Teknik Ciuman Sebelum Seks – Cara Terbaik Goda Pasangan

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 3 Feb 2024
clock-one

Ramai Pakar hubungan seks yang menekankan ciuman adalah penting untuk membangkitkan nafsu dan ghairah sebelum memulakan hubungan Seks.

Kebanyakan daripada kita terlalu gelojoh dan rakus untuk mempraktikkan teknik ciuman yang jika dilakukan dengan betul dan sempurna, akan membuatkan hubungan seks semasa berasmara lebih nikmat dan mengasyikkan.

Teknik ciuman sebelum hubungan seks

Di dalam mulut kita, terletak berjuta-juga sel yang memainkan peranan untuk menaikkan nafsu syahwat atau nafsu seks. Oleh kerana sel-sel yang terdapat pada mulut adalah sangat peka, rangsangan yang diberikan oleh ciuman secara automatik akan merangsang dan mempengaruhi sel-sel lain yang terpada pada badan tanpa kita sedari.

Ciuman dengan mudah merangsang sel-sel pada mulut yang dapat naikkan nafsu seks pada pasangan anda Click To Tweet

Panduan teknik ciuman sebelum seks

Berikut adalah beberapa Teknik Ciuman yang dapat anda praktikkan sebagai pembuka bicara sebelum berdayung bermain asmara.

Ciuman Pembuka

Jenis ciuman ini dapat dilakukan secara tenang sebagai tahap awal melakukan sebelum aktiviti seks. Pastikan anda berada dalam keadaan tenang walaupun jantung anda sudah berdegup dengan kencang dan sudah tidak sabar lagi.

Jenis ciuman ini dicipta untuk mewujudkan perasaan mesra di antara anda dan pasangan anda. Ciuman ini dilakukan dengan mulut anda dan pasangan anda masih tertutup, lalu biarkan bibir anda bertemu bibir si dia. Lakukan dengan penuh kelembutan dan kasih sayang. Untuk lebih “feel”, tutup mata anda supaya si dia tahu anda betul-betul menaruhkan seluruh perasaan kasih sayang anda dengan ciuman ini.

Untuk variasi, lakukan teknik ciuman ini di tempat lain selain di bibir. Contohnya di pipi, rambut, kening, gunakan imaginasi anda.

Ciuman Kering

Teknik Ciuman kering ini adalah lanjutan daripada ciuman pembuka. Setelah bibir bertemu bibir, hembuskan sedikit angin melalui mulut anda. Anda boleh mengulangi gerakan ini berulang-ulang kali untuk memberikan getaran asmara kepada pasangan anda. Seperti juga ciuman pembuka, lakukan teknik ciuman kering ini dengan penuh tenang dan perlahan-lahan dan gunakan variasi selain dari hembusan ke bibir.

Pasangan anda mungkin ada akan berasa sedikit geli dan akan menggeliat kesedapan.

Ciuman Basah

Buka mulut anda, dan jilat bibir atas dan bibir bawah dengan lidah anda. Ini adalah untuk membasahkan bibir anda seterusnya mencium pasangan anda dengan bibir anda yang sedang basah. Ini bukanlah teknik menjilat, tetapi ciuman dengan bibir yang basah. Ciuman ini paling berkesan dilakukan di tempat-tempat sensitif bagi pasangan anda.

Cubalah teknik-teknik ciuman ini sebelum anda berdayung bersama pasangan anda untuk menambahkan kenikmatan di dalam hubungan seks anda dan pasangan anda.

Untuk belajar teknik ciuman sebelum seks yang lebih advance, anda boleh dapatkan panduan Seni Ciuman. Panduan ini mengandungi semua teknik bercium yang hebat dan dijamin akan menukar kepada seorang pakar ciuman.

share-nodes
Kongsi: