Peringkat Orgasma Isteri – Apa Yang Berlaku Ketika Isteri Klimaks?

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Peringkat orgasma isteri, apa yang berlaku sebenarnya ketika isteri anda klimaks?. Jangan terkejut jika masih ramai suami yang tak tahu apa yang berlaku kepada isteri mereka ketika beliau orgasma. Malah, ada suami yang tak dapat nak bezakan sama ada isteri benar-benar orgasma atau sekadar berpura-pura klimaks.

Tip kali ni akan bantu anda mengetahui perubahan yang berlaku kepada tubuh isteri ketika beliau orgasma. Baca sampai habis supaya anda tak lagi ragu-ragu sama ada isteri anda benar-benar orgasma atau tidak.

peringkat inzal isteri

Definisi orgasma isteri

Jika mengikut definisi yang diberikan oleh kamus, orgasma wanita ialah definisi puncak kenikmatan syahwat.

Secara ringkas, peringkat ghairah adalah peringkat di mana seseorang wanita bersetuju untuk melakukan hubungan seks, dan seluruh tubuh dan minda beliau akan tertumpu kepada rangsangan seks. Darah mula mengalir dengan lebih laju ke biji kelentit, faraj, dan puting payudara.

Peringkat terangsang pula adalah peringkat di mana ketegangan seks mula terbina. Faraj mula dipenuhi dengan darah, untuk menyediakan platform orgasma. Pada peringkat ini denyutan jantung, tekanan darah dan pernafasan meningkat.

Pada peringkat orgasma, beberapa siri penguncupan otot-otot berlaku pada rahim, lubang faraj, otot-otot pelvis. Ketegangan yang terbina dari peringkat terangsang akan dilepaskan pada peringkat ini.

Peringkat terlerai adalah sesi ‘cooldown’, di mana darah mula menjauh dari organ-organ seksual. Denyutan jantung, tekanan darah dan pernafasan kembali normal.

Peringkat orgasma isteri

Penerangan ringkas di atas memberikan peringkat-peringkat asas apa yang terjadi kepada seseorang wanita dalam proses mengalami orgasma.

Ramai pakar seksual dan kesihatan yang berdebat tentang subjek ini. Malah boleh dikatakan subjek orgasma isteri ini adalah subjek yang sensitif sehingga ke hari ini.

Tetapi ramai yang bersetuju apa yang benar-benar berlaku ketika proses ini, dan boleh dirumuskan secara terperinci.

Selepas seorang wanita menjadi ghairah (dari aspek seksual), denyutan jantung akan meningkat, dan pernafasan menjadi lebih laju. Secara tidak sedar beliau akan mengetatkan otot-otot pada tubuh beliau, bukan sahaja otot-otot organ seksual.

Apa Yang Berlaku

Payudara akan membengkak, dan areola (kawasan di sekeliling puting payudara) dan puting payudara akan membesar dan menonjol ke hadapan. Sesetengah wanita akan memaparkan tanda-tanda kemerahan pada wajah, leher, dan dada. Biji kelentit juga membengkak dan membesar.

Pada ketika ini, lubang faraj beliau mula dibasahi dengan cairan. Cairan ini bermula pada bahagian dalam lubang faraj, dan dirembeskan perlahan-lahan ke pintu faraj. Bibir faraj pula meleper dan sedikit terbuka. Pada masa yang sama lubang faraj membesar dan memanjang menjadikan ukur lilit lubang faraj lebih besar.

Ini terjadi kerana aliran darah yang tertumpu kepada kawasan pelvis, atau lebih tepat lagi kawasan alat sulit wanita. Semakin terangsang seseorang wanita, semakin banyak darah yang tertumpu ke kawasan payudara dan alat sulit, buat kawasan-kawasan ini semakin membengkak dan membesar.

Walaubagaimanapun, terdapat satu kawasan yang tidak terus membesar walaupun wanita tersebut semakin terangsang dan menghampiri orgasma. Kawasan atau organ seksual tersebut adalah biji kelentit.

Menghampiri Orgasma

Ketika seseorang wanita menghampiri orgasma, biji kelentit beliau akan menguncup dan memendek. Ini adalah tanda-tanda beliau semakin hampir untuk klimaks. Tetapi dengan syarat simulasi dan rangsangan seksual diteruskan tanpa henti.

Ini bermula dengan penguncupan otot yang kuat. Perilaku ini boleh bermula dan tamat dalam tempoh empat saat, atau boleh berlaku sehingga lima saat. Kajian menunjukkan tempoh penguncupan dan mengemut ini berlaku setiap 0.8 saat. Ketika peringkat ini berlaku, kawasan lubang faraj yang hampir dengan bukaan faraj akan mengembang, tetapi kawasan yang hampir dengan rahim, dan rahim itu sendiri menguncup dengan kuat.

Pada peringkat ini juga aliran darah adalah pada tahap maksimum, menyebabkan kulit tubuh menjadi kemerah-merahan. Penguncupan otot-otot akan terus berlaku, dan degupan jantung, denyutan nadi dan pernafasan akan terus meningkat. Kebanyakan wanita akan mengeluarkan bunyi untuk menggambarkan kenikmatan yang mereka sedang alami.

Tanda-tanda yang mengesahkan orgasma isteri

Walaupun ramai isteri yang mengalami orgasma ketika seks, ramai juga yang berpura-pura klimaks untuk menjaga hati suami yang selalu tewas di ranjang.

Jadi bagaimana untuk menentukan isteri anda benar-benar puas, atau sekadar berpura-pura untuk menjaga hati anda?

Penguncupan otot-otot faraj

Cara yang paling mudah adalah dengan menumpukan perhatian anda kepada otot-otot lubang faraj isteri anda. Jika orgasma isteri benar-benar belaku, otot-otot ini akan menguncup dengan kuat, dalam erti kata lain mengemut dengan kuat sehingga anda akan rasakan seperti faraj beliau ingin menolak zakar anda keluar.

Penguncupan yang pertama berlaku dengan kuat, dan akan berterusan dengan denyutan sekitar 0.8 saat.. Jumlah reaksi ini adalah bergantung kepada tempoh orgasma isteri anda.

Klimaks wanita yang sederhana mungkin berlaku antara tiga hingga lima penguncupan faraj, manakala klimaks yang kuat akan mengalami antara sepuluh hingga lima belas penguncupan.

Warna kulit isteri

Tumpukan juga perhatian anda kepada warna kulit isteri. Selari dengan orgasma, warna kulit pada tubuh isteri akan kemerah-merahan, luar dari kebiasaan.

Pada permulaan ghairah isteri, warna ini akan kelihatan pada bahagian-bahagian tertentu seperti wajah, leher, dan dada. Tetapi ketika klimaks, warna kemerah-merahan ini akan menular hampir ke seluruh tubuh isteri.

Jika isteri anda cuma berpura-pura, warna kulit tubuh beliau kelihatan normal, dan tidak menunjukkan tompok-tompok kemerahan kerana aliran darah adalah normal dan tidak luar biasa seperti ketika orgasma.

Ketegangan otot-otot

Ketika klimaks, seluruh otot-otot tubuh akan menegang, dan bukan sahaja pada otot-otot organ seksual. Jika anda perhatikan, majoriti wanita akan menggenggam, mencakar, atau melakukan tindakan luar kawal.

Jika isteri anda sedang memegang tubuh anda semasa berasmara, sudah pasti ketika klimaks beliau akan memegang dengan lebih kuat tanpa beliau sedari.

Ada juga wanita yang akan mencakar badan pasangan mereka tanpa mereka sedari ketika berada di puncak nikmat. Tumpukan perhatian kepada otot-otot badan isteri, dan lihat sama ada berlaku ketegangan atau tidak untuk memastikan sama ada beliau benar-benar orgasma atau sebaliknya.

Malah jika seseorang wanita benar-benar klimaks, seluruh tubuh beliau akan berhenti bergerak dan menjadi tegar seketika semasa di puncak.

Reaksi wajah

Walaupun reaksi wajah boleh dipalsukan oleh isteri, ini juga adalah salah satu faktor yang boleh digunakan untuk menentukan sama ada isteri anda benar-benar puas atau hanya berpura-pura.

Ketika seseorang wanita mengalami orgasma yang sebenar, wajah beliau seperti sedang mengalami kesakitan, bukan wajah yang menunjukkan keseronokan atau kesedapan. Ini adalah tindakan luar kawal setiap wanita.

Jika isteri anda menunjukkan wajah nikmat atau gembira, anda harus risau kerana kemungkinan besar beliau hanya berpura-pura

Apa yang dirasakan oleh isteri ketika orgasma?

Pernah tak anda berfikir apakah yang dirasakan oleh isteri anda ketika beliau orgasma? Adakah pengalaman dan sensasi beliau sama seperti ketika anda pancut?

Wanita yang belum pernah mengalami orgasma, atau wanita yang tidak pasti sama ada mereka telah mengalami klimaks atau tidak sering tertanya-tanya bagaimana pengalaman tersebut. Soalan ini sebenarnya amat sukar untuk dijawab. Bayangkan bagaimana untuk menjelaskan pengalaman ketika bersin, atau menguap?

Ada wanita yang mengatakan ketika beliau orgasma beliau merasakan seperti digigit semut pada tulang belakangnya. Tetapi, ada pula yang merasakan sensasi tersebut pada otak, ada yang pada kawasan alat sulit, dan sebagainya. Dan, ada juga wanita yang menceritakan pengalaman beliau adalah seperti apa yang beliau rasakan ketika hampir pitam.

Sebenarnya pengalaman yang dirasai oleh setiap wanita ketika klimaks adalah subjektif, iaitu berbeza. Ini bermaksud pengalaman tersebut adalah bergantung kepada individu.

Cara Memudahkan Isteri Klimaks

Walaupun benar seluruh tubuh terlibat ketika hubungan seks, terdapat beberapa shortcut, atau jalan pintas yang boleh memudahkan klimaks isteri.

Jalan pintas ini berkait rapat dengan titik-titik ghairah utama isteri, iaitu biji kelentit. Beberapa kajian mendapati walaupun isteri boleh orgasma dengan hanya tujahan zakar, rangsangan pada biji kelentit adalah salah satu faktor utama yang buat wanita mudah klimaks.

Rangsangan biji kelentit

Biji kelentit boleh dirangsang dengan dua teknik, iaitu rangsangan secara langsung, atau secara tak langsung.

Rangsangan biji kelentit secara langsung adalah dengan sentuhan bibir, lidah atau tangan/jari secara langsung terhadap biji kelentit isteri. Ini boleh dilakukan ketika foreplay, atau ketika oral seks. Jika para suami bijak melakukan rangsangan secara langsung kepada biji kelentit isteri, dengan mudah isteri boleh orgasma hanya dengan teknik foreplay.

Jika anda ingin mempelajari teknik-teknik foreplay yang boleh merangsang biji kelentit isteri secara langsung dan buat beliau klimaks, anda boleh dapatkan Panduan 50 Teknik Foreplay yang mengandungi himpunan teknik-teknik Foreplay ‘advance’. Teknik-teknik ini dijamin akan buat isteri anda puas ketika berasmara.

Rangsangan biji kelentit secara tidak langsung pula boleh dilakukan dengan memilih posisi seks yang sesuai. Posisi seks yang sesuai akan menyebabkan tundun suami menghentam dan menggesel biji kelentit isteri secara tak langsung ketika menujah.

Seringkali para suami gagal untuk buat isteri orgasma walaupun berjaya mendayung dan bertahan lama adalah kerana memilih posisi seks yang tidak sesuai ketika seks. Pemilihan posisi seks yang salah menyebabkan biji kelentit tidak dapat dirangsang secara tidak langsung, lalu isteri tidak puas dan sukar klimaks.

Walaupun rangsangan secara tidak langsung pada biji kelentit adalah kurang efektif berbanding rangsangan secara langsung, kajian menunjukkan jika teknik (posisi seks yang sesuai) yang dipraktikkan oleh para suami adalah tepat, ini sudah cukup untuk membuatkan 30% – 40% wanita inzal dan klimaks.

Anda boleh mempelajari dan memilih posisi-posisi seks yang sesuai melalui Panduan Kamasutra Bergambar. Panduan ini mengandungi 102 Posisi Seks terpilih dengan penerangan lengkap dalam Bahasa Melayu.

share-nodes
Kongsi: