Kerap Kencing Selepas Bersetubuh – Anda Mungkin Dijangkiti Bakteria

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 17 Jan 2024
clock-one

Memang menyeronokkan apabila anda mengalami pengalaman bersetubuh yang mengasyikkan bersama pasangan. Tetapi kenapa selepas bersetubuh anda sering berasa ingin kencing dan terpaksa kerap berulang ke bilik air.

Adakah ini normal atau terdapat masalah lain yang timbul?

Kerap kencing selepas bersetubuh

Punca Kerap Kencing Selepas Bersetubuh

Terdapat beberapa faktor yang boleh menyebabkan anda kerap kencing selepas bersetubuh. Salah satu faktor utama yang sering berlaku ialah salur kencing anda dijangkiti oleh bakteria. Keadaan ini dinamakan dalam bidang perubatan sebagai “urinary tract infection”, atau UTI.

Jangkitan Saluran Kencing

Mengikut statistik perubatan, 75% daripada masalah Jangkitan Salur Kencing berpunca daripada hubungan seks. Click To Tweet

Simptom-simptom yang menunjukkan anda menghidapi UTI adalah seperti rasa sakit ketika kencing, kerap kencing, keinginan untuk kencing tetapi tiada air kencing yang keluar, dan kadang-kala demam panas.

Masalah UTI tidak begitu serius, tetapi jika dibiarkan berpanjangan boleh menjurus kepada masalah kesihatan yang lain. Jika anda menghadapi simptom-simptom yang dinyatakan di atas dalam masa yang lama, anda perlu berjumpa pakar perubatan.

Selalunya pakar perubatan akan memberi antibiotik untuk mengubati UTI.

Masalah UTI ini boleh dicegah dengan mudah sekiranya anda berdua mengamalkan hubungan seks sihat – iaitu memastikan kebersihan pada alat sulit sebelum bersetubuh.

Kekejangan Pundi Kencing

Faktor lain yang menyebabkan rasa ingin kerap kencing selepas bersetubuh adalah kekejangan pada pundi kencing.

Kekejangan pada pundi kencing menimbulkan rasa ingin kencing, walaupun hakikatnya pundi kencing anda kosong, dan tiada air kencing yang akan keluar.

Situasi ini boleh dialami oleh lelaki, mahupun wanita. Situasi ini bukanlah penyakit yang serius dan berbahaya dan selalunya situasi ini akan hilang dengan sendiri.

Pengecutan dan Penguncupan Rahim

Apabila anda mengalami orgasma, anda pasti berasa kekejangan otot pada seluruh tubuh anda (jika anda benar-benar mengalami klimaks dan orgasma).

Hakikatnya bukan sahaja otot-otot utama anda yang mengalami kekejangan, malah otot-otot dalaman anda juga mengalami keadaan yang sama, termasuk rahim anda.

Pengecutan dan penguncupan rahim adalah perkara yang normal ketika bersetubuh. Oleh kerana lokasi rahim adalah berhampiran dengan pundi kencing, perubahan pada otot-otot rahim boleh mempengaruhi bahagian ini secara langsung.

Keadaan ini membuatkan pundi kencing berasa sangat sensitif, dan sedikit rangsangan pada pundi kencing akan membuatkan anda berasa ingin kencing, terutama selepas bersetubuh.

Jarang bersetubuh

Jika anda dan pasangan jarang bersetubuh dan hanya melakukannya sebulan sekali, rasa ingin membuang air kecil dan kerap kencing selepas bersetubuh adalah normal.

Anda berdua mungkin mengalami kekejangan pundi kencing, atau bagi isteri mengalami penguncupan dan pengecutan rahim.

Ini berlaku kerana tubuh anda berdua kurang biasa dengan pengalaman ketika bersetubuh.

Sakit semasa kencing selepas bersetubuh

Kadangkala anda berasa sakit ketika membuang air kecil selepas bersetubuh. Masalah ini sering dihadapi oleh wanita berbanding lelaki.

Penyebab utama masalah ini berlaku adalah kerana saluran kencing yang meregang semasa tujahan zakar, dan mungkin menyebabkan berlaku luka kecil.

Situasi ini berlaku kerana faraj belum benar-benar bersedia untuk menerima penetrasi zakar suami. Dalam erti kata lain, faraj masih kering (atau pelincir faraj terlalu kurang)  yang menunjukkan wanita tersebut masih belum benar-benar terangsang untuk menerima tujahan zakar suami.

Masalah ini boleh dielakkan dengan memastikan isteri benar-benar bersedia untuk menerima penetrasi zakar suami.

Banyakkan pemanasan dan foreplay untuk merangsang isteri. Anda juga boleh melakukan seks oral untuk meningkatkan nafsu isteri sebelum bersetubuh.

share-nodes
Kongsi: