Teknik Seks Pantas Yang Sebenar – 5 Minit Dah Puas

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Bagaimana melakukan seks pantas tetapi dalam masa yang sama memberikan kenikmatan sepenuhnya kepada anda dan pasangan?

Hubungan seks yang panjang memang mengasyikkan dan memberi nikmat kepada pasangan. Tambahan lagi jika anda telah bersusah payah menyediakan lokasi yang romantik dan pakaian yang seksi untuk menggoda pasangan. Sudah pasti penat lelah anda akan dibayar dengan pengalaman seks yang hebat.

Seks pantas

Situasi yang memerlukan seks yang pantas

Tetapi kadangkala, terdapat situasi di mana perkara-perkara ini, iaitu persediaan untuk aktiviti seks adalah tidak relevan. Situasi yang saya maksudkan ialah ketika anda dan pasangan tidak dapat mengawal nafsu seks, dan ingin melakukan seks dengan segera. Situasi ini dikenali sebagai situasi seks pantas.

Menurut wikipedia, Seks pantas atau lebih dikenali sebagai “quickie” adalah aktiviti seks secara spontan, yang akan berakhir dalam masa yang singkat. Secara am ketika aktiviti ini, foreplay diabaikan dan seks pantas akan berakhir apabila salah seorang daripada pasangan klimaks. Oleh selalunya seks pantas hanya akan memuaskan lelaki yang boleh klimaks dengan pantas.

Walaupun dalam banyak situasi, aktiviti ini hanya akan memberi kepuasan kepada kaum lelaki, terdapat beberapa tips dan teknik yang boleh anda amalkan untuk buat aktiviti ini memberi kepuasan kepada anda dan pasangan.

Tips untuk teknik seks pantas yang hebat

Untuk buat aktiviti ini anda lebih bermakna, anda boleh mencuba tip quickie yang saya berikan di bawah.

Jangan abaikan ciuman

Foreplay yang panjang mungkin kurang sesuai untuk aktiviti ini, tetapi ciuman yang segera dan rakus boleh membantu. Bercium akan meningkatkan ghairah anda berdua dalam masa yang singkat. Ini telah dibuktikan dalam kajian, iaitu sesuatu yang berkait rapat dengan sistem saraf dan hormon endokrin anda berdua.

Jadi jangan abaikan ciuman, dan jadikan bercium sebagai elemen penting dalam aktiviti seks pantas anda.

Pakaian itu seksi

Kenapa perlu membuang masa dengan menanggalkan pakaian. Pernah tak anda melakukan hubungan seks dengan berpakaian lengkap? Jika tak pernah, lakukan ketika seks pantas. Anda mungkin terkejut kerana anda dan pasangan akan berasa lebih ghairah dan bernafsu melakukan seks dengan berpakaian lengkap.

Cuma perlu buka zip, atau selak ‘panties’ untuk menjayakan aktiviti quickie anda.

Lokasi memainkan peranan

Seperti aktiviti seks biasa, lokasi juga memainkan peranan untuk menjayakan ini. Melakukan posisi missionary selama 5 minit di ranjang seperti yang biasa anda jalani ketika berasmara mungkin tidak akan menjayakan aktiviti ‘quickie’ anda. Tetapi 5 minit dengan posisi missionary di atas lantai bilik air? Atau 5 minit posisi doggy di dapur?

Kelebihan memilih lokasi seks untuk aktiviti seks pantas memainkan peranan dari faktor psikologi, terutama sekali jika terdapat elemen mungkin ‘kantoi’ untuk aktiviti tersebut walaupun sebenarnya tiada orang pun di rumah melainkan anda berdua.

Elemen kejutan ini secara tidak sedar akan meningkatkan ghairah anda berdua ke tahap yang lebih tinggi, buat anda berdua lebih mudah untuk klimaks, dan penting untuk melengkapkan quickie anda berdua.

 Jadi nakal

Ya anda perlu menjadi nakal dan galak untuk buat aktiviti ini lebih bermakna. Nakal disini bermaksud anda harus berfikiran dan berkomunikasi dengan ‘sedikit lucah’.

Ini akan memfokuskan fikiran anda kepada aktiviti seks yang sedang dijalani dan menghilangkan perkara-perkara yang boleh mengganggu tumpuan anda berdua. Berbual dan berkomunikasi dengan nakal pula boleh buat anda berdua jadi lebih ghairah, bernafsu dan rakus.

Kedua-dua faktor ini adalah penting ketika anda ingin melakukan seks pantas bersama pasangan.

Buat aktiviti seks pantas lebih hebat

Jika anda dan pasangan belum pernah melakukan “quickie” sebelum ini, cubalah. Aktiviti ini adalah sesuatu yang berbeza daripada hubungan seks yang biasa. Malah kebanyakan pasangan mengakui bahawa dengan memasukkan seks pantas dalam aktiviti seks mereka, hubungan mereka menjadi lebih mesra dan intim.

Jika anda berminat untuk mengetahui dan mempelajari lebih lanjut tentang ilmu seks pantas, anda boleh dapatkan panduan Seni Seks Pantas yang diberikan percuma dengan Pakej Seni Ciuman. Panduan ini adalah manual lengkap bagaimana untuk buat pasangan benar-benar puas dengan seks dalam masa 15 minit, tak lebih dan tak kurang.

Beri kelainan dalam hubungan suami isteri dengan teknik seks pantas ini dan tingkatkan kemesraan anda berdua di ranjang.

share-nodes
Kongsi: