakibatkan mati pucuk.
  19. Jangan biarkan zakar terendam begitu lama selepas klimaks.
  20. Jangan jimak isteri yang sedang haid kerana mendatangkan penyakit
  21. Jangan cungkil gigi dengan kemuncup (tangkai bunga lalang) kerana ia mengakibatkan zakar menjadi ngilu dan kurang bertenaga

Jangan baca saja, amalkan dan jangan bosan untuk mengamalkan petua-petua tenaga batin dan pantang larang tenaga batin untuk kekuatan lelaki.

Masih tercari-cari teknik-teknik di ranjang yang boleh buat isteri anda mengerang kesedapan? Dapatkan panduan Kamasutra Bergambar yang mengandungi teknik-teknik asmara terpilih dari empat kitab asmara silam, sepenuhnya di dalam Bahasa Melayu.

share-nodes
Kongsi: