Zakar Gagal Ereksi Kerana Cemas – Masalah Terpencil Kaum Lelaki

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 9 Jan 2024
clock-one

Ramai lelaki yang tidak yakin mampu untuk mendapatkan dan gagal ereksi. Kerana kurang keyakinan diri ini, si lelaki menjadi cemas dan kerana perasaan cemas dan ragu-ragu inilah yang akan membuatkan kebanyakan lelaki benar-benar gagal untuk mencapai ereksi. Ini adalah fakta dan bukannya auta.

Zakar gagal ereksi

Masalah gagal ereksi

Sebenarnya kegagalan mencapai ereksi hasil daripada perasaan cemas ini amat mudah diatasi, asalkan anda tahu caranya.

Kecemasan akan potensi seksual adalah salah satu penyebab disfungsi seksual yang paling sering seperti ejakulasi pramatang atau kegagalan mendapatkan atau mempertahankan ereksi.

Perasaan cemas adalah salah satu penyebab utama yang menyebabkan kaum lelaki gagal mendapatkan ereksi. Walaubagaimanapun, masalah ini juga berlaku kepada kaum wanita. Tetapi oleh kerana tanggungjawab untuk memberikan kepuasan kepada pasangannya, kaum lelaki lebih tertekan dalam perkara ini.

Kaum wanita tidak mempunyai masalah dalam hal ini kerana mereka boleh menggunakan pelincir seperti Ky Jelly sekiranya mereka tidak terangsang. Tetapi bagaimana pula dengan lelaki yang gagal mencapai ereksi, atau zakar gagal keras?

Penyelesaian masalah ini

Untuk menyelesaikan masalah perasaan cemas dan kurang keyakinan diri sehingga menyebabkan zakar sukar untuk keras, ceritakan masalah ini kepada pasangan anda. Buangkan ego anda seketika dan kongsi masalah ini dengan si dia. Anda akan rasakan separuh daripada masalah anda akan selesai.

Kedua, berhenti menganggap bahawa anda seorang yang bertanggungjawab untuk memuaskan pasangan anda di dalam hubungan seksual. Hubungan asmara adalah memberi dan menerima kenikmatan dan kedua-dua pihak harus memainkan peranan untuk mencapai kemuncak nikmat di dalam hubungan seksual.

Ketiga, hubungan seksual bukan hanya sekadar penetrasi. Hubungan seksual terdiri daripada pelbagai bentuk seperti sentuhan, ciuman, urutan, belaian dan sebagainya. Jadi jangan jadikan penetrasi sebagai penentu kemuncak hubungan seksual.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut tentang teknik-teknik hubungan seksual yang sempurna, anda boleh dapatkan Panduan Ilmu Asmara Mutlak yang saya nukilkan dari 4 Kitab Asmara Kuno yang telah diamalkan sejak zaman berzaman oleh nenek moyang kita.

Di dalam panduan ini terdapat pelbagai ilmu dan teknik yang boleh menambahkan keyakinan diri anda dan menjadikan anda seorang pencinta yang hebat.

share-nodes
Kongsi: