7 Fakta Zakar Suami Yang Semua Isteri Perlu Tahu

calendar-lines-pen
Dikemaskini pada 13 Jan 2024
clock-one

Zakar adalah topik sensitif yang jarang dibincangkan. Malah kaum lelaki sendiri teragak-agak jika ingin membincangkan bab zakar bersama rakan karib mereka.

Jika kaum lelaki sendiri jarang berbicara hal zakar, apatah lagi kaum wanita. Tambahan lagi dengan budaya masyarakat kita yang menganggap perkara ini adalah “taboo” dan tidak sepatutnya dibincangkan secara terbuka.

Oleh itu ramai isteri yang tidak mempunyai pengetahuan tentang zakar suami mereka. Kadang-kala mereka sendiri malas nak ambil tahu kerana tak berminat.

Sikap ini buat timbul persepsi yang salah terhadap zakar suami. Tambahan pula banyak mitos-mitos tentang zakar yang tersebar di Internet.

Oleh itu kali ini saya berikan fakta zakar sebenar yang semua isteri perlu tahu.

fakta zakar

7 Fakta Zakar Yang Ramai Isteri Tak Tahu

Zakar, walaupun kelihatan seperti organ yang simple, tetapi sebenarnya sangat kompleks.

Malah boleh dikatakan zakar sama kompleksnya dengan faraj yang semua orang dah tahu, memang organ seksual yang penuh misteri.

1. Zakar Boleh Patah!

Ya zakar boleh patah. Ramai yang tak tahu fakta zakar yang ini. Anda mungkin menganggap oleh kerana tiada tulang pada zakar, zakar tidak mungkin boleh patah. Tetapi hakikatnya boleh.

Situasi ini dikenali dalam bahasa perubatan sebagai “Penile fracture”.

Penile Fracture adalah keadaan di mana tisu yang meliputi otot zakar pecah akibat hentakan kuat pada zakar yang keras. Click To Tweet

Pakar-pakar perubatan sering bergurau dengan menyamakan pesakit yang mengalami situasi dengan terung, kerana situasi ini akan menyebabkan zakar berubah warna akibat lebam, dan akan kelihatan seperti buah terung.

2. Tetapi Zakar Berdaya Tahan Tinggi

Tetapi jangan risau. Kes zakar patah sebenarnya sangat rendah. Ini kerana zakar mempunyai daya tahan yang sangat tinggi.

Oleh itu sukar untuk zakar patah, atau kaum lelaki mengalami penyakit ini pada zakar mereka. Tambahan lagi zakar dipenuhi dengan pembuluh darah yang membantu menyembuhkan kebanyakan masalah pada zakar.

Keadaan ini juga menyebabkan zakar mempunyai daya tahan yang tinggi. Walau bagaimanapun, seperti anggota tubuh yang lain, zakar perlu dijaga dengan rapi.

3. Mati Pucuk Bukan Sekadar Masalah Seks

Ramai yang mengaitkan mati pucuk sebagai masalah seks yang utama. Ini benar dan tidak dapat disangkal. Tetapi sebenarnya simptom mati pucuk adalah berkait rapat dengan masalah kesihatan yang lain.

Kebanyakan pesakit yang mengalami masalah mati pucuk menunjukkan tanda-tanda kencing manis dan juga masalah jantung. Mereka juga mengalami kadar stress yang sangat tinggi.

Oleh itu jika suami anda menunjukkan simptom awal mati pucuk, jangan teragak-agak untuk melakukan pemeriksaan perubatan menyeluruh untuk mengesan masalah kesihatan yang berkaitan.

4. Biji Kelentit Anda Adalah Zakar Yang Kecil

Fakta zakar ini ramai isteri yang tak tahu. Biji kelentit pada alat sulit anda sebenarnya adalah zakar yang kecil.

Struktur, binaan tisu, otot-otot dan kelenjar yang terdapat pada biji kelentit adalah sama dengan zakar. Malah kedua-dua organ seksual ini berasal dari tisu yang sama.

Fakta ini dibuktikan dengan biji kelentit yang membesar dan mengeras ketika anda terangsang.

5. Saiz Zakar Bukan Seperti Yang Anda Sangka

Kebanyakan individu mengukur saiz zakar ketika lembik. Malah saiz zakar sering dijadikan ukuran terhadap keupayaan lelaki tersebut di ranjang.

Sebenarnya saiz zakar adalah berbeza bagi setiap lelaki. Perbezaan yang saya maksudkan di sini ialah ada lelaki yang saiz zakarnya sangat kecil ketika zakar lembik, tetapi membesar dan memanjang dengan banyak apabila zakar beliau keras.

Begitu juga ada lelaki yang saiz zakarnya besar ketika zakar lembik, tetapi tidak membesar dengan banyak ketika beliau terangsang, iaitu ketika zakar keras.

Oleh itu jangan jadikan saiz zakar yang lembik sebagai penentu saiz zakar sebenar.

6. Tiada Siapa Pun Yang Tahu Saiz Zakar Normal

Sehingga ke hari ini, tiada siapa pun tahu apakah saiz zakar yang normal. Ini kerana tiada kaedah saintifik yang boleh dijadikan kayu ukuran untuk menentukan saiz zakar normal.

Yang ada hanyalah purata yang diletakkan oleh pakar-pakar perubatan untuk saiz zakar normal. Tetapi ini pun tidak begitu tepat, kerana seperti fakta zakar no. 5 di atas, saiz zakar adalah berbeza bagi setiap lelaki.

Tambahan lagi dengan fakta zakar tertanam di dalam tubuh. Ini secara tidak langsung buat saiz zakar dipengaruhi oleh bentuk tubuh.

Lelaki yang bertubuh gempal dan mempunyai banyak lemak pada kawasan tundun akan menyebabkan zakar beliau kelihatan pendek. Begitu juga sebaliknya bagi lelaki yang bertubuh kurus.

7. Bukan Semua Zakar Boleh Keras Serta Merta Selepas Klimaks

Terdapat sesetengah lelaki yang zakar mereka boleh keras serta merta selepas mereka klimaks dan memancutkan air mani. Dan ada juga zakar yang masih keras walaupun lelaki tersebut telah memancutkan air mani.

Tetapi bagi kebanyakan lelaki, zakar mereka akan menjadi lembik kembali secara automatik selepas mereka klimaks. Masa yang diambil untuk zakar kembali keras selepas proses ini juga berbeza bagi setiap lelaki.

Ketiga-tiga keadaan ini adalah normal, dan dihadapi oleh semua lelaki.

Banyak faktor-faktor yang boleh menentukan sama ada lelaki tersebut tergolong dalam kategori yang mana satu, dan lama mana masa yang diambil untuk zakar kembali keras selepas ejakulasi.

Faktor seperti tahap kesihatan dan usia adalah faktor utama. Tambahan pula kaum lelaki mengerahkan seluruh kekuatan tubuh mereka ketika ejakulasi. Oleh itu sistem saraf badan memerlukan sedikit masa untuk pulih kembali, dan buat zakar kembali keras.

Jaga Zakar Suami Anda

Sekarang anda telah tahu fakta zakar yang mungkin anda tak tahu sebelum ni. Zakar salah satu organ seks terpenting bagi suami anda. Dan sudah pasti bagi anda juga.

Sebenarnya ramai isteri yang mengadu kepada saya tentang pencapaian suami mereka yang mengecewakan di ranjang. Ramai juga yang mengatakan saiz zakar suami mereka tidak memuaskan mereka dalam hubungan suami isteri.

Kebanyakan dari kes yang diadukan kepada saya puncanya berkait rapat dengan faktor kesihatan. Oleh itu jalan terbaik adalah berjumpa dengan Pakar Perubatan.

Tetapi ada juga kes di mana isteri itu sendiri tidak pandai memainkan peranan untuk buat suami benar-benar terangsang untuk memuaskan mereka.

Seringkali hanya suami yang perlu bekerja keras untuk buat isteri puas. Sedangkan suami telah penat dengan seharian bekerja, ditambah pula dengan masalah-masalah berkaitan.

Oleh itu pastikan anda juga bekerja keras di ranjang. Jangan hanya mengharapkan suami untuk memberi, dan anda hanya menerima. Gunakan konsep “give and take” dalam hubungan asmara suami isteri.

Jika anda tak tahu bagaimana untuk memberi 110% kepada suami di ranjang, dapatkan Panduan Kamasutra Bergambar yang telah saya terbitkan untuk membantu pasangan suami isteri mencapai nikmat sebenar dalam hubungan asmara.

Panduan ini mengandungi tip, teknik dan nasihat lengkap ilmu asmara yang dihimpunkan dari 4 Kitab Asmara turun temurun. Pendek kata, panduan ini akan membantu anda untuk menjadi isteri idaman suami di ranjang.

share-nodes
Kongsi: